Skip to main content

HILANG KINI MUNCUL BERSAMA YOUTUBE CHANNEL LESMINIT

 YOUTUBE CHANNEL OFFICIAL LESMINIT HASIL DARI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020-2021

Saya betul-betul bagai hilang dari radar dot com. Tahun 2020 pun tak banyak yang dapat menulis blog. 2020 seakan hilang begitu saja. Tetapi syukur alhamdulillah sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama pada mac 2020 ( kalau tak silap) saya mula berazam nak hidupkan youtube channel.

Fikir punya fikir, akhirnya dapat wujudkan satu akaun youtube yang sekadar nak berkongsi mengenai Travel dalam negara, luar negara ( kalau dimurahkan rezeki), food ( menu makanan yang saya pernah rasai) dan juga review ( barang-barang yang pernah saya guna.)

lesminit youtube channel



Alhamdulillah nama channel Youtube saya adalah LESMINIT. Lesminit ini sebenarnya terilham daripada niat saya nak buat video yang cepat kalau boleh nak manfaatkan masa sebaiknya iaitu Less Minute. Tetapi usaha-punya usaha yang terjadi adalah Last Minute

Hampir-hampir nak letak nama Last Minute tetapi lebih kepada nama negatif. Risau nanti yang jadinya semuanya video last minute. Jadi akhirnya saya namakan sebagai Lesminit.

Walaupun sebelum ini saya dah pun ada Channel lain tetapi sejak tahun 2020 saya lebih fokus kepada Youtube Channel Lesminit.

Apapun saya mohon support dari semua pembaca blog untuk membuat carian LESMINIT di youtube dan boleh sekiranya ada yang ingin bertukar subscriber dengan terus mesej saya di mana-mana akaun official media sosial saya seperti dibawah.

#SupportSesamaKita
#Buat
#Lesminit


Sekian dulu dan sampai disini saja. Insyaallah akan kembali aktif berkongsi di blog ini. Terima kasih kerana sudi support saya. Apapun kena baiki banyak broken link yang perlu diperbaiki.


Semoga bertemu lagi.

Comments

  1. Ooo itu idea nama dia dapat yeee... Ingatkan apa...all the best arzmoha

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...