Surprise Buat Abah

TIPS CARA SURPRISE BUAT ABAH

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. Selamat bersama keluarga. #DariKacaMataAbah cuma nak kongsi mengenai surprise buat abah. Mesti yang sedang membaca artikel ini juga pernah buat surprise untuk abah masing-masing paling tidak pun mencari idea untuk surprisekan abah masing-masing.

cik puteri, kids no 1 malaysia, tips surprise abah, cara surprise birthday abah, sambut harijadi abah,
Kisah surprise buat abah

Mana tidaknya Abah kita adalah hero pertama dalam kisah hidup kita. Orang panggil 'Unsung Hero'. Abah punyalah usaha untuk besarkan kita, uruskan semua hal-hal besar dalam rumah, penat lelah tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah sampai ke hembusan terakhir orang tak tahu apa jasanya terhadap keluarga melainkan keluarga tersebut ceritakan pada orang lain.

Sebelum saya kongsi mengenai idea untuk membuat surprise kepada abah atau bapa atau apa saja panggilan yang dipanggil, saya cuma nak kongsi sedikit kisah Cik Puteri, anak saya yang ingin surprisekan saya. Benar-benar surprise.

Surprise Buat Abah

Kisah dia macam ni, dah beberapa kali dia sebut mengenai surprise. Kisah dia macam ni.

Cik Puteri : Abah, sabtu ini kita pi beli barang k, ada surprise untuk abah...

Abah : Surprise? Untuk Abah? (excited) Ok nanti siapa bayar?

Cik Puteri : Abahla. Kan Abah dah gaji... ( sambil senyum menampakkan gigi)

Abah : Huhuhuhuhuhu. Surprise...nyerrrrrrrrr

Haaa Abah ingat dia betul nak beli sesuatu yang surprisekan abah macam Go pro ka, Kamera Mirrorless ka, hehee ada nak sponsor tak?. Jangan buat surprise macam ni pulak.


kisah surprise terbaik abah, kisah lawak, tips cara surprise buat abah, idea terbaik hargai ibubapa, tips
Surprise buat abah

Tips Cara Surprise Buat Abah

Bila perbualan antara saya dan Cik Puteri membuatkan tiba-tiba datang idea nak menulis sedikit cara untuk surprise abah. Kalau kita tengok di media sosial seperti instagram facebook dan lain-lain. Setiap orang ada cara untuk surprise abah dengan cara masing-masing.

Cara 1 : Hadiahkan Baju. Inilah adalah cara biasa dan semua orang mampu. Belikan baju yang Abah anda suka. Jangan beli baju yang jarang dia pakai atau tak pernah dia terfikir nak pakai. Kalau abah suka baju kemeja belikan kemeja, kalau suka jubah beli jubah kalau boleh yang branded sikit sekali saja setahun.

Cara 2 : Belanja Makan. Abah kita tak pernah terfikir nak susahkan anak-anak. Terpulang bagaimana cara nak belanja abah makan. Samada makan di rumah atau di kedai dan sebagainya. Janji lauk kesukaannya. 

Cara 3 : Hadiah Yang Belum Termampu. Ini sekiranya anda mampu dengan sedikit perancangan rapi dari semua ahli keluarga insyaallah mampu. Sebagai contoh kalau tengok di FB ada yang belikan hadiah kereta buat abah, atau boleh juga belikan rumah buat tempat istirehat kedua ibubapa kita bila tua.

Cara 4 : Hadiah Pakej Umrah/ Haji. Ini sebaik-baik hadiah. Masa muda mereka dah korban segalanya untuk kita. Bila kita habis belajar, ada kerja tetap, gaji yang baik. Usahakan hadiah yang ini buat kedua ibubapa kita. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Insyaallah buat perancangan rapi semuanya pasti dapat dilakukan dengan baik. Amin.

Semoga perkongsian Tips Cara Surprise Buat Abah ini bermakna buat pembaca.

Comments

  1. Bgus cik puteri ni. Kecik² dh teringat nk suprisekn abah dia..

    ReplyDelete
  2. Bila PC beri babah hadiah ke atau suka-suka belikan apa-apa..ayat yang biasa dan tak berubah daripada mulut babah.."babah tak nak ni semua..yang penting doakan babah sihat...bila babah dah tak ada hadiahkan surah Al Fatihah hari-hari"..Allahu..KALAU WAKTU TU TENGAH HAPPY PUN BOLEH MELELEH AIR MATA ;-(

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah saya akan ikut cara Cik Puteri.
    Saya tak mampu lagi beri surprise kepada mama papa saya..

    ReplyDelete
  4. hahah saya selalu tak jadi nak surprise

    ReplyDelete
  5. jika nak sedekah..

    carilah sesuatu yang terbaik baharu dapat kesan yang terbaik juga

    ReplyDelete
  6. bijak cik puteri nak surprise kan abah dia.. berjaya juga kan dengan mama buat surprised, happy birthday buat abah cik puteri

    ReplyDelete
  7. Hhihihi beso dah anak dara dia

    ReplyDelete
  8. Lawak!! Dh ckp mana de seprais dah..abah byr ek hihih puteri puteri

    ReplyDelete
  9. surprise sangat nih...hahah!
    tapi bagus lah cik puteri ada jugak idea nak buat surprise.:)

    ReplyDelete
  10. Zumal je tak pernah bagi hadiah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih