3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi)

Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW

3 perkara yang ditanya Abdullah bin salam, 3 pertanyaan abdullah bin salam kepada rasulullah, 3 pertanyaan pendeta yahudi kepada rasulullah, tanda awal berlakunya kiamat, makanan pertama penghuni syurga, kenapa anak mirip wajah ibu atau ayah
3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam


Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua. 

Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat. 

"selagi mana seseorang itu inginkan kebenaran Allah akan tunjukkan jalan"

Sekiranya taurat menceritakan akan ada Nabi Akhir Zaman, Nabi itu akan lahir ditempat tertentu, sifat nabi dengan sifat tertentu sepertimana taurat ceritakan itulah yang diceritakan kepada kaum yahudi yang berada di madinah dan beliau tunggu akan kedatangan nabi ini. Berbeza dengan rahib yang tidak jujur, apabila sampai kepada bab nabi akhir zaman mereka menyembunyikan dari kaum yahudi ini kerana nabi ini bukan dari keturunan yahudi.

Diceritakan dari Ustaz Shamsuri Hj Ahmad pendakwah terkenal di utara yang merupakan juga bekas Guru, Pensyarah dan kini merupakan Pengerusi Pelita Samudera ( restoran pelita) yang mana masih lagi  menyampaikan kuliah mengenai kitab Bahrul Mazi dan Tafsir Nurul Ehsan

Apabila mendengar Nabi telah tiba di Quba lantas Abdullah bin Salam secara spontan menyebut Allahuakbar Allahuakhbar Allahuakbar. Makciknya terkejut dan bertanya apakah ini?

Lalu dijawab kepada makciknya inilah yang saya ceritakan tentang Muhammad Nabi Akhir Zaman dan beliau benar nabi. Saya telah teliti semua keterangan tentang dia di dalam kitab taurat benarlah dia seorang nabi.

Abdullah bin Salam antara yang ramai berkerumun untuk melihat apa yang diperkatakan oleh Nabi.
Ucapan pertama Nabi ketika sampai di Madinah adalah

"Sebarkan salam, beri makanlah kepada orang, dan bangunlah solat malam ketika orang tengah tidur nescaya kalian akan masuk syurga"

ucapan ini telah membuatkan hati Abdullah bin Salam tersentuh lalu ingin bertemu Nabi.

3 Pertanyaan Abdullah bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

Abdullah bin Salam selepas dari pertemuan pertama dengan Nabi kemudiannya membuat pertemuan dengan nabi.

"Ya Muhammad, aku ingin bertanya 3 perkara yang jawapannya tidak diketahui kecuali seorang nabi"

Beliau merupakan seorang yang alim taurat bukan untuk mencuba nabi. Lalu Nabi membenarkannya bertanya soalan.

Soalan yang pertama adalah

1. Tanda awal sebelum berlakunya kiamat?
2. Apakah makanan pertama penghuni syurga?
3. Dari mana asal seorang anak menyerupai atau mirip dengan ibu atau ayahnya? Muka mengikut wajah ibu atau bapa.

Nabi menjawab " Baru sebentar tadi Jibril A.S menyampaikan jawapannya"

Apabila Abdullah bin Salam mendengar jawapan nabi, lalu berkata " Jibril adalah musuh besar orang yahudi"

Nabi menjawab "tanda menjelang kiamat akan menyala api, dimana api ini akan mengejar manusia di muka bumi dari timur ke barat" Api ini akan mengumpul manusia ke suatu tempat.

Kemudian Nabi menjawab " Makanan pertama penghuni syurga adalah hati ikan"

"Sedangkan anak yang mirip wajah ayah atau ibunya adalah, jika sperma laki-laki lebih dahulu mendahului wanita maka anaknya cnderung wajah mirip ayahnya, dan jika sebaliknya, maka anaknya cenderung mirip wajah ibunya"

Apabila mendengar jawapan nabi, Abdullah bin Salam terus mengucapkan "Aku naik saksi engkau Rasulullah"

Selepas itu setelah menyatakan syahadah kepada Rasulullah kemudian ia berkata "Ya Rasulullah, Sesungguhnya orang-orang yahudi itu adalah kaum yang suka berbohong. Apabila mereka mengetahui keislamanku maka mereka akan berbohong dihadapanmu.

Ketika sedang bercakap dengan Nabi SAW tiba satu kumpulan yahudi untuk bertemu Nabi SAW dan Nabi menyuruh Abdullah bin Salam bersembunyi.

Nabi pun bertanya siapakah Abdullah bin Salam lalu mereka menjawab " Dia adalah orang yang terbaik kami, dan anak dari orang terbaik kami, dia adalah ulama kami dan anak dari ulama kami, dia adalah ahli agama kami dan anak kepada ahli agama kami"

"Bagaimana menurut kalian sekiranya dia masuk Islam, apakah kalian juga akan masuk Islam? Mereka menjawab " Semoga Allah melindungi dia dari hal itu".

Kemudian keluarlah Abdullah bin Salam dari rumah Nabi dan mengucapkan Syahadah di hadapan kaum yahudi.

Lalu berkata ketua yahudi yang bertemu nabi " Dia adalah orang yang terburuk kami dan dari anak orang yang terburuk kami, dia adalah orang terbodoh kami dari anak orang yang terbodoh kami"

Ini kisah dari hadith sahih Riwayat Al-Bukhari

Kemudian Abdullah bin Salam berkata : "Inilah hal yang selama ini aku cemaskan terjadi pada kamu"

Inilah sebahagian dari kisah yang diceritakan oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dalam pengajiannya mengenai ayat Quran 

"dan apabila kamu membaca Al-Quran nescaya Kami adakan diantara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu hijab" Surah Al-Isra Ayat -45

Semoga kisah ini memberi sedikit kebaikan buat kita semua. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita dapat dalam kisah ini. Antaranya persoalan sains dimana mengapa wajah anak mirip ibu atau ayahnya.

Selain itu ada pengajaran lain iaitu selagi mana seseorang itu inginkan kebenaran Allah akan tunjukan jalan.

Seandainya ada kesilapan dalam perkongsian ini mohon mengur saya untuk saya betulkan. Sekiranya ia sebuah perkongsian yang baik kongsikan untuk kebaikan.

saya mengajak kesemua pembaca untuk menyambung dengar kuliahnya yang boleh didapati di saluran youtube ZonKuliah atau Abu Khadijah Studio untuk kuliah penuh.

Jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai 3 Pertanyaan Abdullah bin Salam kepada Rasulullah SAW.

Comments

  1. assalamulaikum bro

    satu perkongsian yg sangat bagus
    semoga bermanfaat untuk smua yg membaca

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur.Terima kasih perkongsian..dari sudut agama ada jawapan anak mirip wajah ayah atau ibu...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian cerita ini.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, perkongsian yg baik buat renungan bersama kita semua. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin. Salam sejahtera bro Arz.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih