Skip to main content

MAKLUMAT YANG SYARIKAT LORI SEWA PERLU UNTUK BERI SEBUT HARGA

MAKLUMAT YANG SYARIKAT LORI SEWA PERLU UNTUK BERI SEBUT HARGA

Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat lori sewa yang profesional apabila mereka menerima pertanyaan pemindahan daripada anda. Dari ketibaan mereka di tempat anda untuk mengemas barang peribadi atau perniagaan ke jenis lori hantar barang yang mereka ada hingga ke servis hantar barang ke tempat baru dengan selamat, anda perlu memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada syarikat pemindahan.

syarikat sewa lori pindah rumah pejabat

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

Penyediaan Tempat Letak Lori

Syarikat pemindahan perlu mempunyai kawasan yang secukupnya untuk meletakkan lori mereka. Walaupun anda mungkin dapat menyediakan kawasan seluas dan panjang sekitar 2-3 buah kereta untuk lori mereka, masih terdapat perkara lain yang perlu dipertimbangkan.

- Jiran. 

Ia merupakan idea yang baik untuk memberitahu jiran tentang hari pemindahan anda. Anda akan memerlukan tempat letak kenderaan tambahan di hadapan rumah anda dan ini mungkin akan mengganggu mereka apabila keluar dan masuk ke rumah.

- Tempat Letak Lori yang Berdekatan. 

Anda harus menyediakan tempat letak kenderaan yang terdekat ke rumah anda atau tempat pemuatan barang di kondo anda. Ini akan menjimatkan masa untuk syarikat pemindahan.

Kapasiti Maksima Lori yang Diizinkan di Tempat Tertentu

Anda perlu mempertimbangkan bahawa sesetengah kondo atau apartmen mempunyai peraturan untuk had maksimum keberatan lori. Walaupun selalunya had keberatan lori sewa 3 tan adalah dibenarkan, saiz antara lori mungkin akan berbeza dan anda perlu mengetahui saiz lori yang dapat menampung semua barangan anda yang perlu dipindahkan. Hubungi pejabat pengurusan kondominium atau pangsapuri anda untuk mengetahui keberatan maksimum lori yang diizinkan dalam bangunan.

Perjalanan Dari dan Ke Rumah Anda

Pastikan anda memeriksa jalan masuk ke rumah anda. Lori besar memerlukan ruang yang lebih banyak untuk bergerak dalam keadaan jalan yang sibuk. Anda boleh merancang satu peta yang menandakan semua persimpangan di dalam dan di sekitar kawasan anda. Selain itu, anda boleh periksa lokasi jalan sehala dan kawasan sesuai untuk membelok bagi kenderaan besar. Ranting pokok yang terlalu banyak juga boleh mengehadkan laluan ke rumah anda.

syarikat lori sewa beri sebutharga

Logistik Pemindahan

Sesetengah kawasan adalah sukar untuk dilalui oleh lori besar. Tempat sebegini biasanya mempunyai jalan masuk yang panjang dan sempit yang berkongsi dengan hartanah lain yang mempunyai rumah yang terletak di belakang. Anda perlu memastikan agar tidak terdapat kenderaan atau objek lain terletak di sepanjang jalan masuk untuk membolehkan lori meletakkan kenderaan dengan selamat di depan rumah anda.

Tenaga Kerja Tambahan untuk Pemindahan Ke Lori Sewa

Apabila anda mendapatkan perkhidmatan syarikat pemindahan, mereka memerlukan laluan terdekat ke pintu depan rumah anda. Sebilangan besar syarikat pemindahan mempunyai jarak yang ditetapkan untuk pemindahan barang tanpa bayaran tambahan. Walaubagaimanapun, sekiranya tempat anda sudah melebihi jarak tersebut atau memerlukan troli kecil untuk membawa barang-barang ke rumah anda atau dari rumah anda ke lori di jalan raya, anda akan dikenakan bayaran tambahan.

Kemudahan Lif di Bangunan Anda

Sekiranya anda tinggal di bangunan yang tinggi tanpa lif, ini akan meningkatkan harga pemindahan kerana lebih banyak tenaga kerja diperlukan untuk proses pindah rumah anda. Sila beritahu syarikat pemindahan sekiranya anda tinggal di sebuah flat tanpa lif.

Proses pemindahan anda akan menjadi lebih lancar apabila syarikat lori sewa di Puchong atau Kuala Lumpur yang anda upah mengetahui semua butiran ini. Hubungi Mover2U untuk sebut harga PERCUMA bagi kerja pindah pejabat atau rumah anda.

Terima kasih kerana sudi membaca di arzmoha.com

Comments

  1. Salam perkenalan. Syu datang singgah BW tambah kenalan. Mekaseh. Perkongsian yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian
    betul-betul membantu bila tiba waktu nih

    ReplyDelete
  3. Salam ArzMoha.. lama tak singgah kat blog. BIasa tengok perjalanan hidup ddekat FB. Nanti ada masa boleh set ni reunion. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...