Roti Bakar Hutton Lane Tempat Sarapan Pagi Best Di Penang

Roti Bakar Hutton Lane Tempat Sarapan Pagi Best Di Penang

Pulau Pinang yang selalu di sebut sebagai Syurga Makanan ini kerana terdapat bermacam-macam makanan yang mudah didapati disini. Kali ini aRz ingin kongsikan mengenai tempat sarapan pagi best dan antara yang terbaik di Penang iaitu Roti Bakar Hutton Lane. Bagi yang bercuti ke pulau pinang asyik tertanya-tanya kat mana makan best disini boleh terus membaca serba sedikit perkongsian ini.

roti bakar hutton lane, tempat makan pagi best dan antara terbaik di penang, roti bakar telur setengah masak di penang, tempat sarapan pagi best di penang, cuti-cuti ke pulau pinang, tempat makan menarik di penang,
Roti Bakar Hutton Lane

Roti Bakar Hutton Lena ini diusahakan oleh muslim yang dikatakan sejak dari 1957. Roti bakar yang menggunakan roti benggali dan dibakar menggunakan dapur arang. Ada orang kata guna arang lebih sedap. Mungkin sebab itu juga ia masih mengekalkan cara membakar roti disini. Walaupun menggunakan arang jangan risau, tak perlu tertunggu lama. Pengusaha roti bakar ni memang dah expert.

Alang-alang kalau dah bercuti ke pulau pinang, jangan lupa untuk terus sampai ke warung ini untuk mencuba menu yang ada. Menu-menu ini akan aRz kongsikan nanti dibawah. Gambar di atas dan bawah antara menu yang biasa aRz makan disini dan juga antara yang terkenal disini.

Pulau Pinang Syurga Makanan, roti bakar hutton lane penang, tempat makan best di penang, lokasi makan pagi sedap di penang, tempat makan menarik penang,
Sarapan pagi antara terbaik di Penang

Walaupun orang Pulau Pinang, boleh dikatakan ramai yang tetap singgah ke warung ini untuk menikmati sarapan pagi dengan menu seperti roti bakar telur setengah masak. Warung yang terselit di tengah-tengah kota Georgetown.

roti bakar hutton lane penang, sarapan pagi best di penang, makan pagi sedap di penang,
Roti Bakar Hutton Lane
Kalau tengok pada logo memang muka yang sama akan anda nampak ketika masuk ke warung yang terletak antara bangunan di Hutton Lane ini.

Menu yang disediakan di Roti Bakar Hutton Lane

Antara menu yang disediakan berasaskan roti bakar dan nasi dalcha. Ada beberapa pilihan samada roti bakar disapu planta dan kaya atau disapu planta dan gula atau hanya planta sahaja dan di celup telur setengah masak. Ada juga yang minta Telur Setengah Masak diletak diatas telur ada juga panggil telur goyang hehehe....

Nasi dalcha disini aRz sendiri belum cuba. Nak cerita banyak pun tak boleh. Tetapi nasi dalcha disini memang ada peminatnya yang tersendiri. Dari perkongsian rakan-rakan, orang lama kata memang nasi dalcha disini memang sedap. Ada masa insyaallah aRz juga akan mencuba sendiri.

roti bakar hutton lane penang, tempat makan best, mural penang,
Roti Bakar Hutton Lane

Lokasi Roti Bakar Hutton Lane Penang


Zmaan sekarang dah canggih kalau guna GPS mudah saja untuk jumpa dengan Roti Bakar Hutton Lane ini. Sekiranya anda tidak mempunyai GPS, Waze atau sebagainya boleh rujuk Google Maps dibawah


Roti Bakar Hutton Lane

Semoga anda dan keluarga mahupun rakan-rakan menemui Roti Bakar Hutton Lane Penang ini ketika bercuti di Pulau Pinang dan membantu anda menemui makanan terbaik di sini yang di katakan Syurga Makanan.

Comments

  1. Replies
    1. Dalam proses menyenaraikan makanan Sedap di Penang. Khas buat yang bercuti ke Penang dan tertanya makan kat mana sedap

      Delete
  2. harus belajar macam mana link comment ke fb ni..hehe

    ReplyDelete
  3. terkecur pulak tengok telur separuh masak tu.. :P

    ReplyDelete
  4. uiii lama da tu sebaya dgn negara malaysia ;-)

    ReplyDelete
  5. fuhhhhh meleleh roti cicah telur 3 suku masak

    ReplyDelete
  6. simple tapi nyaman bah. itu lagi best

    ReplyDelete
  7. nampak simple tapi itulah yang terbaik!

    ReplyDelete
  8. Tak pernah sampai lagi tempat ni...Nnati nak try pergi sana...manala tahu kena dgn tekak Eirna ni....

    ReplyDelete
  9. arghhh bila la boleh p food hunt dekat penang lagi

    ReplyDelete
  10. tak sempat ke sini hari tuh huhu

    ReplyDelete
  11. dulu masa x allergic, tak tahu pun pasal kedai ni.. skrg dah allergic dah x bleh try dah.. hmmm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih