Skip to main content

Salam Nuzul Al-Quran dan Kenapa Al-Quran Diturunkan Kepada Umat Nabi Muhammad

Salam Nuzul Al-Quran dan Mengapa Al-Quran Diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W?

Salam Nuzul Al-Quran. Kalau bukan kerana Nuzul Al-Quran mungkin saya masih tak mengemaskini (update) blog. Allahurabi lamanya juga saya tinggal blog ini. Kembali pada tajuk artikel kali ini. Salam Nuzul Al-Quran 1440H/2019. Al-Quran adalah Kallamullah ( Perkataan Allah). Ayat Al-Quran terdapat 6236 ayat.

Nuzul Al-Quran 1440H 2019, Al-Quran, Kenapa Al-Quran diturunkan kepada kita umat nabi muhammad,
Nuzul Quran 2019

Al-Quran diturunkan ke langit dunia sekaligus pada Malam Lailatul Qadar. Kemudian Allah menurunkan secara berperingkat kepada Rasulullah S.A.W pertama kalinya menurut jumhur Ulama pada 17 Ramadhan (Nuzul Quran).

Banyak kelebihan membaca Al-Quran sebagai Umat Islam kita sepatutnya menghargai dan sentiasa membacanya apatah lagi di dalam Bulan Ramadhan. 

Teringat lagi kata-kata Ustaz Hanif Azmir cara untuk istiqamah membaca Al-Quran. Kata ustaz 3 hari pertama adalah sangat berat tetapi untuk istiqamah membaca Al-Quran kita perlu meletakkan syarat pada diri sendiri. 

Sebagai contoh " selagi aku belum habis membaca satu muka surat aku tak boleh makan, atau tak boleh keluar, atau tak boleh buat perkara lain". Disiplin sangat penting. 

Kenapa Al-Quran Diturunkan Kepada Umat Nabi Muhammad SAW

Kenapa Al-Quran diturunkan? Menurut Ustaz Amin, di dalam Al-Quran Allah menceritakan kepada kita 3 tujuan Al-Quran diturunkan kepada kita Umat nabi Muhammad SAW. 

3 tujuan Allah menurunkan Al-Quran kepada kita. Iaitu pertama, Petunjuk bagi diri manusia. Kedua, bukti-bukti yang memperkukuhkan lagi petunjuk tersebut. Ketiga, Pembeza antara yang benar dan yang salah. Selebihnya sama-sama kita mencari majlis-majlis ilmu supaya kita lebih memahami tujuan Allah menurunkan Al-Quran kepada kita.

Di dunia, waktu peperiksaan kalau kita dapat jawapan (hint) kepada soalan yang bakal ditanya ketika peperiksaan sudah tentu kita bersungguh-sungguh membaca untuk selamat ketika menjawab peperiksaan. Begitu juga akhirat Allah dah berikan kita jawapan atau 'hint' supaya selamat di akhirat kelak maka mari kita sama-sama bersungguh-sungguh untuk selamat di akhirat kelak.

Bacalah Al-Quran bukan hanya di bulan Ramadhan malah setiap hari kita. Al-Quran akan membela kita di akhirat malah memberikan kebaikan di dunia juga. Banyak kuliah-kuliah menceritakan tentang kebaikan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.

Antara kebaikannya Orang yang sentiasa dengan Al-Quran dijamin oleh Allah dipermudahkan ketika nyawa dicabut dari badan. Kemudian menjaga kita ketika di alam barzakh ketika sekujur badan yang mana kita tidak mampu membuat apa-apa tetapi Al-Quran akan datang membela siapa yang membacanya.

Banyak lagi kebaikan tetapi kitalah yang selalu rugi membiarkan Al-Quran hari demi hari dihujani debu tidak disentuh. Mari kita sama-sama berazam untuk membacanya sepanjang tahun sempena Nuzul Al-Quran tahun ini.

"Kalau Facebook, Instagram hang boleh baca boleh buang masa, kenapa tidak ada masa untuk baca Al-Quran? Ianya adalah ENSIKLOPEDIA yang lengkap."

Kalau nak lebih bersemangat untuk membaca carilah kuliah-kuliah yang menceritakan tentang kelebihan membaca Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran

p/s: Doakan saya akan terus Istiqomah membaca Al-Quran dan kembali memenuhi blog ini berkongsi sesuatu yang baik untuk semua.

Kenapa tiba-tiba update? Mana tidaknya kena 'bash' dengan kawan.

"Hang dah ada blog. Dah jauh hang pi ( jauh usahakan). Awat hang biaq macam tu saja?"

Dia sambung lagi...

"Hang nak tunggu apa untuk update?"

Saya tanya dia "Hang baca blog aku ka?" " Terharu" 

Jumpa lagi. Maybe Esok.

Comments

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA | Lagu ini di nyanyikan oleh Fadzli Fareast dan juga Maliq Suhaimi diterbitkan oleh Inteam Digital. Lagu yang dilancarkan pada bulan Mei 2019. Terasa nak kongsi lirik lagu Carilah Aku Di Neraka kerana teringat kembali ketika singgah di sebuah masjid untuk solat Isyak berjemaah ada sebuah majlis ilmu yang sedang berlangsung dan ustaz membacakan tentang hadis di mana sahabat mencari sahabat di neraka. Jom baca saya kongsikan lagi mengenai lirik lagu ini dan hadis mengenai perkara ini. lirik lagu Carilah Aku Di Neraka Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."...