Skip to main content

Apa Itu Rezeki?

Apa Itu Rezeki?

Apa itu rezeki? Rezeki itu segala sesuatu (nikmat) yang diperlukan oleh makhluk dalam melalui sebuah kehidupan baik di dunia mahupun akhirat kelak. Rezeki itu bidangnya sangat luas. Mungkin adakalanya kita terlupa dan lalai sehingga mengganggap rezeki itu cuma seperti wang tunai, kenderaan, rumah, serta makanan. Allah-lah sebaik pemberi rezeki dan sebaik tempat bergantung hidup. Bukan hak mutlak kita, ianya dipinjamkan dan akan dikembalikan kelak.

apa itu rezeki, rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, mudahnya menjemput rezeki, rezeki,
apa itu rezeki

Teringat akan satu buku yang pernah dibeli suatu ketika iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin. Sempat menghabiskan sekali tetapi buku tersebut tidak pasti ada di mana. Mungkin diberi pinjam atau tertinggal di mana-mana. Buku yang banyak menjelaskan tentang REZEKI. Selepas membaca apa yang dikongsikan fahamlah bahawa menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki. Rezeki setiap orang tidak pernah sama. Jangan berasa iri hati dengan rezeki orang lain sebaliknya bersyukur. Dengan bersyukur insyaallah rezeki akan bertambah. Di dalam buku tersebut diceritakan mengenai rezeki dari semua segi. Tetapi kena juga berusaha kerana Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh maka insyaallah akan mendapat apa yang diusahakannya. Luas sebenarnya kalau nak bercerita bab rezeki. Sebab itu aRz kongsikan mengenai sebuah buku seperti yang disebut di atas. Ada masa carilah buku tersebut. Sebuah bacaan yang baik mengenai REZEKI dan boleh faham lebih jauh mengenainya.

"Rezeki Tidak Pernah Tersalah Alamat"


Rezeki Yang Tidak Disangka

Rezeki tidak pernah tersalah alamat. Tidak kira jika kita mempunyai persaingan atau ada orang yang cuba menyekatnya sekalipun ia tetap akan sampai kepada kita. Alang-alang dah bercerita mengenai rezeki aRz nak berkongsi mengenai beberapa rezeki yang diterima baru-baru ini. Biarlah perkongsian ini sebagai satu motivasi untuk kita sama-sama terus berusaha menambah baik usaha kita.

Fridge Magnet Dari London

Fridge Magnet dari London yang dihadiahkan daripada seorang blogger yang baru pulang dari Kota London. Ianya dari seorang blogger bernama Anies yang baru pulang dari Kota London di dalam penjelajahan ke Eropah. Ianya juga sebagai satu penghargaan kepada mereka yang kerap mengunjungi blognya pada satu-satu ketika. Teringin nak baca mengenai penjelajahannya? Klik SINI

fridge magnet london, fm, hadiah dari london, hadiah dari blogger anies,
FM London

Fridge Magnet Shanghai dan Key Chain Hatyai dan Singapura

Rezeki kedua buah tangan dari seorang blogger yang memang sudah terkenal sebagai Travel Blogger, sis Jari Manis. Kalau sebelum ini asyik baca mengenai percutiannya ke Korea. Tetapi kali ini memang lain sikit sebab destinasinya ke Shanghai, Singapura dan juga Hatyai.

Dah baca? Klik SINI untuk membaca lebih lanjut. Ianya juga sebagai satu penghargaan kepada pembaca dan top komentar di blognya. Nak juga? rajin-rajin tinggalkan komen.

keychain singapore dan hatyai, fridge magnet shanghai, cara menghargai pembaca blog, rezeki, usaha salah satu cara mendapat rezeki,
Ole-ole dari sis Jari Manis

Menang Contest Goosey Selfie Sempena Pembukaan MyTown Shooping Centre

Syukur alhamdulillah. Menang contest Goosey Selfie. Rasa macam tak percaya pun ada sebab sekadar menyertai pertandingan (contest) ini tapi bila diumumkan antara salah seorang pemenang. Sebenarnya banyak contest yang dianjurkan. Kalau rajin dan kita usaha sikit kalau dah nama rezeki insyaallah tak kemana. Yang penting kena ada usaha. 

Terima kasih MyTown Shopping Centre. Ada cadangan apa yang menarik di IKEA?

gift card ikea, hadiah, menang contest goosey selfie, menang contest sempena pembukaan mytown shopping centre,
Gift Card IKEA hadiah menang contest Goosey Selfie

Lazada Box Of Surprise

Lazada Box Of Surprise. Memang betul-betul surprise sempena Lazada 5th Birthday Sale yang berlangsung baru-baru ini dari 22-24 Mac yang lalu. Terima kasih Lazada.

surprise box, lazada surprise box, surpri5ebox, lazada 5th birthday sale, review barang lazada, rezeki,
Surprise Box

surprise box dari lazada, siapa layak terima surprise box, lazada, lazada5th birthday sale,
Surprise Box dari Lazada

Tidak kira di dalam bidang apa yang sedang kita usahakan insyaallah ada rezekinya. Yang penting kena terus berusaha dan memohon daripada yang Sebaik-baik Pemberi Rezeki. Walaubagaimanapun kena jaga niat kita untuk apa kita berblogging. Kalau niat kita mengharap pada hasilnya berbentuk wang atau ganjaran risau nanti kita akan penat dan letih dalam mengejarnya. Sebaliknya pasang niat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Insyaallah dipermudahkan.

Comments

  1. wwah tahniah, untung dapat hadiah

    ReplyDelete
  2. tahniah tuan...saya suka konsep rezeki itu satu nikmat

    sekarangpun saya selalu berharap rezeki yang tidak disangka- sangka

    ReplyDelete
  3. tahniahhhh , murahnya rezeki abang long ♥

    ReplyDelete
  4. Sentiasa bersyukur dan percaya bahawa rezeki itu luas...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..moga terus dimarahi rezeki ya

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, dapat juga kotak dari lazada ya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..rezeki dtg dlm pelbagai bentuk..apa juga rezeki yang diterima, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. tahniah Arz..memang murah rezeki.Antara rezeki blogging juga tu, sambil-sambil dapat kawan-kawan baru, boleh juga bertukar-tukar cerita.

    memang betul, rezeki tidak pernah tersalah alamat.harap orang yang sedang baca buku Arz beli tu akan panjang-panjangkan ilmu yang dia dapat.

    ReplyDelete
  9. yup, betul tu. rezeki x pernah salah alamat & rezeki juga bukan hanya setakat wang ringgit. btw, murah rezeki Arz dapat surprise box dari Lazada 😄

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... saya tumpang gembira ;-)

    ReplyDelete
  11. Tahniah tuan. Semoga rezeki mencurah-curah. Kat mana nak dapat buku yang tuan baca tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...buku ini mudah sangat untuk didapati di kedai-kedai buku..malah ada juga dijual secara online

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...