HOTEL VALYA | HOTEL DI MERU RAYA BERDEKATAN MAPS PERAK

HOTEL VALYA @ MERU RAYA | HOTEL SELESA BERDEKATAN MOVIE ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) PERAK

Saya baru saja pulang dari Movie Animation Park Studio atau lebih dikenali MAPS Perak. Teringin nak bawa anak-anak ke MAPS? Nanti saya kongsikan sekali mengenainya cuma terlebih dahulu saya nak kongsikan mengenai hotel Valya di Meru Raya berdekatan MAPS Perak. Sebelum kita pergi bercuti semestinya kita akan mencari hotel yang selesa dan berdekatan degan destinasi kita. Betul tak? Jom baca pengalaman saya menginap di Hotel Valya.

hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
kredit tripadvisor.com

Sebelum keluar bercuti sudah semestinya perkara pertama yang akan saya dan isteri  bincangkan adalah tempat penginapan atau hotel. Tak adalah cerewet sangat kadang kami tinggal di motel atau hotel budget saja. Tapi sekiranya ada pilihan kami pilih yang selesa sebabnya dah bekeluarga.

Untuk kami ke Movie Animation Park Studio (MAPS) ada beberapa kriteria yang kami pilih seperti berikut :

DEKAT DENGAN LOKASI YANG HENDAK DITUJUI 

Kebiasaannya apabila bercuti kami mencari hotel berdekatan tempat yang hendak ditujui atau banyak kemudahan seperti kedai makan, kedai runcit dan lain-lain. Tapi sekiranya tiada pilihan itu lain ceritanya.

KESELESAAN

Bila kita tinggal atau menginap di hotel sudah tentu di fikiran kita akan terbayang sebuah bilik yang bersih dan selesa. jadi keselesaan amat penting. Baru 'mood' bercuti sentiasa ceria. 

HARGA BERPATUTAN

Sekiranya kita berkemampuan, tidak menjadi masalah untuk menempah hotel 5 bintang atau hotel baru lengkap dengan pelbagai kemudahan. Memang selesa. Tetapi jika kita tidak mempunyai budget yang besar sudah tentu kita mencari hotel budget dengan harga berpatutan dan selesa serta kalau boleh dekat dengan tempat/lokasi yang hendak ditujui.


Inilah antara 3 kriteria penting sebelum saya menginap di sesebuah hotel atau tempat penginapan. Melainkan tiada pilihan terutama ketika cuti sekolah dan cuti umum yang panjang.

Banyak sebenarnya hotel di sekitar Movie Animation Park Studio (MAPS PERAK). Hotel budget mahupun hotel 3-5 bintang. Memandangkan waktu kami sampai ke sini adalah pada cuti umum yang panjang hotel sekitar bandar Meru Raya Ipoh ini memang penuh. Mujur kami sempat tempah secara panggilan lebih awal. Kadar pada cuti umum juga agak berbeza dari hari-hari biasa.

Jika berkesempatan saya kongsikan bagaimana nak dapatkan harga murah menempah hotel.

Hotel Valya ini saya tak pasti samada berapa bintang ini kerana jika dilihat di trivago tak kelihatan bintang. Walaubagaimanapun masa sampai di hotel ini saya boleh katakan ianya sebuah hotel yang selesa dan bersih. Lokasi strategik berdekatan MAPS, MYDIN dan tempat makan seperti KFC dan lain-lain kedai makan.

hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Valya Hotel, Meru Raya, Ipoh

HARGA HOTEL VALYA

Harga hotel sentiasa berubah mengikut musim. Cuti sekolah atau hujung minggu memang harga lebih mahal. Semasa kami ke sini harga RM 133. Kalau hari biasa mungkin boleh dapat pada kadar RM 90++. Pada kadar harga ini memang sangat berbaloi.

kids, anak blogger malaysia, pengalaman menginap di hotel valya, hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Valya Hotel

Dari koridor pun nampak bersih dan kemas, walaupun hotel ini tidak ada 'swimming pool'. Macam saya katakan atas tadi hotel ini hampir penuh ketika kami menempah dan kami cuma dapat bilik dengan dua katil single. Hotel ini juga dikatakan bebas rokok.

Macam hotel lain dilengkapi dengan TV LCD dengan beberapa channel movie dan discovery channel serta channel asas serta kemudahan asas lain. 

kids, anak blogger malaysia, pengalaman menginap di hotel valya, hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Cik Puteri di Valya Hotel Ipoh

kids, anak blogger malaysia, pengalaman menginap di hotel valya, hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, tandas hotel valya, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Tandas Hotel Valya

tandas hotel valya ipoh, pengalaman menginap di hotel valya, hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Ruang shower, Hotel Valya Ipoh

kids, anak blogger malaysia, pengalaman menginap di hotel valya, hotel berdekatan maps perak, hotel selesa berdekatan movie animation park studio, hotel bajet berdekatan maps perak, hotel bajet meru raya ipoh, hotel selesa di bandar meru raya, hotel di meru raya,
Seterika (iron) di setiap bilik
Secara keseluruhannya saya dan keluarga berpuas hati dengan hotel ini walaupun tidak menyediakan tempat parkir kereta. Nama pun hotel bajet kan? Ttempat parkir kereta yang agak luas di sekeliling hotel valya. Insyaallah selamat, sebab masa kami balik dari MAPS jam 10 malam memang terpaksa parkir kereta lebih jauh sedikit tapi alhamdulillah tiada masalah.

Hotel Valya sebenarnya menyediakan sarapan pagi (breakfast) kalau ikutkan di bawah hotel ini anda akan kelihatan cafe seakan bar. Walaubagaimanapun selepas bertanya kepada staf disitu katanya sarapan pagi, disediakan di tempat lain. Makanan yang disediakan halal.

Sekiranya anda tidak mahu jangan risau sebab terdapat banyak kedai makan sekeliling Valya Hotel.

Jangan lupa mencuba Shell Out di dalam bangunan Mydin bersebelahan bowling. Sedap dan dua kali saya dan keluarga makan disitu.


hotel bajet di meru raya ipoh, hotel murah berdekatan maps perak, hotel murah dan selesa berdekatan maps dan bulatan amanjaya, tempat menarik sekitar hotel valya,
hotel valya ipoh


MOVIE ANIMATION PARK STUDIO ( MAPS PERAK ) dan BULATAN AMANJAYA

Jarak antara Hotel Valya dan Movie Animation Park Studio ( MAPS PERAK ) cuma 1.5km. Dekat saja kalau naik kereta. Selain dari MAPS hotel valya juga sangat dekat dengan bulatan Amanjaya yang mana agak meriah pada malam minggu. 

Waktu kami balik dari MAPS tengok meriah sangat kawasan ni. ada macam-macam walaupun tak berhenti sebab dah letih masa di MAPS. Cadangan saya masuk ke MAPS pada waktu pagi dan  di sebelah malam lepak di bulatan Amanjaya ni.

Nanti saya kongsikan juga kedai makan bersebelahan bulatan Amanjaya yang sempat saya cuba.

Setakat ini dahulu semoga anda menjumpai hotel bajet atau hotel berdekatan Movie Animation Park Studio ( MAPS) untuk anda sekeluarga.

Terima kasih sudi memabaca mengenai 

Comments

  1. bersih hotel ni... kena masukkan dalam list ni.hihi

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh la zumal singgah bermalam di hotel ni kalau pergi MAPS

    ReplyDelete
  3. nyaris2 kami ke Perak sebab anak dapat Universiti di Kuala Kangsar.
    Tapi dia tolak, membuat rayuan di UPU dapat U di unimas SARAWAK. bOLEH KE SINI JIKA KE PERAK

    ReplyDelete
  4. Setiap kali turun ke bulatan amanjaya selalu nampak hotel ni. Tak berkesempatan lagi nak menginap di sini. MAPS pun sama. Tunggu anak besar sikit baru seronok nak main dalam tu.

    ReplyDelete
  5. Mmg selesa...tgk keadaan sekeliling pon bersih

    ReplyDelete
  6. Pernah masuk hotel ni.. Mmbr stay smlm kat sini.. Saya tumpang kejap sbb nak naik bas kt terminal tj.. Mmg selesa...

    ReplyDelete
  7. Very nice! and good review :)
    Ada rezeki bawak anak2 dah ade 1 penginapan pilihan.

    Being a good husband and happy father

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih