Kisah Pengalaman Pertama Anak Kecil Menaiki Pesawat Firefly

Kisah Pengalaman Anak Kecil atau Kanak-kanak Pertama Kali Menaiki Pesawat Firefly

Pengalaman pertama itu merupakan sesuatu yang berharga dan sentiasa diingati. Begitu juga dengan perkongsian kisah ini mengenai pengalaman saya membawa anak kecil menaiki pesawat Firefly ATR 72-500 dari Subang (Subang Skypark) ke Kuala Terengganu. Anak kecil atau kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun iaitu lebih dikenali sebagai Cik Puteri. Kenapa saya kongsikan kisah ini? Sedangkan dah banyak ibubapa yang bawa anak-anak mereka menaiki pesawat malah lebih kecil dari Cik Puteri. Teruskan membaca ada jawapannya :)

kids in the plane, pengalaman kanak-kanak menaiki pesawat firefly, cik puteri dan firefly, kenangan pertama cik puteri bersama firefly,
aRzMoHa | Pengalaman Cik Puteri Pertama kali menaiki pesawat

Panggilan Pertama Cik Puteri Untuk Pesawat

Sebelum aRz kongsikan pengalaman pertama Cik Puteri menaiki pesawat nak jelaskan terlebih dahulu kenapa kisah ini dikongsikan. Kembali ke waktu Cik Puteri masih kecil, masa mula bercakap dengan mengguna satu suku kata perkataan bagi memudahkan ia mengingati dan menyebut semula. Contoh "ba, ma, ball, fly" dan sebagainya. Jadi asal nampak saja kapal terbang Cik Puteri akan tunjuk dan sebut 'fly..abah flyyyy'. Sampailah semakin besar memang suka tengok kapal terbang. Masalahnya Abah dia (aRz) akan kurang berminat menaiki pesawat atau kapal terbang ni. Bukan tak ada pengalaman tapi entah kalau boleh cuba elakkan. Sebab itu juga belum bercuti luar Malaysia :p dan Cik Puteri belum merasa pengalaman tersebut. Boleh juga dikatakan masih fobia dengan kejadian yang menimpa MH370, MH17 dan pesawat Air Asia dari Indonesia yang terhempas. Maaf. (bukan tidak percaya pada qada dan qadar cumanya belum ada keyakinan)

Sebenarnya lagi pengalaman cik puteri menaiki pesawat kali pertama dan pertama kalinya merasai pesawat Firefly disebabkan apa yang aRz ceritakan pada entri sebelum ini Pertemuan dan Perpisahan Dalam Kehidupan. Bacalah mungkin anda akan lebih faham kenapa.

Firefly ATR 72-500, pesawat ringan firefly, firefly airlines, pengalaman pertama kanak-kanak menaiki pesawat firefly,
aRz MoHa | Firefly dari tingkap pesawat

Pengalaman Pertama Cik Puteri Terbang Bersama Firefly

Terbang bersama Firefly. Dari awal pagi 20 April 2016, hari yang agak sedih dengan perkhabaran yang sedih tetapi Cik Puteri seakan tidak memahami apa sebenarnya berlaku. Cuma dia selalu pujuk Mama "mama jangan nangis". Dalam perjalanan nak ke Subang Cik Puteri selalu bertanya "abah, mama kita nak pi mana?". Bila jawab kita nak naik kapal terbang. Teruja nampak di muka dia.

Tepat jam 2.30 petang, kami sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Kalau ikutkan kakak aRz sepatutnya berada di lapangan terbang menunggu ketibaan kami untuk mengambil kereta. Kalau nak ditinggalkan di kawasan parking berbayar, agak mahal. Tetapi dia belum sampai, sangkut dalam kesesakan jalan raya. Tunggu dan menunggu sehinggalah terpaksa masuk juga takut tak dibenarkan masuk ke balai perlepasan. Jadi......disebabkan terpaksa aRz bawa jauh sikit dari pintu utama Lapangan Terbang dan tinggal di tepi jalan. Tunggu lagi beberapa minit, masih belum muncul. Dalam hati berdoa dan tawakkal. Mudah-mudahan tiada apa yang berlaku. Alhamdulillah selepas lebih kurang 1 minit berada di dalam balai perlepasan, kakak aRz sampai.

Sedang menunggu pintu gate dibuka untuk masuk ke pesawat. Cik Puteri memang rasa teruja sangat. Ini kali pertama melihat pesawat secara dekat apatah lagi depan mata. Jerit lagi "Abah flyyyy.......Abah nak naik" 

Klik Gambar

Masa di dalam balai perlepasan, tak sempat nak ambil gambar sebanyak yang mungkin. Sebab sibuk balas pertanyaan dari kakak-kakak dan dari keluarga isteri. Cuma gambar ini saja yang sempat dirakamkan.

Tempat duduk di dalam pesawat Firefly cuma ada 4 tempat duduk dalam satu baris. Kalau Cik Puteri memang selesalah tak kira Firefly ataupun Air Asia. Tapi abahnya ni, kalau naik Air Asia biasanya macam tersangkut sikit dekat lutut. Firefly boleh dikatakan lebih selesa. Bukan nak promosi Firefly lebih-lebih tapi siapa yang pernah cuba kedua pesawat ini akan lebih mengerti.

Masa mula berjalan nak naik Cik Puteri dah excited sangat. Naik tangga penuh teruja. Mata ke kiri ke kanan semua dia pandang. Sampai di tempat duduk benda pertama dia buat adalah memakai tali pinggang keselamatan. Cik Puteri mula tertumpu pada tingkap melihat pesawat lain yang ada.

pengalaman pertama kanak-kanak menaiki pesawat firefly, child onboard, budak perempuan atas pesawat, kids firefly, pengalaman menaiki firefly,
aRz MoHa | Teruja pertama kali menaiki pesawat

Nampak tak keterujaan di wajahnya? Cumanya dalam perjalanan lebih kurang sejam lebih sikit ni ada masa Cik Puteri mula menunjukkan rasa boring. Kalau boleh dia nak berlari sepanjang pesawat Firefly ni. Tapi disebabkan ada orang lain dan juga pramugari dia cuma bermain antara satu baris ni ja. Kejap sebelah mama, kejap sebelah abah. Tengok tingkap, tengok awan, dan mula duduk diam bila dihidangkan air dan kek. Nanti aRz cerita kenapa memilih Firefly berbanding Air Asia kali ini. 

makanan diatas pesawat firefly, snek disediakan dalam pesawat firefly, makan apa dalam pesawat firefly, firefly snack, blogger malaysia dalam pesawat firefly,
aRz MoHa | Hidangan diatas pesawat Firefly

Gambar atas menunjukkan antara hidangan yang disediakan oleh Firefly tiada caj dikenakan semuanya dah termasuk dalam harga tiket. Hidangan ini sedikit sebanyak membantu Cik Puteri diam seketika. Sebenarnya ada juga Karipap disediakan tapi tak perasan. Tetiba ja tengok isteri makan karipap. Nampak sedap pula hahaha...Mungkin nervous tak habis lagi wakaka...

Dah lama tak makan kacang cap tangan tu. Suruh isteri simpankan. Ingat nak makan nanti-nanti. Tapi Cik Puteri dah bedal semua kacang dengan sepupu dia masa berada di kampung. 3 peket semua habis....

Air ada dua pilihan soya dan satu lagi tak ingat. Grape rasanya. Tetiba isteri aRz panggil cakap mengenai penumpang di tempat duduk hadapan. Dengan rasa gayat tak habis lagi, aRz rasa macam tak faham apa yang cuba disampaikan...rupa-rupanya di depan tempat duduk dia adalah Ustaz Kazim Elias. Ikut hati nak je ke sebelah dia untuk berbual dan tanyakan soalan tapi terfikir tentu ustaz perlukan rehat untuk program dia yang akan bermula malam ni. Aku batalkan niat. Tapi tertanya juga macam mana boleh tak perasan masa dia naik??? jeng jeng jenggg.....

permandangan dari udara, permandangan dari pesawat dan kapal terbang, from ATR 72-500,
aRz MoHa | Permandangan dari tingkap

Cik Puteri masih lagi menghabiskan hidangan kek dan kacang yang ada. Fikiran aku mula melayang ke sisi tingkap. Sampai mata ini terpandang awan yang cantik. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah, menjadikan awan, mengapungkan pesawat di udara. Tanpa izinNya semuanya tidak akan menjadi. 

Mata ini juga mula melihat bagaimana tangan-tangan manusia merosakkan alam ini. Cuba lihat kawasan berwarna oren atau jingga. Kalau jelas dengan mata kasar ianya bukan satu kawasan yang kecil. Tapi besar.
Tamaknya manusia hari ini. Mungkin ini antara penyumbang kepada pemanasan global hari ini.

permandangan dari atas kapal terbang, gambar dari firefly ATR 72-500,
aRz MoHa | Permandangan dari atas pesawat

Semasa hampir mendarat....Cik Puteri masih berdiri. Walaupun disuruh , tetap takmau....sambil geleng kepala. Sekali Pramugari lintas sambil cakap "duduk pakai tali pinggang"..terus panjat kerusi dan pakai tali pinggang keselamatan. 

Tadi diatas kan aRz ada cakap mengenai Ustaz Kazim Elias kan? macam mana boleh tak perasan. Rupanya masa nak turun terjawab persoalannya. UAE pakai 'mask' dan juga 'cap'. Patut tak perasan. Masa turun sempat tanya khabar. Alhamdulillah Ustaz makin sihat untuk terus kembali berdakwah. Yang ini pun tak sempat nak ambil gambar...sebab abang ipar dah menunggu untuk ke destinasi seterusnya.

Kenapa pilih Firefly berbanding Air Asia

Sebelum akhiri entri ini. aRz kongsi sikit sebab utama pilih penerbangan bersama Firefly. Kenapa bukan Air Asia. Kebiasaannya kita dengar kawan-kawan akan naik Air Asia sebab tambang murah. Tetapi untuk kes kami kali ini berbeza. Kami perlukan penerbangan paling awal sampai ke destinasi. Kalau dapat murah itu kira bonus. Sebenarnya :

1. Masa waktu ini. Firefly punya penerbangan lebih awal dan sudah tentu lebih awal tiba ke destinasi kami iaitu Kuala Terengganu. Waktu tersangat penting buat kami sekeluarga masa ini. 

2. Harga Tiket. Kebetulan. Harga tiket untuk 3 orang lebih murah sedikit berbanding Air Asia. Macam semua orang tau, harga tiket Firefly termasuk dengan harga luggage. Tapi luggage pun tak penting waktu ini. Jika ada kami guna.

3. Lokasi. Sepatutnya ini jadi sebab kedua. Tetapi lepas sampai ke destinasi baru aRz terfikir tentang lokasi Airport juga sesuatu yang penting. Terminal Subang Skypark ini lebih dekat dengan Lebuharaya Utara-Selatan berbanding KLIA2. 

Kalaulah terbeli tiket Air Asia kemungkinan kami tertinggal penerbangan. Mungkin...Perjalanan dari Penang ke Subang sangat lancar. Tapi tak tahu perjalanan ke KLIA2 macam mana...

4. Ada hidangan. Dari pagi memang tak makan apa-apa cuma sedut air ja. Alhamdulillah ada kek yang kecik beserta air soya rasa lega. Bukannya pergi bercuti sampai di destinasi belum tentu ada makanan lagi. Sampai malam baru kami makan semula sebab tunggu semua urusan selesai.

5. Harga Tiket. Harga tiket aRz letakkan terkahir sebab kalau yang selalu naik flight ni mesti sedar bahawa air asia lebih murah berbanding syarikat penerbangan lain. Tetapi kali ini, mungkin sebab beli tiket secara mengejut, Firefly lebih murah berbanding Air Asia. Betul ka murah? Yup tapi mungkin ikut keadaan dan situasi.

permandangan dari pesawat, tingkap pesawat, permandangan dari firefly, gambar cantik awan,
aRz MoHa | Firefly

Sebelum tu aRz ada kongsikan pengalaman Cik Puteri di instagram ini saja cara paling cepat aRz kongsikan sesuatu moment berharga. Follow aRz di >>> @arzmoha . Moment ini dikongsikan juga oleh Firefly di instagram dan twitter.


Cik Puteri di twitter firefly, firefly, pengalaman firefly, firefly ATR72-500
Twitter Firefly

Cik Puteri di Instagram Firefly, Firefly malaysia instagram, CIk Puteri, kids on instagram,
Instagram Firefly
Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan baik. walaupun permulaan sangat kelam-kabut. Pengalaman pertama pasti lebih diingati berbanding yang lain. Kalau dulu aRz cuma dapat bergambar diatas Jambatan Pulau Pinang pada usia setahun lebih tapi pengalaman Cik Puteri lebih menarik dari abahnya. Mudah-mudahan dapat siapkan sebuah album buat Cik Puteri. 

Jumpa Lagi dan jangan lupa tinggalkan komen...

{ 33 comments.. read them below or add one }

Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 16 May 2016, 16:31:00
Sebut firefly akan teringat kipasnya yg tajam itu...
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 16 May 2016, 16:46:00
tak pernah naik lagi.. heheh yg air asia pun dah takut ni kapal terbang kecik ni.. jenuh pucat lesi la jue naik
PeRdU cINta PeRdU cINta 16 May 2016, 17:55:00
Kesedihan buat ayah ibu...kegembiraan dan pengalaman untuk cik puteri...subhanAllah..
umi alya umi alya 16 May 2016, 18:31:00
akak belum naik lagi kedua2 pesawat tu, sekurangh2nya dengan entri aRz, kita boleh wta perbandingan..

takat ni cuma merasa MAS Airliners..
aRz MoHa aRz MoHa 16 May 2016, 19:58:00
haaa kipas tu kan...kalau tengok macam menakutkan....
aRz MoHa aRz MoHa 16 May 2016, 19:59:00
hahha...samalah dup dap dup dap juga naik ni pun kehkeh...tapi yang ni landing ok skit....
aRz MoHa aRz MoHa 16 May 2016, 20:01:00
dalam tak sedar....itulah sebaik perancangan
aRz MoHa aRz MoHa 16 May 2016, 20:08:00
wah...MAS lagilah best kan....
Suriaamanda Suriaamanda 16 May 2016, 21:48:00
Anak Dara akak masa first time Naik flight umur 5 tahun...macam Naik bas ekspress dibuatnya...kehulu ke hilir depan belakang.. Hehehe...seronok kan..ni nak bawak dia Naik keretapi senandung malam plak....x tau la bila
Zinnia Z A Shaklee Zinnia Z A Shaklee 16 May 2016, 23:30:00
kalau tuan blog fobia, sy pula jenis tak suka naik kapal terbang . orang ajak bercuti ke mana2 yg memerlukan naik flight, memang tak la jawabnya. . **saya balas kunjungan**
aRz MoHa aRz MoHa 17 May 2016, 00:20:00
Senandung malam tu keretapi lama ka? BUkan ETS kan....tapi yang penting mereka seronok dan dapat rasa pengalaman baru kan
aRz MoHa aRz MoHa 17 May 2016, 00:20:00
memang setiap orang pasti ada rasa fobia....
The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan 17 May 2016, 07:11:00
salam untung cik puteri sebab sebab saya pun tak pernha naik lagi... hehehe , tak ada keperluan
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 17 May 2016, 09:44:00
dgn firefly masih takde pglmn naik lg..huhuhu
aRz MoHa aRz MoHa 17 May 2016, 11:05:00
kebiasaannya ramai kurang gunakan firefly...
aRz MoHa aRz MoHa 17 May 2016, 11:12:00
wsalam....insyaallah nanti ada keperluan untuk naik satu hari nanti
Inani Hazwani Inani Hazwani 17 May 2016, 12:21:00
Seronok cik puteri dapat naik flight. Hehee. Lepas ni boleh lah ajak abah jalan jalan naik flight lagi.
Azlinda Azman Azlinda Azman 17 May 2016, 12:25:00
bestnya cik puteri tu.. Dhia pun sibuk nak naik kapal terbang. Tunggu mummy dan daddy banyak duit. Baru leh gi jalan-jalan hehehe
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 17 May 2016, 16:22:00
anak-anak..sikit pun tak takut tak gayat..tapi saya yg dewasa nie...hmmm...
Farrah MF Farrah MF 18 May 2016, 17:13:00
Seronok baca pengalaman pertama Cik Puteri naik flight. Bukan main excited lagi dia :)
hainom OKje hainom OKje 18 May 2016, 18:11:00
Jangankan cik puteri mak pun rasanya akan rasa terujalah Arz bila dapat pengalaman terbang di awan biru ni. Anak anak terutamanya yg bongsu tu mmg teringin sgt nak naik kapal terbang. Tulah...kalau ada rezeki boleh jugak bawak mereka nanti. Tp mak pun sebenarnya mcm awak seram nak naik kapal terbang ni sejak peristiwa MH370 tu....
Ruginya tak dapat selpie ngan UKE
hainom OKje hainom OKje 18 May 2016, 18:20:00
Jangankan cik puteri mak pun rasanya akan rasa terujalah Arz bila dapat pengalaman terbang di awan biru ni. Anak anak terutamanya yg bongsu tu mmg teringin sgt nak naik kapal terbang. Tulah...kalau ada rezeki boleh jugak bawak mereka nanti. Tp mak pun sebenarnya mcm awak seram nak naik kapal terbang ni sejak peristiwa MH370 tu....
Ruginya tak dapat selpie ngan UKE
husna zahidi husna zahidi 20 May 2016, 01:46:00
anak teruja tp bapaknya gayat.. hehehe..
husna tak pernah lg naik kapal terbang, so x tawu lah apa reaksi husna nanti.. :p
zaitie hasnan zaitie hasnan 20 May 2016, 12:49:00
wah tak pernah naik fairefly lagi mayb boleh cuba kalau ada tix menarik utk balik raya nnt
Nabila Syifa Nabila Syifa 21 May 2016, 19:34:00
Biasa penah naik air asia dgn mas je.firefly blum try lagi.maybe soon.excited cik puteri dpt fly yer
anajingga anajingga 27 May 2016, 14:36:00
ada hikmah disebalik setiap kejadian, seronok baca kisah cik puteri naik fly, pasni ajak ibu ana sekali yer, ibu ana lanjer abah kacang ngan yin huhu :)
Jari Manis Jari Manis 10 Jun 2016, 13:10:00
huhuh x pernah rasa naik firefly..
Jari Manis Jari Manis 10 Jun 2016, 13:11:00
ada dgr feedback x best pasal firefly ni...flight dari terengganu ke subang
dear anies dear anies 10 Jun 2016, 13:42:00
wahhhh excited cik puteri dpt naik flight ya...

mmm boleh laa try nnt naik firefly ni ke kelantan nnt

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih