6 Laman Web Ini Pasti Berguna Untuk Anda

Laman Web Yang Berguna dan Penting Untuk Anda

Dunia hari ini sudah sampai ke tahap dunia di hujung jari. Ini kerana berkembangnya teknologi hari ini sehinggakan semuanya dibuat secara atas talian. Disebabkan itu terdapat berjuta laman web yang memudahkan kita hari ini. Tahukah anda ada beberapa laman web penting yang perlu anda tahu dan mungkin salah satu darinya anda perlu gunakan dan penting buat anda. Teruskan membaca

laman web yang penting dan berguna ( kredit kepada cocoate.com)

1. Jawatan Kosong

Goverment.my atau laman jawatan kosong ini menyediakan info mengenai jawatan kosong yang baru dan info-info menarik dan juga isu semasa. Laman jawatan kosong ini sudah tentu sangat berguna buat mereka lepasan IPTA IPTS untuk mencari pekerjaan.


2. Jawatan Kosong Kerja Kerajaan

Laman web Jawatan Kosong Kerajan ini pula lebih menumpukan pada jawatan kosong sektor kerajaan. Jadi kalau memang lepas belajar bercita-cita untuk berkhidmat untuk negara boleh lawati atau kunjungi laman ini. Mana tahu dengan info yang diberikan anda anatara yang terawal mendapat tahu mengenai jawatan kosong dan boleh membuat persediaan awal untuk menghadapi temuduga atau ujian-ujian tertentu. Sudah tentu sangat penting buat pelajar dan juga ibubapa yang mempunyai anak lepasan IPTA IPTS yang belum mendapat kerja.

3. Kerja Kosong

Laman kerjakosong.co ini pula menawarkan info kekosongan jawatan atau pekerjaan tetapi ianya memberi ruang buat majikan untuk menghantar kekosongan jawatan dan memaparkan di laman ini. Jadi bagi anda yang belum mendapat pekerjaan 3 laman ini sangat berguna dan perlu rajin intai-intai mana tahu ada rezeki anda di zaman yang sangat sukar mendapat pekerjaan.

4. SAPS Ibu Bapa

Saps Ibubapa ini sebuah laman yang agak penting buat mereka yang sudah bergelar ibubapa dan mempunyai anak yang bersekolah. Ianya adalah sebuah laman untuk ibubapa memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Dunia semakin berubah semuanya di hujung jari untuk memeriksa keputusan anda hanya perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh.

5. APDM

Laman APDM ini pula adalah untuk mereka yang bergelar guru. Kalau anda sudah bergelar atau bakal menjadi guru ini antara laman yang wajib anda tahu. APDM membawa maksud Aplikasi Pengkalan Data Murid yang mana kegunaan untuk mengisi data murid seperti kehadira, mata pelajaran dan lain-lain. 

6. HRMIS2

HRMIS2 ini pula bagi anda yang bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam memang wajib tahu serba sedikit mengenai laman ini. Mana tahu akan ditanya dalam temuduga nanti. HRMIS2 ini adalah sebuah aplikasi dalam talian yang dikanali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia dimana menempatkan segala data atau butir-butir mengenai seseorang penjawat awam seperti pengurusan cuti, maklumat peribadi dan juga laporan prestasi kerja setiap tahun.

Semoga pendedahan mengenai 6 laman wen ini berguna untuk anda semua. 3 laman web yang diatas pastinya lebih mendapat sambutan kerana ramai yang sedang mencari pekerjaan. Apapun diharap dapat membantu anda semua. Terima kasih sudi melawat arzmoha.com.

Comments

  1. Setuju.... memang sangat berguna...
    Update cuti setiap hari di HRMIS benci time hang...

    ReplyDelete
  2. asalam terbaik..dah terkeluar blog saya kat sini.apapun tetap nak visit blog terbaik ni..

    ReplyDelete
  3. kalau website jawatan kosong memang ramai ja orang nak masuk termasuk sy heehe

    ReplyDelete
  4. Memang membantu sangat website ni terutama yang kerja tu kan :)

    ReplyDelete
  5. hehe..ada antara yg aku tak tahu..tq for sharing bro

    ReplyDelete
  6. Saya kira untuk pengunjung dari luar Malaysia tidak bisa mencoba untuk mencari pekerjaan dari beberapa website diatas. Salam kenal dari Pontianak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih