Skip to main content

BAD LAB Dan WATSONS Malaysia Bergabung Tenaga Anjur THE BAD DUEL

BAD LAB Dan WATSONS Malaysia Bergabung Tenaga Anjur ‘THE BAD DUEL’ – Pertandingan ESukan Menyokong Industri Esukan Negara Yang Semakin Pesat Berkembang

Assalamualaikum. Kalau sebut mengenai esukan rasanya tidak asing bagi remaja masa kini dan kita boleh menonton begitu banyak streaming di sosial media hari ini. Walaupun sudah bergelar seorang bapa saya juga tidak terkecuali bermain permainan esukan ini. Sudah banyak penganjuran Esukan ini di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali seperti mana yang dianjurkan oleh Bad Lab dan Watsons Malaysia.

bad lab jenama kecantikan, the bad duel, watsons malaysia, anjur esukan,
Bad Lab x Watson Anjur Esukan The Bad Duel

Baru-baru ini di Kuala Lumpur bertempat di Sunway Velocity Vanity Antrium, Bad Lab dan Watsons Malaysia telah pun bergabung tenaga dalam menganjurkan pertandingan esukan yang diberi nama The Bad Duel. Nama ini dipilih sebagai signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama.

Pertandingan ini menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming seluruh asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan. Sebenarnya esukan ini juga merupakan peluang dalam menjana pendapatan.

Kalau tidak silap saya, ini adalah kali pertama jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan bekerjasama untuk mengangkat segemn esukan di Malaysia. Kolaborasi ini juga untuk menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat.

The Bad Duel


Pertandingan The Bad Duel ini dimulakan dengan dua fasa. Fasa pertama para peserta perlu mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telah dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Sekiranya layak, pemain akan dipilih ke peringkat seterusnya iaitu secara 'on-ground' sepertimana yang berlangsung di Sunway Velocity baru-baru ini bagi peringkat Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir The Bad Duel.

Permainan yang telah diplih untuk dimainkan oleh para peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2 yang mana kedua-dua permainan ini mempunyai keunikan dan kesukaran tersendiri namun amat popular di kalangan 'gamers dulu dan juga sekarang.

Apa yang menarik pertandingan The Bad Duel ini disiarkan secara langsung di skrin besar di lokasi pertandingan dan diiringi dengan komentari daripada pengulas esukan yang telah dipilih. Secara tidak langsung pertandingan ini telah menarik pengunjung untuk melawat tapak pertandingan dan juga menarik minat pemain-pemain baru serta menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sokongan.

pengarah komersil bad lab, lum chong heng pengarah komersil bad lab, anjur esukan the bad duel,
Lum Chong Heng Pengarah Komersil Bad Lab


Apa fakta yang menarik boleh diperolehi dari pertandingan esukan The Bad Lab?

Menurut Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab, bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada thaun 2016 secara tidak langsung menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengna peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming.

Di Asia-Pasifik sahaja terdapat penonton seramai 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah penonton ini akan meningkat melebihi 31.9 juta.

Selain itu statistik ini menunjukkan bahawa lebih 62% dari keseluruhan jumlah penonton adalah dari lingkungan umur 16-45 tahun iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama ini.

Pengarah Komersil Bad Lad juga meluahkan rasa bangga dapat berkolaborasi bersama Watsons untuk penganjuran pertandingan The Bad Duel justeru menyediaan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.


Di samping itu Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia berkata kerjasama ini amat penting serta bermakna. Penganjuran The Bad Duel bersama Bad Lab, dimana Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengna melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini.

Tambahan lagi menurut Pengarah Pemasaran Watsons dalam menyaksikan kemajuan industri esukan kami juga berbangga dapat turut menyumbang menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia.

esukan, the bad duel, anjuran bad lab dan watsons malaysia, sunway velocity,
The Bad Duel


Buat pertama kali di dalam sejarah, esukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. 

Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin berkolaborasi dengna jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini agar dapat pergi lebih jauh lagi.

Pertandingan The Bad Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang.

Bagi pendapat arzmoha.com ianya satu pengajuran esukan yang baik dan bagi peminat-peminat esukan, gamers, streamers inilah masanya untuk mengambil peluang berdasarkan statistik yang telah dikongsikan seperti diatas. Mudah-mudahan kita dapat melihat wakil Malaysia menjuarai acara yang lebih berprestij selepas ini.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai BAD LAB Malaysia Bergabung Tenafa Anjur The Bad Duel, Pertandingan Esukan Menyokong Industri Esukan Negara Yang Semakin Pesar Berkembang



Comments

  1. sekarang ni esukan iaitu permainan video semakin mendapat tempat di kalangan belia kan.siapa kata permainan video itu melalaikan.kalau pandai managae akan jadi sesuatu aktiviti yang berfaedah.

    ReplyDelete
  2. Bad Lab nih jenama barangan lelaki tu kan?

    ReplyDelete
  3. Menarik dah ada Esukan pulak sekarang ni. Program yang menarik dan bagus juga ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...