Pengalaman | Jauh Perjalanan - Grik

Salam......

Pengenalan

Pernahkah anda ke Pantai Timur dari Utara? atau ke Utara dari Pantai Timur? melalui jalan Gerik/grik?
Kalau biasa inilah permandangan yang akan anda tatapi, begitu cantik seakan diluar negara. Saya pun pada mulanya langsung tak perasan akan kecantikan permandangan ini mana tidaknya selalu bertolak pada waktu malam.

Sejarah Pembinaan  Jalan Gerik - Kelantan

Pernahkah anda membaca sejarah pembinaan jalan ini? Saya bukan nak cerita akan asal usul pembinaan jalan ini jadi anda boleh membacanya diSINI atau diSINI. Setiap orang ada cerita masing-masing. Walaubagaimanapun ketika pembinaan jalan ini memang melibatkan kehilangan nyawa dan juga jentera.

| aRzMohdHaniffa Photography | Baling (belum memasuki daerah Gerik)

Permandangan Gerik

Bila waktu yang cantik untuk melalui kawasan Gerik -Kelantan untuk merakamkan gambar seperti ini?

Cadangan saya waktu paling baik adalah bertolak seawal 4 pagi dari Pulau Pinang. atau dari Kuala Terengganu. Sekiranya dari Kelantan mungkin boleh lewatkan sekitar 4 atau 3 jam...

| aRzMohdHaniffa Photography | Pertama kali berhenti untuk menikmati kecantikan alam
Kenapa jam 4 pagi? sebab ketika ini jalan sangat lengang dari Lori yang sarat dengan Balak, Ayam, dan lain-lain. Percayalah ia waktu yang terbaik dimana anda hanya perlu melalui satu waktu solat sahaja. Kenapa bukan malam?

Memandu Pada Waktu Malam

Pengalaman saya memandu ketika waktu malam membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa agak bahaya. Kenapa?

  • Lori, trailer dan bas banyak pada waktu ini.
  • Binatang buas - 1.pernah sekali ketika selekoh berhadapan dgn kaki gajah di atas jalan. Sangat terkejut alhamdulillah masih dapat mengawal kereta dengan baik. 2. Babi hutan melintas dihadapan hampir terlanggar seekor anak babi hutan tapi sempat mengelak.
  • Mengantuk - Bab mengantuk minum sedozen nescafe pon tetap ngantuk....berhenti dan tido saja..itu langkah terbaik. 
Don't Sleep and Drive

| aRzMohdHaniffa Photography |  alhamdulillah wlaupun kereta kecik :)


| aRzMohdHaniffa Photography | indahnya ciptaan tuhan

| aRzMohdHaniffa Photography |  Keadaan ketika melalui Kelantan-Gerik

Kesimpulan

Dimana saja destinasi kita pastikan kenderaan dalam keadaan baik, kesihatan kita juga dalam keadaan baik dan kalau boleh waktu juga pastikan dalam keadaan baik. Macam mana nak tentukan waktu? :) Tengok ramalan kaji cuaca.

{ 23 comments.. read them below or add one }

husna yusof husna yusof 18 Apr 2014, 15:46:00
singgah kembali tambah kenalan,,

cantik-cantik gambar.. :)
Faarihin Faarihin 18 Apr 2014, 16:23:00
SubhanAllah.. memang indah pemandangan di situ.

Gambar keempat tu memang nampak macam di luar negara aje. Serius. cantik!
aRz MoHa aRz MoHa 18 Apr 2014, 17:39:00
tq husna...saya budak baru belajar...nanti apa2 tolong ajarkan ya :)
aRz MoHa aRz MoHa 18 Apr 2014, 17:40:00
perjalanan siang berbeza dengan malam.....itu pon sebab bertolak sorang2 baru ad masa berhenti
Hafiza AizZawa Hafiza AizZawa 19 Apr 2014, 11:41:00
laluan Fiza balik ke Kelantan nie.. hehe...
Mek Onie Mek Onie 19 Apr 2014, 11:53:00
mencabar gila drive lalu kot ni,wuwuwuwuw...pening pun pening...tapi seriously...pemandangan yang lawaaaaaaaaa! biasa balik kelantan lalu raub-gua musang,heee
aRz MoHa aRz MoHa 19 Apr 2014, 11:54:00
btul tu...tapi saya lalu untuk balik ke terengganu
aRz MoHa aRz MoHa 19 Apr 2014, 11:58:00
raub -gua musang belum pernah lalu..insyaallah ada masa nak juga pengalaman baru....
aisyah ambris aisyah ambris 20 Apr 2014, 12:08:00
semuaa ambik gmbr sendiri ekk?? boleh la blajar photogrphy dr arz...bheee
aRz MoHa aRz MoHa 20 Apr 2014, 16:57:00
yup aisyah...melainkan gambar sendiri....mintak org len tolong ambilkan...boleh ja aisyah...tp saya bukanlah pandai sgt
chegu zam chegu zam 22 Apr 2014, 06:14:00
Menarik. Tapi laluannya belum cukup mencabar.
aRz MoHa aRz MoHa 22 Apr 2014, 09:12:00
btul chegu zam...belum cukup mencabar seperti lebuhraya karak...tapi agak mencabar bila jalan nya rosak
Eshamz Halim Eshamz Halim 23 Apr 2014, 07:55:00
Salam Bro, aku tak pernah drive ke sana waktu malam sbb mmg aku tau bahaya sket klu time malam ni... biasa klu ke arah sana awal pagi dah bertolak... bro nyer gambar2 ni cantik2 belaka...kena lak dgn tone nya.... :D
aRz MoHa aRz MoHa 23 Apr 2014, 12:35:00
klau bertolak malam...atas perhentian tu boleh la cuba milky way dan star trail...sgt clear
Aimie Mokhtars Aimie Mokhtars 21 May 2014, 00:24:00
cantiknye gambar-gambar ni....rajin edit :)
Aimie Mokhtars Aimie Mokhtars 21 May 2014, 00:25:00
ok..tengok ramalan kaji cuaca :p
aRz MoHa aRz MoHa 21 May 2014, 06:28:00
hahaha. waktu hujan kerap berlaku kemalangan atas grik ni
aRz MoHa aRz MoHa 21 May 2014, 06:28:00
Terima kasih aimie mokhtars
Cikna Cikna 26 May 2014, 12:38:00
Biasa lalu tp xpernah singgah sini......;-)
aRz MoHa aRz MoHa 26 May 2014, 15:25:00
memang jarang sangt ada orang berhenti
Irrayyan Irrayyan 6 Jul 2014, 14:28:00
Kami balik kedah selalu lalu kot grik. Gerak siang. Gomes besa sekali jumpa gajah. Hahaha
aRz MoHa aRz MoHa 7 Jul 2014, 03:11:00
blum pernah jumpa lagi waktu siang
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 19 Nov 2014, 04:21:00
Betullah...cantiikkk..
Subhanallah.
Tak pernah lalu jalanni...
Opsss pernah...pernah..
Sekali dulu..
Dari pantai timur lalu sini untuk ke Bukit Merah.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih