Skip to main content

Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia?

APAKAH YANG PALING KUAT DI DUNIA? Benarkah Zikir Paling Kuat Di Dunia?

Pernah tak kita tertanya-tanya apakah yang paling kuat di dunia? Tahun demi tahun ada dianjurkan pertandingan untuk menentukan siapa paling kuat. Kita juga boleh lihat ada orang lain yang merasa kuat membuli orang lain yang lemah. Mungkin kisah ini yang dikongsikan oleh Dr Omar Abdul Kafi secara santai dapat menjelaskan Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia

apakah paling kuat di dunia, apakah lebih kuat dari besi, apakah lebih kuat dari manusia, apakah lebih kuat dari angin, nasihat,
apakah yang paling kuat di dunia

Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia

Kalau tanya pada saya sendiri pun mungkin saya tak boleh jawab. Mungkin besi adalah jawapannya.
Bila mendengar perkongsian dari Dr. terus membuatkan #DariKacaMataAbah terfikir ia satu kisah atau cerita yang boleh di masukkan dalam koleksi Bed Time Story untuk anak-anak sebelum tidur. 

Pernah tak bercerita pada anak sebelum tidur? Tahu tak waktu itu juga dipanggil waktu hypnagogic. Waktu paling berkesan untuk menasihati anak-anak.Gunalah waktu ini untuk berkongsi yang baik-baik, nasihat dan lain-lain atau paling tidak kongsikan kisah ini.

Apakah yang paling kuat?

Dr Omar kongsikan Saidina Ali Radhiallahu'anhu berkata " Allah pernah ciptakan sesuatu yang sangat kuat."

Orang ramai bertanya " Apakah ia wahai Saidina Ali?"

Pada pemerhatiannya pada penciptaan alam

Kata Saidina Ali " Allah telah menciptakan besi. Apabila besi telah menjadi terkenal kekuatannya. Lalu besi mula mahu berbangga.

Lalu Allah menciptakan api untuk mencairkannya, Api pun membara lalu mencairkan besi.
Lalu Allah menciptakan air untuk memadamkannya. Subhanallah.

Air pun merasa bangga dengan kekuataannya lalu Allah cipta awan untuk membawanya.
Awan pula merasa bangga dengan kekuatannya. Allah cipta pula angin untuk membawa awan.

Selepas cipta angin, Allah cipta bukit bukau, menghalang angin, hujan dan awan. Kemudian Allah ciptakan manusia. Manusia mampu menggunakan bukit dengan menggondolkan bukit dan membina rumah dengan gembiranya. "Apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam. Kamu membina istana agar dapat hidup kekal?"

Apabila Allah mencipta manusia, lalu mereka berbangga dengan keunikan dan kekuatannya. Lalu Allah tewaskan manusia dengan tidur. Dengan segala kehebatan kamu lihat, dah tertidur. Kata ulamak " Tidur itu raja, apabila raja datang, rakyat habis tertidur"

Lalu apabila tidur itu berasa kuat sebab boleh kalahkan Anak Adam, Lalu Allah pun menciptakan kerisauan, lalu tidur pun kalah. Jadi apa yang paling kuat? RISAU.

Risau dan sedih itu tempatnya di akal atau hati? jawabnya di HATI.

Lalu Allah jadikan zikirullah di hati hambaNya supaya hamba itu ingat pada TuhanNya hingga hilang rasa risau yang ada padanya.

Seperti mana kita diajarkan doa ketika berada dalam kesedihan 

Ya Allah aku berlindung daripada risau dan sedih dan daripada rasa lemah dan malas"

Jadi apakah yang paling kuat? iaitu Zikrullah (Ingat Allah) dengan zikrullah, Allah memadamkan kerisauan dan menghilangkannya, kemudian melapangkan dada dan sehingga menjadikan sampai kepada Allah SWT.

Itulah kisah mengenai apakah yang paling kuat. Pengajaran dari kisah ini :

1) Jika kita merasa kuat, maka ada lagi yang lebih kuat dari kita. Kadang kita berada di atas kadang kita berada di bawah. Maka kita selalu diingatkan dengan peribahasa melayu, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

2) Kalau kita lihat kenderaan-kenderaan yang canggih hari ini semuanya keluar dari kilang tersendiri, jika ada kerosakan kena rujuk kembali pada pengeluar kenderaan tersebut. Tidak boleh suka-suka hantar ke pusat servis biasa. Mungkin akan lebih rosak, mungkin tidak dapat dibaiki, mungkin ditipu dan sebagainya. Jadi bila kita, manusia ada masalah kembalilah kepada Pencipta iaitu Allah SWT.

3) Bila berasa resah sedih malas bacalah doa yang diajarkan kepada kita (boleh google) "Ya Allah Aku berlindung dari denganMu dari gelisah dan sedih, dan aku berlindung denganMu dari rasa lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan penindasan orang."

Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan bersama kepada orang lain. Terima kasih kerana sudi membaca Apakah Yang Paling Kuat Iaitu Zikir Mengingati Allah

Comments

  1. Sentiasa ada yang lagi kuat dari kita. Yang pastinya Allah yang tak tertanding.

    ReplyDelete
  2. Allahu. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan bersama 😊

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah.Alhamdulillah.Ringan tapi berat untuk dilakukan dan sering diabaikan itulah zikir sedang ianya memberi banyak kebaikkan..terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah terbaca yang paling kuat ialah sedekah dengan tangan kanan sedangkan tangan kiri tidak tahu.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. Suka sangat dengan perkongsian berilmu ni! Terima kasih share abg arz :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...