Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang

Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang

Pengalaman akan mendewasakan kita. Pengalaman juga sesuatu yang sangat berharga dan tidak boleh di jual beli. Dalam hobi memancing, kena cari banyak pengalaman. Buat kali ini arzmoha.com ingin kongsikan Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang dimana antara tempat menarik memancing di Pulau Pinang. Anda mencari tempat paling menarik memancing?

pengalaman memancing dijambatan pulau pinang, tempat menarik memanrik di pulau pinang, port memancing best di penang, kaki pancing, gambar di bawah jambatan pulau pinang, kaki pancing, ikan apa ada di jambatan pulau pinang.
Pengalaman memancing di jambatan pulau pinang

Tempat Menarik Memancing di Pulau Pinang

Macam aRz katakan di atas, Jambatan Pulau Pinang merupakan antara lokasi menarik dan terbaik di Pulau Pinang buat kaki pancing. Kenapa? aRz kongsikan di bawah nanti dan teruskan membaca. Perkongsian kali ini merangkumi harga bayaran bot ke jambatan pulau pinang, umpan yang sesuai untuk memancing di jambatan pulau pinang, dan cabaran serta lain lain.

Untuk pengetahuan semua, umur Jambatan Pulau Pinang adalah bersamaan umur aRz. Percaya tak? Ini kali pertama aRz jejakkan kaki ke tempat memancing menarik di Pulau Pinang ini. Bagi sesetengah pemancing disini merupakan lubuk ikan paling terbaik.

Dah lama sebenarnya rancang nak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang tetapi masih tertangguh disebabkan komitmen harian yang tak dapat dielakkan. Kalau dari group Facebook Jambatan Pulau Pinang boleh dikatakan hari-hari diracuni dengan hasil pancing rakan-rakan kaki pancing yang membawa pulang hasil yang lumayan. 

Tempat menarik memancing di penang dan cabaran memancing di jambatan pulau pinang

Cabaran Memancing Di Jambatan Pulau Pinang


Bila disebut sebagai antara tempat menarik memancing di Pulau Pinang dan lubuk ikan besar sudah tentu ada cabarannya. aRz kongsikan dahulu cabarannya ini kerana sebelum meletakkan niat untuk membawa pulang hasil perlu tahu cabaran yang bakal dihadapi. Sebab ada orang selalu salah sangka bila memancing wajib dapat hasil. Tetapi jawapannya TIDAK. Kena faham erti REZEKI. Ada hari rezeki lumayan ada hari rezeki mungkin sikit mungkin tiada.

Cabaran yang pertama bila memancing di bawah jambatan pulau pinang sebaiknya bawa bekalan secukupnya dari segi makanan, minuman, umpan serta peralatan memancing. Kebiasaaannya waktu memancing disini sekurang-kurangnya 8 jam atau lebih. Tetapi tiada masalah sekiranya ingin pulang lebih awal. Umpan hidup juga boleh didapati disini dengan menggunakan apollo. Tetapi sediakan payung sebelum hujan. bawalah umpan lain supaya dapat memancing dengan tenang,

Cabaran kedua, menurut mereka yang pernah memancing disini, terdapat ikan lumba-lumba ada harinya berada sekitar Jambatan Pulau Pinang. Sekiranya ada kebarangkalian untuk pulang dengan tangan kosong agak tinggi.

Cabaran ketiga, Sekiranya membawa joran lebih dari satu bawalah tali untuk diikat pada tiang supaya tidak jatuh ke dalam laut. (rujuk gambar diatas) Sebabnya kalau mengena ikan besar boleh jadi joran anda ditarik masuk kedalam laut.

Cabaran keempat, seperti memancing di atas bot kecil tiada toilet disediakan. Pandai-pandailah untuk membuang air kecil atau air besar.

Berapa Bayaran Tambang Bot Ke Jambatan Pulau Pinang

Bayaran tambang yang dikenakan bermula dari RM 10 tetapi pada hari berkenaan kami ke tiang di tengah laut iaitu tiang 30 bayaran yang dikenakan adalah RM 15 seorang. Menaiki bot di jeti nelayan berhampiran Jeti Jabatan Laut Wilayah Utara, berdekatan juga dengan Nurul Ikan Bakar yang agak popular di Penang. jeti tersebut terletak di sebelah kiri Jambatan Pulau Pinang sekiranya anda dari atas jambatan.

Umpan Yang Digunakan Untuk Memancing Di Jambatan Pulau Pinang

Dari segi umpan pula, kebiasaannya pemancing-pemancing disini menggunakan udang hidup, ikan belanak, ikan tamban, isi ikan termenung. Ini antara umpan yang agak popular. Dari segi peralatan boleh gunakan apa saja jenis peralatan yang ada, kalau ada yang lebih mahal lebih baik. Tali benang (braided) yang biasa digunakan 50lb. Tali tangsi pun tiada masalah. Sebab ada salah seorang dari kami menggunakan tali tangsi dengan kekuatan 100lb.

memancing di jambatan pulau pinang, cabaran memancing di jambatan pulau pinang, bayaran tambang bot untuk memancing di jambatan pulau pinang, kaki pancing, tempat menarik memancing di penang, port memancing di pulau pinang, umpan yang sesuai untuk memancing di jambatan pulau pinang, ikan kerapu, ikan gt, ikan jenahak,
Hasil memancing di jambatan pulau pinang

Sebenarnya boleh tak memancing di bawah Jamabtan Pulau Pinang? Setakat ini tiada masalah, cuma bila kita memancing, memancinglah dengan baik. Jaga kebersihan laut jangan buang sampah merata-rata, Kalau niat kita baik insyaallah hasilnya pun baik.

Apa yang menarik lagi memancing di bawah Jambatan Pulau PInang berbanding memancing di atas bot adalah tidak mabuk laut dan tidak panas. Cuma dalam trip memancing kami kali ini pada bulan ramadhan (bulan puasa) agak mencabar dan terasa kering tekak. Tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. 

Antara hasil tangkapan yang kami dapat adalah seekor ikan kerapu (panau) Ikan nyioq-nyioq (GT) ikan Jenahak dan dua ekor kerapu kecil, termasuk seekor ikan duri dan gelama. Ikan buntal kira tak masuk dalam senarai la kan....

Apapun satu pengalaman yang menarik selain daripada pengalaman memancing sebelum ini memancing di Pulau Kendi dan juga Sangkar Sungai Udang insyaalah akan dikongsikan nanti.

Dari gambar yang dikongsikan oleh kaki-kaki pancing sebelum ini memang ikan yang berjaya dinaikkan besar-besar dan memuaskan. Walaubagaimanpun kembali pada perkara asal iaitu rezeki rahsia Allah S.W.T

Baca lagi 5 Kebaikan Memancing Ikan Yang Perlu Anda Tahu

Setakat ini dahulu perkongsian Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang. Terima kasih kerana sudi membaca

{ 27 comments.. read them below or add one }

Normi Nieza Normi Nieza 7 Jun 2017, 12:30:00
bestnya dapat banyak ikan..:)
Amanda Suria Amanda Suria 7 Jun 2017, 12:40:00
bestnya dapat ikan segar macam tu ha...
Along Misuari Along Misuari 7 Jun 2017, 12:55:00
Terbaiklah..
Ini pun dah dikira racun juga nie..
Adeiiii...

Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Lea Azleeya Lea Azleeya 7 Jun 2017, 13:44:00
yg ikan tengah tu cantiknyee..
Nao Mei Nao Mei 7 Jun 2017, 14:43:00
Ikan fresh..memang seronok kalau dapat hasil..hihi
Shark Kay Shark Kay 7 Jun 2017, 15:02:00
waaaaa..
ini menggoda betul nie..
nampak rare je mancing kat situ.
kak gojes kak gojes 7 Jun 2017, 18:10:00
bestnya utk org yg suka memancing..bg yg x suka mcm KG mmg x best.hehheeh... typo d kesan d situ JAMABTAN
Eny Abdullah Eny Abdullah 7 Jun 2017, 18:13:00
Nak suruh DH Kekny baca ni biaq dia jeles kehkehkeh
aRzMoHa aRzMoHa 7 Jun 2017, 19:33:00
Alhamdulillah cik nor...seorang seekoar dapat bawa balik
Mummy Julia Mummy Julia 8 Jun 2017, 10:43:00
Wow bestnya mancing.. Mummy mancing kat Pasor je..hahaa :P
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 8 Jun 2017, 11:07:00
Best nyerrrrr mancing ikan sendiri ! fresh !!
nadhie wueen nadhie wueen 8 Jun 2017, 13:42:00
alahai seronoknya mancing dapat ikan nii :D
zarul farhana zarul farhana 8 Jun 2017, 20:21:00
slalu tgk mmbr2 dok p mancing situ
raihanah raihanah 13 Jun 2017, 08:48:00
baru tahu boleh memancing situ
Faarihin Talip Faarihin Talip 14 Jun 2017, 08:51:00
Untuk yang gemar memancing memang seronoklah.

Selamat berpuasa, En. Arzmoha sekeluarga. =)
aRzMoHa aRzMoHa 15 Jun 2017, 02:00:00
betul...memancing sesuatu yang menyeronokkan khas buat kaki pancing...

Selamat berpuasa
aRzMoHa aRzMoHa 15 Jun 2017, 02:19:00
memang minat abang MKL...hobi..
Fendi Rocka Fendi Rocka 18 Jun 2017, 12:02:00
muka tak macam pemancing pun
aRzMoHa aRzMoHa 21 Jun 2017, 01:10:00
memancing tak perlu ada muka memancing...yang penting ada rod, machine, tali, mata kail dan umpan...serta lokasi memancing
aRzMoHa aRzMoHa 21 Jun 2017, 01:11:00
memang best isi manis...
aRzMoHa aRzMoHa 21 Jun 2017, 01:11:00
jomla memancing di penang pula...orang kelantan pun ada wat trip ke sini...
aRzMoHa aRzMoHa 21 Jun 2017, 01:12:00
cantik, mahal dan sedap...ikan kerapu
aRzMoHa aRzMoHa 21 Jun 2017, 01:24:00
hahah best mancing sini...kalau mengena hasil memang terbaik
mamapp mamapp 21 Jun 2017, 18:10:00
Baru tau kat sini boleh mancing rupanya ye

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih