Skip to main content

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir (Dengan Video)

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir 

Lirik lagu Menang nyanyian Faizal Tahir. Lagu yang dimuatnaik di akaun Youtube Faizal Tahir pada 26 Okt. Lagu menang ini membawa mesej yang baik untuk didengari. Khasnya buat seorang lelaki supaya menghargai wanita. Kita di dunia saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun rasanya sesuai saja untuk kaum wanita pada lelaki sekalipun.

lirik lagu menang nyanyian faizal tahir, faizal tahir, menang,
Lirik Lagu Menang

Mesej yang ingin dibawakan dalam lirik lagu menang nyanyian Faizal Tahir ini mengingatkan aRz tentang amanah seorang lelaki yang bergelar suami terhadap isterinya. Ada di luar sana sang lelaki masih mencari pasangannya dan mengimpikan untuk membahagiakannya tetapi masih belum bertemu jodoh. Sedangkan ada pula yang sudah dipermudahkan jodohnya tetapi tidak menghargainya

Membiarkan isteri bekerja sedang lelaki duduk saja di rumah mengharap hasil gaji isterinya tanpa ada halangan yang kukuh seperti penyakit yang serius sehingga tidak mampu bekerja. Itu lain ceritanya.
Moga-moga lirik lagu menang ini terus memberi kesedaran pada lelaki supaya sentiasa MENANGkan wanita yang dicintainya.

Lirik Lagu Menang - Faizal Tahir


Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku

Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukannya ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua
Kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik
Untuk kamu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu




Selain daripada lirik lagu ternampak ayat yang menarik di Youtube milik Faizal Tahir yang berbunyi "To my boys, treat your women well"

kredit to faizal tahir

Terima kasih kerana sudi membaca Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir. Teruskan membaca di arzmoha.com

p/s : Lirik lagu ini sebahagian daripada menyokong industri muzik tanahair.

Comments

  1. Belum dengar lagi lagu ni. Tapi FT selalu lagu sedap2 n banyak mesej

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu masih baru...setuju...banyak mesej yang baik di bawa oleh Faizal Tahir

      Delete
  2. Lagu lagu Faizal Tahir kebanyakannya mmg tak mengecewakan. Sedap...
    Mcm jaranglah rasanya dengar lagu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih baru lagi kak hainom....minggu semingu dua lagi bakal dengar di radio

      Delete
  3. Faizal tahir memang hebat penyanyi yag serba boleh..

    ReplyDelete
  4. minat juga lagu faizal tahir. best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak mencari lagu yang tidak menarik kalau ciptaan Faizal Tahir

      Delete
  5. Memang tak dinafikan lagi bakar FT..

    ReplyDelete
  6. Sedap lagunya...dan best liriknya..

    ReplyDelete
  7. Menang? Nk layan jap la..xpenah dgr

    ReplyDelete
  8. Suka lagu ni especially tang korus.

    ReplyDelete
  9. x pernah dengar lagi.. sbb jarang denagr lagu2 terbaru..

    ReplyDelete
  10. Akak suka lagu ni....terkesan dihati

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...