Jangan Takut Kita Tak Keseorangan

Motivasi Diri | Jangan Takut Kita Tak Keseorangan

Takut atau rasa takut itu merupakan satu perasaan yang semulajadi hadir dalam diri kita. Takut juga merupakan suatu yang perlu kita hadapi dalam setiap episod kehidupan dari hari ke hari. Jangan takut. Kita tak mungkin dapat lari dari perasaan ini. Tetapi kita perlu menghadapinya. Janganlah takut kerana kita tak keseorangan di dunia ini. Sedikit perkongsian tips motivasi diri bagi menghadapi perasaan takut.

Jangan Takut Kita Tak Keseorangan

Jangan Takut Kita Tak Keseorangan

Bila perasaan takut itu muncul kita mula cemas dan ketika ini kita tidak dapat berfikir dengan baik tindakan yang sepatutnya kita lakukan sehingga memilih jalan yang penyelesaian yang salah sedangkan kita tak keseorangan di dunia ini.

60% perkara yang kita takuti dalam hidup adalah dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas. 
Kita sebagai manusia memang tak boleh lari dari perasaan takut. Tidak kira tempat, waktu dan keadaan perasaan itu akan hadir tanpa kita menjemputnya. Menurut kajian 60% perkara yang kita takuti dalam hidup adalah dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas.

Ini bermaksud kita gagal menghadapi rasa takut terhadap perkara-perkara dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas. Disebabkan andaian, persepsi dan tanggapan tidak berasas ini kita gagal untuk menghadapi perasaan takut.

Sebagai contoh :

Contoh 1 : Kita terlupa membawa lesen memandu ketika menghadapi sekatan jalan raya oleh Pihak Berkuasa. Disebabkan berbagai andaian, persepsi dan tanggapan tidak berasas tadi kita memilih jalan yang salah sehingga lari dari sekatan jalan raya yang mana boleh membawa kepada hukuman yang lebih berat atau membawa bahaya kepada diri kita seperti dirempuh kenderaan lain dan sebagainya.

Adakalanya pihak berkuasa juga tahu bertoleransi terhadap masalah-masalah begini. Hadapi sekatan jalan raya dengan tenang dan terangkan perkara sebenar. Kalau disaman sekali pun ianya sebagai satu peringatan agar tidak cuai.

Contoh 2 : Dibuli di sekolah.  Diri merasa takut untuk menceritakan kepada orang lain samada ibubapa atau guru di sekolah. Disebabkan oleh andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas lalu kita menyembunyikan masalah ini. Sehingga membawa kepada hilang semangat untuk ke sekolah dan juga mendorong kepada ponteng sekolah sehingga membawa kemerosotan dalam pelajaran.

Semua masalah boleh diselesaikan. Jangan takut dengan andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas ini.

Kita Tak Keseorangan

Percayalah dalam hidup ini kita tak keseorangan. Cuba lihat di sekeliling kita ada rakan, ibubapa, adik beradik, guru, dan yang paling perlu kita ketahui Allah Bersama Kita. Tatkala kita merasa takut usah bimbang kerana kita tak keseorangan kerana ramai lagi orang diluar sana juga merasa takut. Ianya bukan perkara pelik atau sesuatu yang perlu dirisaukan.

"Kata Bijak Pandai : Takut umpama bunga (interest) yang kita bayar untuk sesuatu yang tidak pernah kita hutang"

Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya Semuanya Soal Hati, Tokoh-tokoh tersohor juga merasai ketakutan seperti Julius Caesar. Penakluk tersohor tetapi takut dengan halilintar. Katanya lagi sesetengah 'orang besar' takut pada perkara-perkara kecil.

Tak mustahil kita akan berjumpa dengan insan-insan yang hebat tetapi takut kepada perkara kecil seperti takut lipas, takut pada ketinggian, takut diejek sehinggakan perasaan takut ini menghadkan kebolehan kita. 

Sebagai contoh, kita berminat berniaga atau menulis dalam tidak sedar sebenarnya kita mempunyai bakat terpendam. Tetapi disebabkan kita meletakkan andaian, persepsi dan tanggapan yang buruk seperti takut diejek, dicerca dan dihina kita mengambil jalan untuk tidak mengeluarkan bakat tersebut.

Ketakutan ini membawa kepada kerugian pada diri dan orang disekeliling kita. Besar atau kecil kejayaan dalam hidup kita ditentukan oleh besar atau kecilnya ketakutan yang selalu kita hadapi. Juara-juara hari ini sebagai contoh Dato Lee Chong Wei telah berkali-kali mencipta kejuaraan tetapi percayalah beliau juga telah menghadapi perasaan takutnya dengan baik.

Mari kita fokuskan hidup kita ini kepada matlamat atau perkara yang lebih penting berbanding perasaan takut semoga dengan itu perasaan takut menjadi sesuatu yang kecil. Hadapinya.

Comments

  1. mak2 dan ayah2 jgn sesekali menakut2kan anak2 dgn 'hantu'..:)

    ReplyDelete
  2. Takut tua, hihi
    Sbb tua tkde ubat.

    ReplyDelete
  3. Yg pasai lesen tu..Mak penah rasa..expired date g. Sebulan lebih baru mak p buat..masa nak p buat..rockblock pulak...uissshhh.

    ReplyDelete
  4. Yg pasai lesen tu..Mak penah rasa..expired date g. Sebulan lebih baru mak p buat..masa nak p buat..rockblock pulak...uissshhh.

    ReplyDelete
  5. Betul se7 sgt..jangan takut ye, takut ALLAH je

    ReplyDelete
  6. Betul...tapi OC sendiri sedang usaha buang rasa takut pada sesuatu..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Ketakutan itu boleh 'membunuh'... setidak-tidaknya membunuh semangat kita...

    ReplyDelete
  8. takut sy sampai termimpi mimpi.. ketakutan tu sangat mempengaruhi huhu

    ReplyDelete
  9. takut itu perlu dalam kehidupan kerana ia fitrah manusia. Tapi manusia lebih perlu takut pada Pencipta lebih dari segala yang lain ..tak gitu? :)

    ReplyDelete
  10. Tulisan tak terang lah.
    Kurang gelap.
    Hp saya ke yg tak ok ni.

    ReplyDelete
  11. kadang2 takut je lebih kan. benda nya tak ada apa pun. sebab terlampau fikirkan apa yang bakal jadi dan yang bakal jadi tu kita fikir perkara negatif

    ReplyDelete
  12. Kadang kita perlu juga ada sikit rasa takut... supaya kita dapat bezakan yang datang negatif dan positifnyer nanti.

    Dah lama bunda tak singgah kesini....As Salam anakanda.

    ReplyDelete
  13. dengan perasaan takut, timbul rasa ingin mengambil langkah berjaga-jaga..

    ReplyDelete
  14. rasa takut tu mmg hadir tanpa dijangka.

    ReplyDelete
  15. bila perasaan takut tu timbul mulalah kita teragak-agak nak melangkah..

    ReplyDelete
  16. saya kalau lupa bawak lesen, memang tak tenang memandu huhu

    ReplyDelete
  17. perkongsian yg baik.. panjang kupasan dia.. hehehe

    ReplyDelete
  18. sebab tu kita kena hadapai apa yang kita takuti, bukan lari dariapadanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih