The Cendol Champion | Makan Cendol Menarik Di Wakaf Tengah Kuala Terengganu
The Cendol Champion | The Cendol Champion memperkenalkan beberapa menu cendol yang menarik terletak di Wakaf Tengah Kuala Terengganu. Ianya sebagai salah satu program mencari makan menarik ketika berada di Kuala Terengganu baru-baru ini. Antara cendol yang popular adalah Cendol Durian. Jom baca apa lagi cendol menarik yang disediakan...
The Cendol Champion | Cendol Durian |
Apa Yang Menarik Dengan The Cendol Champion?
Cendol sebenarnya rasa sama saja...yang menariknya The Cendol Champion adalah rasanya yang tidak terlalu manis. Tak percaya kena cuba sendiri....Seperti yang aRz ceritakan pada entri sebelum ini. Hari pertama lagi setelah tiba di Kuala Terengganu dah pun mencuba salah satu menu di The Cendol Champion. aRz sendiri yang tidak selalu berada di pantai timur memang merasakan cuaca di sana agak panas berbanding di utara malaysia. Jadi kerap kali membasahi tekak dengan cendol apatah lagi ketika 'El Nino' melanda Malaysia tempohari.
Apa yang aRz sempat rasai adalah Cendol Durian, Cendol Pisang, ABC Oreo dan ABC Jagung. Paling sedap dan patut anda cuba adalah Cendol Durian + Pulut. Memang sedap. Walaupun aRz bukan penggemar durian tapi masih boleh merasai cendol durian sebaiknya. Harga menu di sini bermula dari RM 2.50 sehingga RM 10
Sebelum terlupa terdapat juga Cendol 3 Layer di The Cendol Champion. Senang kata diorang ni memang champion bab cendol ni. Selain dari cendol juga terdapat Nasi Lemak, Maggi goreng dan lain-lain makanan untuk mengisi perut.
Gerai yang diperbuat daripada kontena. Kemas dan menarik. Cuaca panas tak terasa kerana angin yang bertiup kerana kawasan ini berdekatan dengan laut.
Inilah gambar pulut yang disediakan kepada anda yang ingin merasai cendol pulut. Berwarna pink nampak unik.
Di The Cendol Champion |
Layan cendol ketika balik baru-baru ini sampai terbawa-bawa kenikmatan cendol sampai kali ini.. Bukan sekali tetapi 3 kali. Sebenarnya teman orang lain menikmati cendol. Sampai biras dan adik ipar pun hairan macam mana aRz boleh tau gerai cendol ni. Senang ja tips dia..."google" :)
Cendol Champion lagi di hari yang lain |
Menu Yang Terdapat Di The Cendol Champion dan Senarai Harga
Antara menu yang disediakan di The Cendol Champion Wakaf Tengah Kuala Terengganu boleh dalam gambar dibawah lengkap dengan harga yang disediakan. Ada beberapa jenis cendol yang disediakan Cendol Buah seperti buah longan, rambutan, pisang dan buah campur. Terdapat juga Cendol bermusim iaitu mengikut musim buah seperti cendol durian, cendol mangga dan cendol durian belanda. Mungkin bagi mereka yang tidak menyukai cendol boleh menikmati ABC atau Air Batu Campur.
Menu dan harga di The Cendol Champion |
Apa yang aRz sempat rasai adalah Cendol Durian, Cendol Pisang, ABC Oreo dan ABC Jagung. Paling sedap dan patut anda cuba adalah Cendol Durian + Pulut. Memang sedap. Walaupun aRz bukan penggemar durian tapi masih boleh merasai cendol durian sebaiknya. Harga menu di sini bermula dari RM 2.50 sehingga RM 10
Boleh 'add-on' aiskrim, oreo, pulut, jagung dan juga kacang merah.
ABC Oreo + Aiskrim |
Cendol Pisang |
Sebelum terlupa terdapat juga Cendol 3 Layer di The Cendol Champion. Senang kata diorang ni memang champion bab cendol ni. Selain dari cendol juga terdapat Nasi Lemak, Maggi goreng dan lain-lain makanan untuk mengisi perut.
Cendol 3 layer | Instagram The Cendol Champion |
Gerai yang diperbuat daripada kontena. Kemas dan menarik. Cuaca panas tak terasa kerana angin yang bertiup kerana kawasan ini berdekatan dengan laut.
The Cendol Champion |
Cendol Champion |
Pulut |
Inilah gambar pulut yang disediakan kepada anda yang ingin merasai cendol pulut. Berwarna pink nampak unik.
Lokasi The Cendol Champion Wakaf Tengah Kuala Terengganu
Sebenarnya ia terletak dilaluan utama untuk ke Kelantan. Boleh tengok 'maps' dibawah. berdekatan dengan lokasi gerai AKOK yang aRz rasakan paling sedap yang pernah dicuba.
The Cendol Champion
7091-A, Kampung Wakaf Tengah,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Rabu hingga Isnin jam 12 tengahari - 7 malam
Jumaat dari jam 3 petang- 10 malam
Beroperasi di Bulan Ramadhan pada hari kedua berpuasa
dari jam 3.30 petang - 7 petang
Waktu operasi/perniagaan
Rabu hingga Isnin jam 12 tengahari - 7 malamJumaat dari jam 3 petang- 10 malam
Beroperasi di Bulan Ramadhan pada hari kedua berpuasa
dari jam 3.30 petang - 7 petang
Untuk sebarang pertanyaan hubungi The Cendol Champion
instagram : CendolChampion
Facebook : The Cendol Champion
Telefon : 0199506900
Jangan lupa untuk mencuba sendiri menu yang terdapat di The Cendol Champion kalau bercuti di Kuala Terengganu. Insyaallah ada rezeki dan waktu aRz akan kongsikan lagi tempat makan menarik di Kuala Terengganu dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga membantu anda menemui gerai cendol ini.
Jumpa Lagi. The Cendol Champion | Cendol menarik di Wakaf Tengah Kuala Terengganu
Meriahnyaa cendol dekat sini, memang champion lah. Terliur tengok, musim musim panas memang sedap makan cendol :)
ReplyDeleteBetul tapi kalau kerap makan boleh batuk huhu
DeleteMacam-macam cara berbusiness sekararng ni kan.
ReplyDeleteKalau bijak mengatur memang jadi tumpuan
Betul... Strategy dan inovasi tu penting
Deleteterliur tgk cendol ni
ReplyDeleteCendol biasa pun terlioq apatah lagi cendol durian
DeleteSemuanya nampak menarik.
ReplyDeleteBestnye Arz berjalan sampai ke Terengganu. Saya pernah Kuala Terengganu dalam 5tahun lepas. Lama dah....anak pun dah besar.
Bukan jalan Dr shikin tapi balik kampung isteri
Deletewow ! cendol kena time panas, memang best...
ReplyDeleteselamat berpuasaa
nmpk pun menarik.. tersusun elok ja..sdp je nak telan.
ReplyDeletememanggg winnn kan cendol champion.. dapp uhh dapp uhh... untung datang ganu
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteDatang singgah n follow.
tue diaa..dh la hari pertama puasa.sume nmpk sedap
wahhhhhhh maveles nyerrrr cendol dia !!
ReplyDeleteulalala "sesungguhnya saya sedang berpuasa" huhuhu
ReplyDeleteokey, cik en buka time puasa,, terliuq
ReplyDeleteWaaa...variety ya cendol sesaui dengan nama champions.
ReplyDeleteKalau di Seremban famous dengan cendol Songkok Tinggi.
Adoi! sabar ajelah nak tunggu hingga berbuka puasa nanti.
Subhanallah..nikmat.. :)
ReplyDeletewahhh meleleh tengok cendol tu... sedapnye..
ReplyDeleteHamboii Cik Puteri makan cendol tak ajak mummy pun ea.. sob sob sob
ReplyDeletewow ABC champion tu memang champion la..
ReplyDeleteAla awat kat Terengganu.. ingat Penang, baru balik ni nak try..T_T
ReplyDeletekena cari pula la mana tahu ada di Penang
Deletemmg champion lah..terliur tgk skrg ni terutama time pose mcm ni..scroll laju2
ReplyDeleteuiiii sodapnyaaaaa
ReplyDeleteYa Allah menyesalnya masuk arzmoha tengahari ramadan ni, punyalaa sedap-sedap menu dia, kalau dekat2 area ni kena cari gak kedai ni try test makan cendul :)
ReplyDeleteala....tak dapat elakkan hehe
DeleteMenarik jugak deko kedai dia ye Arz.... berpada pada jugak nak minum ais panas panas gini Arz, kang sakit tekak...
ReplyDeleteHari tu minum cendol gak masa balik kg. Cendol Durian. Tp yg tak puas hatinya waduhhhhh lambat banget
betul kak hainom silap haribulan sakit tekak....tapi bilas dengan air suam...hehe
Deletewow menggoda.. dapnyeeeee buka posa ngan cendol ke tetiba ehhe..
ReplyDeletemana nak cari cendol sedap time bulan puasa ni
Deletepergh yang Oreo tu menggoda betul! adik dah la tengah ada dekat Ganu skang. bole la suh dia try
ReplyDeleteWah menariknya,boleh pi Ganu makan cendol ni
ReplyDelete