BELUM TERLAMBAT MERANCANG TAHUN 2019

RANCANG SEBAIKNYA TAHUN 2019 MASIH BELUM TERLAMBAT

Masih belum terlambat. Masih belum terlambat, cakap pada hati sendiri. Walaupun 2019 telah memasuki minggu ke-3 Januari. Masih belum terlambat membuat perancangan 2019, supaya arzmoha.com kembali bersinar. Ini kerana 2018 mencatatkan prestasi yang agak kurang baik.
Sekiranya sahabat pun merasakan perkara yang sama di tahun lepas. Jadi mari membuat perubahan dari kesilapan tahun lepas.

Walaupun tahun 2019 tinggal hanya beberapa bulan, atau beberapa hari masih belum terlamabt untuk melakukan perubahan. Ini kerana kita perlu selalu membuat perubahan demi kebaikan di masa hadapan.

2019, belum telambat untuk membuat perubahan di tahun 2019, belum terlambat merancang,
Belum terlambat 2019

PRESTASI ARZMOHA.COM 2018

Suka atau tak, saya kena akui prestasi blog agak merosot. Hanya 40 entri (artikel) yang sempat disiapkan dalam 365 hari. Memang teruk. Boleh dikatakan prestasi ini sebenarnya menurun sejak 2016.

2018 - 40 bilangan artikel
2017 - 81 bilangan artikel
2016 - 113 bilangan artikel
2015 - 321 bilangan artikel

Nampakkan? Kalau ikut memang nampak trend menurun selari dengan tahap komitmen yang semakin tahun semakin meningkat. Bila komitmen semakin tinggi tahap keletihan pun meningkat. Secara tak langsung menyebabkan agak susah nak menulis.

Insyaallah semoga tahun ini semakin baik, banyak yang nak dikongsikan kepada semua pembaca arzmoha.com dan terasa nak berkongsi beberapa tajuk baru antaranya bab/tips Kenderaan.

Macam saya kata di atas, komitmen yang semakin tinggi apabila anak saya Cik Puteri mula memasuki Alam Pra Sekolah dan kini ke Alam Persekolahan. Waktu amat-amat mencemburui.

Kepada semua yang mebaca artikel ini jika mempunyai pengalaman yang sama, jom sama-sama tingkatkan kualiti dan kuantiti dalam apa jua bidang yang sedang diceburi sekarang.

Insyaallah saya perlu menyusun waktu dengan baik untuk mengembalikan artikel yang terbaik buat pembaca dan juga klient arzmoha.com

Setakat ini dahulu, terima kasih sudi membaca dan memberi sokongan. BELUM TERLAMBAT MERANCANG TAHUN 2019

Comments

  1. Takpe.. Nanti bila dah dapat momentum mesti okay punya..

    ReplyDelete
  2. Setiap hati selagi bernafas...kita boleh terus merancang..kerana itu juga usaha.

    ReplyDelete
  3. Wahh banyak artikel tahun 2015. Its okay harap tahun ni banyak dapat buat artikel.

    Saya follower yg ke #635.

    Jemput datang ke http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  4. It's ok buatlah ikut kemampuan

    ReplyDelete
  5. bila dpt idea buat draf dulu... mungkin boleh cuba

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih