JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG

JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG BAZAAR

Alkisahnya bila anak mula memasuki sesi persekolahan Tahun 1, maka kalutlah ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak. Membeli beberapa pasang baju dan kasut serta beg untuk sesi persekolahan. Bila semuanya dah siap kemudian ke sekolah untuk membayar yuran dam pembelian buku. Lencana termasuk ketika pembelian buku. Bila dah ada lencana sudah tentu perlu dijahit atau dilekatkan.

Penang bazaar, jalan penang, tempat jahit lencana sekolah dan alter pakaian di penang, lokasi tempat jahit lencana dan alter pakaian di penang, tempat jahit lencana sekolah di penang, tempat membeli belah kain dan tudung di penang,
Lokasi alter baju dan jahit lencana sekolah | Penang Bazaar


Rasanya ramai ibubapa sudahpun menjahit atau lekatkan lencana pada pakaian sekolah anak-anak. tetapi saya sekadar berkongsi mana tahu masih ada yang mencari tempat untuk menjahit lencana. Mungkin juga boleh menjadi rujukan dari tahun ke tahun.

Lokasinya terletak di Penang Bazaar yang terletak di Jalan Penang. Seperti gambar diatas. Kalau orang Penang biasanya dah kenal bangunan ini yang terletak bertentang dengan Mydin Penang Road.

TUKANG JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN

macam mana nak cari tukang jahit lencana sekolah dan alter baju di penang ni? Kalau dah sampai depan bangunan ini. Dalam bangunan ini akan ada dua lorong. Ikut yang sebelah kanan. Lorong ini boleh tembus kat dalam nanti. Tapi kalau tak biasa, ikut saja belah kanan.

Setiap Exit sebelah kiri akan ada tukang jahit
Bila dah masuk lorong ini di kiri dan kanan akan ada pelbagai kedai jual kain baju dan tudung. Selepas beberapa kedai akan ada lorong keluar (exit) sebelah kanan. Gambar diatas : ada tanda keluar, setiap tanda ini sebelah kanan akan nampak tukang jahit bersama mesin jahitnya.

Kebiasaannya saya akan ke lorong keluar yang ke-3. Tukang jahit bernama 'Anand'. Sebab dah biasa jahit langsir, alter baju dan seluar. Kali ini menggunakan perkhidmatannya untuk menjahit lencana sekolah Cik Puteri.


tukang alter baju penang, tukang jahit lencana sekolah di penang, jahit lencana sekolah di penang,
Anand | Tukang jahit dan alter pakaian

Mudah sangat nak jumpa. Kalau dia tak ada di dinding belakang ada tercatit nombor telefonnya. Boleh telefon untuk sebarang pertanyaan.

Berapa lama boleh siap? Kalau setakat lencana sekolah tak sampai 5 minit dah siap. Anand memang dah serba tahu ukuran lencana samada untuk tudung mahupun baju.

Saya sendiri pun dah siap jahit untuk 5 tudung. 3 untuk sekolah pagi 2 lagi untuk sekolah sebelah petang. Masa nak balik tu, ada juga ibu bapa yang ingin alter baju dan seluar sekolah.

Setakat ini dahulu semoga perkongsian ini memberi manfaat jangan lupa kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan samada di Facebook, Whatsapp dan lain-lain.




Terima kasih kerana sudi membaca mengenai JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG.

{ 8 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta 31 Dec 2018, 17:28:00
Bila jahit ni lebih tahan lasak.
Cik Itah Cik Itah 1 Jan 2019, 11:43:00
kalau pandai menjahit lagi bagus x perlu cari tukang jahit hehe btw happy new year 2019
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 1 Jan 2019, 12:55:00
klu kat ipoh ada portnya.. selalunya yang camni mmg murah2 casnya kan tp tipt top kerja..


happy new year abg long arz
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 4 Jan 2019, 00:53:00
lama gila x pi area sana.. huhu..
Kaklong Chan Kaklong Chan 5 Jan 2019, 02:51:00
Macma meriah je tempat ni. 4 tahun duk Perai tak pernah pergi situ. Nak pergi la sekali nanti.
Dunia Zumal Dunia Zumal 8 Jan 2019, 15:15:00
Nanti boleh la bagi info ni untuk cik misi
akubiomed akubiomed 9 Jan 2019, 15:55:00
Saya jahit sendiri lencana dan tanda nama baju sekolah anak-anak. Untuk yang pra-sekolah, saya jahit huruf nama pada kasut dan beg sekolah.
MiaZain MiaZain 29 Jan 2019, 07:20:00
owh, ada tempat alter baju yea kat sana. Hehe, baru tahu. Memang susah nak cari orang alter baju kat penang ni. Yang tahu hanya kat BJ je la.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih