SUASANA HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018

SUASANA HARI RAYA AIDILFITRI 1439H

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi yang memberi kesempatan pada kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan dan diberi kesempatan bertemu Syawal yang dirai dengan kegembiraan. Yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan. Bagaimana suasana Hari Raya Aidilfitri sahabat semua? Jika ada pautan (link blog, instagram, facebook) gambar raya anda kongsikan di ruangan komen Insyaallah saya berkunjung semampu yang boleh.

gambar raya arzmoha, suasana hari raya, gambar di pagi raya, blogger berhari raya, gambar raya keluarga,
Selamat Hari Raya

Sebelum saya berkongsi cerita suasana raya tahun ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin 1439H yang jatuh pada 15hb Jun 2018. Walaupun sudah lebih seminggu kita meraikannya, Raya kan sebulan hehehe... Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak diri saya serta keluarga andai ada mengguris hati mana-mana pihak secara sedar atau tidak sengaja moga lebaran ini mengeratkan kembali hubungan siratulrahim diantara kita.


"Selamat Hari Raya AidilFitri  
Maaf Zahir dan Batin"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H


Tidak dinafikan di pagi Hari Raya Aidilfitri agak tidak lengkap tanpa mencium tangan kedua ibubapa untuk memohon kemaafan. Sudah pasti ianya tidak lengkap tanpa kedua insan ini. Tetapi hidup ini perlu diteruskan kerana dunia satu persinggahan yang juga merupakan jambatan menuju ke akhirat.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan umat Islam yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Untuk menghilangkan kesedihan kita cuba mengisi Hari Raya Aidilfitri dengan berkunjung seberapa banyak yang mampu ke rumah sanak saudara. Mengeratkan siratulrahim moga dengan cara ini dapat menjadikan Syawal lebih bermakna.

datsun 120y, kereta datsun yang cantik, model kurta, kurta malaysia, potrait, pagi raya, gambar berhari raya,
Jom pi beraya...Datsun 120y?

Bagaimana suasana hari raya saya? Jom saya kongsikan...

Hari Raya Pertama ( #1Syawal ) : Beraya di Pulau Pinang bermula Solat Sunat Aidilfiti di Masjid Jamek Rawana berdekatan Jalan P.Ramlee. ( kalau ikut pelan asal nak solat di Masjid Negeri Pulau Pinang). Sepatutnya selepas solat sunat akan menziarahi pusara Mak, Abah, Tok Sebelah Abah dan juga Mak, kita hanya mampu merancang Allah menentukan segalanya, hujan lebat turun selepas solat sunat jadi terpaksa tukar perancangan terus ke rumah kakak sulung.

Cik Puteri menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Hari Raya 2018 amat bermakna juga buat si kecil yang berusia 6 tahun ini. Ini kali pertama Cik Puteri Solat Sunat Aidilfitri bersama-sama dan juga kerana dia berjaya puasa melebihi 10 hari. Insyaallah saya kongsi pada akan datang. Bagaimana dia boleh berpuasa tanpa paksaan.


Keadaan didalam Masjid Rawana Penang selepas solat sunat

Di rumah kakak sulung kebiasaannya menjadi tempat kami berkumpul semua adik beradik (jika semua ada) dan kemudian berkunjung ke rumah saudara arwah emak ( kakak emak) kemudiannya ke rumah sanak saudara yang lain semampu yang boleh.

gambar suasana pagi raya, gambar di hari raya, selfie pagi raya, gambar keluarga,
3 dari 5 beradik saja yang ada cuba teka yang mana satu adik beradik ?
Cik Puteri pagi hari raya aidilfitri, gambar pagi raya, suasana hari raya,
Cik Puteri dan Sepupu 

Bersama Paksu ( adik mak ) dan Maksu
Cik Puteri kira duit raya...bukan main dia..
Cik Puteri tidur kepenatan

Samada perasan atau tidak... baju yang sama di pakai dari pagi sampai ke lewat malam. Raya sakan katanya hahaha.. Syukur alhamdulillah terlaksana juga untuk berkunjung ke rumah sanak saudara sebanyak yang mungkin. 

Walaupun selepas subuh esoknya kami sekeluarga bakal bertolak pulang ke Terengganu dengan perjalanan lebih kurang 8 jam menaiki kereta. Tetapi memang saya perlukan rehat yang cukup supaya pemanduan keesokkan harinya berjalan dengan lancar.



Inilah sedikit sebanyak cerita Suasana Hari Raya Pertama.

Hari Raya Kedua ( #2Syawal ) : Hari ini boleh dengar lagu dendangan Cik Puteri "Balik Kampung" sebab kami sekeluarga bertolak ke Terengganu 8 jam perjalanan adakala mencecah 10 jam bergantung pada kelancaran trafik dan keadaan pemandu ( saya lah ). Cik Puteri agak teruja sebab bakal berjumpa sepupu yang sebaya dengan dia.

Paling saya risaukan kesesakan lalulintas di Negeri Kelantan yang biasanya agak luar biasa. Jalan tersebut dilalui oleh mereka yang ingin ke Negeri Terengganu dan mereka yang keluar berhari raya. Alhamdulillah cuma kesesakan kecil di Tanah Merah disebabkan lampu isyarat yang tidak berfungsi.

memandu kereta balik kampung, pengalaman memandu 8 jam, suasana balik kampung,
Mujur ada peneman setia yang ceria haha

Letih memandu 8 jam? Letih tu memang letih tak dinafikan, cuma sudah 8 tahun memandu melalui jalan ini adakala rasa macam sudah biasa, adakala mengantuk yang teramat sangat. Isteri saya selalu pesan kalau mengantuk berhenti rehat untuk lelapkan mata. Ada masa memang saya terpaksa berhenti untuk lelapkan mata. Rekod setakat ini saya berhenti tidur 3 kali untuk pemanduan dari Pulau Pinang ke Terengganu. Adakalanya cuma berhenti sekali itupun untuk ke tandas sahaja.

Suasana Hari Raya Kedua lebih banyak habis diatas jalan raya huhuhu....

Hari Raya Ketiga ( #3Syawal ) : Raya ke-3 tahun ini lain dari yang lain sedikit. Ini merupakan kali pertama diadakan Hari Keluarga bersama keluarga sebelah isteri saya. Lebih menarik lagi ianya diadakan di 'houseboat' di Tasik Kenyir.

Hari keluarga Aini di houseboat tasik kenyir, houseboat tasik kenyir, hari keluarga diatas houseboat tasik kenyir, hari keluarga di hari raya, suasan hari raya 2018,
Keluarga sebelah isteri saya
potrait, potrait di hadapan houseboat tasik kenyir, gambar houseboat tasik kenyir, suasana hari raya, hari keluarga di tasik kenyir, hari keluarga di atas houseboat tasik kenyir,
Di hadapan houseboat di Tasik Kenyir Terengganu

gambar potrait di atas houseboat tasik kenyir, houseboat tasik kenyir, gambar keluarga di houseboat tasik kenyir,
Keluarga kecil saya

8 beradik semuanya yang bersama-sama dalam aktiviti Hari Keluarga ini dengan jumlah 39 orang. Paling menarik ketika menaiki 'houseboat' ini adalah tiada talian internet huhuhu...Memang betul-betul Hari Keluarga. 

Insyaallah saya kongsikan lebih lanjut mengenai Hari Keluarga di 'houseboat di Tasik Kenyir, Terengganu.
Apapun inilah serba sedikit Suasana Hari Raya 2018 saya dan keluarga mudah-mudahan di tahun akan datang diperhebatkan lagi untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim. Kalau ikutkan sebelum ini ada diadakan hari keluarga di sebelah Tok saya yang menghimpunkan ramai sanak-saudara sehinggakan ada yang saya langsung tidak kenal. Tetapi program tersebut tidak mampu bertahan lama atas sebab kos pengurusan yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun program Hari Keluarga yang menghimpunkan keluarga besar, secara peribadi bagi saya ia merupakan sesuatu yang sangat baik. Dengan cara ini kita saling kenal mengenali dan eratkan hubungan kekeluargaan.

Bagaimana suasana Hari Raya Aidilfitri 2018/1439H sahabat semua? Mesti lebih meriah kan? Kongsikan sedikit di ruangan komen. Boleh juga tinggalkan link blog atau gambar yang dikongsikan di facebook dan instagram.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Suasana Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018

Comments

  1. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
    Betul,selagi boleh kunjungi keluarga yang termampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Raya ja kita rasa kurang segan berkunjung, waktu lain lagi susah kan

      Delete
    2. Hari rayalah kita agak kurang segan untuk berkunjung,kalau nak dibandingkan hari hari lain

      Delete
  2. meriah betul raya arz sampai ke tengah tasik. selamat hari raya arz, maaf zahir batin. cik puteri nampak semakin matang dan comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal.

      Cik Puteri makin membesar makin pelbagai ragam

      Delete
  3. Bila tiba Raya pasti teringat arwah tok wan dan tok 😫😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbanyakkan hadiahkan doa dan amalan lain.

      Kita teruskan kehidupan

      Delete
  4. org rumah org terengganu kee.. Sha balik kampung raya baru kali pertama suami 3x berhenti tidur..mungkin dh penat beraya di perak.. kita pun team biru tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak cukup rehat memang begitu jawabnya

      Delete
  5. wahh macam best je bunyi houseboat tu. nanti jgn lupa share ye abg arz! dan selamt hari raya Aidilfitri! :D

    ReplyDelete
  6. wah bestnya sambut raya atas boat..

    selamat hari raya aidilfitri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik renex lama tak dengar khabar berita...selamat hari raya

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri saudara arzmoha & family..
    Amboi bergaya sungguh Cik Puteri dengan handbag pink..
    Wah menarik family day di houseboat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya LZ....

      Nanti saya kongsi lagi mengenai houseboat tu ya

      Delete
  8. yang tudung biru tu mesti adik kan ? mata cem sama je dengan yang tepi Arz. niii kalo kita x mai singgah sini dia mmg xmai blog kita dulu. soooooo selamat hari raya maaf zahir batin.

    petir tetap petir !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaka kita adik bongsu la...mesti tak baca entri sebelum-sebelum ni kan hahaha

      Delete
    2. semua blog kita tak sempat singgah sekarang ni...apakan daya...saya jalan slow-slow...

      Delete
  9. selamat hari raye, entri makin kurang laa ni..apahal..

    betul2 beraye ang ni, gambar nampak kemeriahan.,jangan lupa crita pengalaman naik boat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya, saya terkena virus jangkitan FNDRCK atau nama panjangnya Fendi Rocka hehehe Selamat Hari Raya

      Delete
  10. Mmg raya sakan tu smpai cik puteri tertdo la...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih