3 Perisa Minuman Baharu Coolblog Menghangatkan Deria Rasa Semarak Aura Merah Jambu Cheesy Pinky Berry

3 Perisa Minuman Baharu CoolBlog Di Seluruh Negara Semarak Aura Merah Jambu Cheesy Pinky Berry.

Coolblog melancarkan 3 perisa baharu yang membuatkan saya sendiri rasa nak mencuba kesemuanya. Apatah lagi buat peminat pink yang sepatutnya mencuba minuman baru ini. Didatangkan khas dengan bekas berbentuk love comel sangat kata Cik Puteri. Dah cuba? 

Minuman baharu coolblog Cheesy Pinky berry
Minuman baharu Cheesy Pinky Berry

Digital: KUALA LUMPUR, Mac 2020 – Coolblog dengan bangganya mengumumkan siri baharu minuman mereka yang diberi nama Cheesy Pinky Berry yang sudah boleh didapati mulai hari ini.  Dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml, Cheesy Pinky Berry didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan telah dilancarkan di dalam konti radio SURIA FM bersama-sama barisan utama penyampai SURIA FM. 
#CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB #CoolblogMalaysia


Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konti radio SURIA FM hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Majlis perasmian ini mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog. 
  
Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020. 

Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia. 


Muzik Video Cheesy Pinky Berry
Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka. 

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.



Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog 
"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini. 

Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.



Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.

Ikuti media coolblog

Instagram : @CoolblogMalaysia
Facebook : Coolblog Malaysia
#CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB

#CoolblogMalaysia

Comments

  1. rugi plak x rasa ms women's day haritu... sbb lg murah harganya

    ReplyDelete
  2. Selama ni peberet akak honey dew. ..lps ni boleh cuba sicantik manis ni pulak...mcm sedap ja..

    ReplyDelete
  3. wow..sedapnya..blanja pliss..:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa tapi nak pergi beli tengah tutup lagi coolblog.huhu

    ReplyDelete
  5. Suka rasa berry..masam2..

    ReplyDelete
  6. Kena tunggu PKP lah nampaknya baru cuba rasa. menarik betul pink pink tu..tu yang tertarik sebab favourite kaler..hihi

    ReplyDelete
  7. lama gileee tak minom CoolBlog.. rasanya yang dekat dengan rumah pun dah tutup ganti dengan benda lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih