Makan Kari Claypot | Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

MAKAN KARI CLAYPOT | ILYANA CAFE TELUK KUMBAR PENANG

Assalamualaikum semoga semua pembaca arzmoha.com terus sihat dan diberi ketenangan hati serta selalu bahagia. Hari minggu kebiasaannya merupakan hari untuk bersama keluarga, samada berkunjung ke tempat-tempat menarik, membeli-belah, ke majlis ilmu, berkelah atau paling tidak keluar makan bersama-sama. Jadi disebabkan tak buat aktiviti lain, jadinya singgah ke Ilyana Cafe Teluk Kumbar yang popular dengan makanan laut.


kari claypot, ilyana cafe, teluk kumbar, food hunter penang, kedai makan berdekatan lexis suites penang, mee udang,
Kari Claypot | Ilyana Cafe Teluk Kumbar

ILYANA CAFE, TELUK KUMBAR, PENANG

Ilyana cafe bukan satu kedai makan berasaskan laut yang baru, tetapi sudah lama wujud di teluk kumbar ini. Cafe ini terletak berhampiran Lexis Suites Penang. Kalau dah menginap disini jangan lupa singgah ke Ilyana Cafe untuk makan tengahari petang ataupun malam. 

Kalau dulu singgah ke sini hanya untuk makan mee udang. Tak pernah mencuba kari claypot atau menu lain. Tapi entahlah macam mana niat hati nak jalan-jalan ronda-ronda sekitar teluk kumbar. Dalam hati fikir alang-alang boleh duduk tepi pantai layan alam semulajadi. Melihat alam hati boleh menjadi tenang.

Sampai saja di Ilyana Cafe, boleh nampak kedai-kedai lain bersebelahan dia antara yang saya masih ingat Salwa mee udang, Big Tas Tea. Ilyana cafe ada dua bahagian, bahagian dalam yang dilengkapi dengan pendingin hawa (aircond), surau dan tandas. Sebelah luar pula bahagian terbuka.


ilyana cafe, cik puteri, booth, kari claypot booth, moto kapchai,
Cik Puteri dan Kapchai

Apa yang kami makan? Kalau ikut niat awal nak makan Ikan Merah masak kari. Tapi fikir balik takut ikan besar lepas tu tak boleh habis. Jadinya ubah menu ambil ikan pari masak kari. Lepas tu isteri saya pesan ikan bawal masak merah. ( kami fikir ikan pari mungkin seketul, boleh la sorang makan) kemudian sup campur untuk Cik Puteri. Bendi goreng bawang putih.


ilyana cafe, kari claypot, makan kari di penang, mee udang teluk kumbar, kedai makan berdekatan lexis suites, bawal masak merah,
Bawal Masak Merah
ilyana cafe, kari claypot, makan kari di penang, mee udang teluk kumbar, kedai makan berdekatan lexis suites,
Bila Makanan Dah Sampai Be Like | Ilyana Cafe

Kari Claypot Ikan Pari ni panas-panas memang sedap tapi ada rasa tawar sikit tapi bila dah satukan dengan kuah lain dan bendi goreng bawang putih memang naik selera. Lebih kurang 4 5 ketul. Dengan Ikan bawal masak merah dan sup campur di dalamnya ada sotong, udang dan lain-lain.

Bila dah makan baru perasan sebenarnya apa yang kami order sepatutnya untuk 5 orang makan agaknya. Susah pula nak habiskan. Siap minta bungkuskan. Boleh makan malam nanti. 

Tengok orang sebelah makan siput bukan main selera rasa macam nak pesan juga tapi sedar diri yang saya kurang makan siput. kerang ok lagi.

Jumlah keseluruhan RM 47.70 yang makan kari claypot cuma RM 14.40 Bawal pun RM 14.40

Secara keseluruhannya cafe ini memang sesuai bagi peminat pelbagai makanan laut seperti kari calypot, ikan masak stim, mee udang dan lain-lain lagi. Keadaan suasana cafe yang selesa lengkap dengan tandas dan surau.

Waktu Operasi Ilyana Cafe : 1 petang -12 malam

Tutup hari KHAMIS

ILYANA CAFE 
10.Gerai Jkkk,Kg Nelayan,Teluk Kumbar (23.73 km)
11920 Telok Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia

google maps : Ilyana Cafe

No. Telefon : 04-6492120


jeti teluk kumbar, teluk kumbar jetty, arzmoha, cik puteri, lesminit youtube channel,
Jeti Teluk Kumbar Pulau Pinang

Habis makan jalan-jalan sikit ke jati yang ada di belakang ilyana cafe. Kalau dari Ilyana cafe sebelah kiri ada Salwa Mee Udang kalau tak silap bersebelahan kedai tu ada lorong untuk ke jeti ni. Singgah pun tak lama memandangkan cuaca masih panas ditambah keadaan kemarau sekarang ini. 

Tapi seronok sebenarnya bila jalan-jalan memandang alam sekitar sambil biarkan nasi dalam perut turun sikit. makan banyak tadi.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai perkongsian Makan Kari Claypot Di Ilyana Cafe Teluk Kumbar Penang.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Suria Amanda Suria Amanda 1 Feb 2020, 17:31:00
Nampak sedap makanan dia..murah pun murah..nanti boleh cuba kalau sesat ke sana
Umi Nazrah Umi Nazrah 1 Feb 2020, 21:05:00
Nyummm nampak sangat menggoda 🤤
PeRdU cINta PeRdU cINta 2 Feb 2020, 09:46:00
Banyak tapi harga ok sangat tu.
nohas nohas 2 Feb 2020, 19:53:00
Sedap makan seafood tepi laut..ok harganya..
Azhafizah MN Azhafizah MN 3 Feb 2020, 15:02:00
This comment has been removed by the author.
Azhafizah MN Azhafizah MN 3 Feb 2020, 15:04:00
Sedap tu menu menu dia. Kadang tu kita nak pesan xpasti portion dia banyak ke tidak. Terlebih order dan xlarat makan memang bungkus je lah. Kira okay juga harganya tu.
Inani Hazwani Inani Hazwani 3 Feb 2020, 23:10:00
Wahh meriahh hah macam macam ada atas meja. Sedapnyaa kari! Aduh ini yang rasa nak repeat jalan jalan Penang.
Ana Jingga Ana Jingga 5 Feb 2020, 12:55:00
besaq sangat dah Cik Puteri, cantik pula tuu.. amboi sedapnyaa menu
notie notie 6 Feb 2020, 11:28:00
Jarang makan ikan pari masak kari. Selalunya buat asam pedas atau bakar. Cam sedap je.
Sunah Sakura Sunah Sakura 6 Feb 2020, 21:39:00
berpatutan juga harganya tu kalau portion dia besar...rindu pulak penang
Ibu Syurga Ibu Syurga 13 Feb 2020, 10:18:00
Assalamualaikum Tuan Arzmoha, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50

Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
Yun Sing Yun Sing 17 Feb 2020, 22:45:00
Cantik permandangannya.. sy tak suka sangat makanan laut, tapi nampak sedap
Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) 26 Feb 2020, 12:56:00
Assalamualaikum Tuan Arzmoha, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200



Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100



Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
Fatimah Nabila Fatimah Nabila 27 Feb 2020, 14:38:00
ramainya dok jjcm kat area penang ni..
MAGS PREMIUMS MAGS PREMIUMS 9 Mar 2020, 16:14:00
www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih