Resipi Roti Sosej Cheese Gulung Abah Pun Boleh Buat Senang Saja

RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG ( HOTDOG CHEESE ROLL RECIPE

Assalamualaikum. Pasaipa tiba-tiba #DariKacaMataAbah nak cerita mengenai Resipi Roti Sosej Cheese Gulung? Kebetulan bulan ini cuti panjang berderetan, saya malas nak keluar beli sarapan. Jadi saja nak cuba buat menu sarapan pagi senang dan sangat mudah. Cik Puteri panggil Hotdog Cheese Roll, amboi dia guna bahasa asing. hehehe Jom senang sangat resipi ini abah di malaysia semua boleh buat resipi sarapan pagi ini ataupun buat makan petang hujung minggu.

roti sosej cheese gulung, hotdog cheese roll, resipi roti sosej cheese gulung, cara sediakan roti sosej cheese gulung, cara lekat roti sosej cheese gulung,
Resipi Roti Sosej Cheese Gulung

RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG ( HOTDOG CHEESE ROLL)

Bahan-bahan menu ini punyalah simple dan senang. Paling penting kena ada roti, hotdog dan cheese. Kebetulan cik puteri memang suka sosej, dari beli baik abah buat sendiri dapat makan banyak dan dapat kontrol tahap berminyak. Siap pesan, Abah nanti kita buat sama-sama tau. Lastly Abah buat sorang-sorang. huhu.

Resipi Roti Sosej Cheese Gulung :-

1. Roti Gardenia, roti lain pun boleh tapi saya suka roti gardenia.
2. Sosej
3. Telur
4. Cheese ( kalau tiada cheese pun boleh buat juga)
5. Sedikit tepung.

Cara sediakan Roti Sosej Cheese Gulung (rujuk gambar ikut nombor)

1. Rebus sosej (hotdog). Sementara rebus buat langkah 2

2. Lenyekkan roti guna penggelek atau guna apa-apa saja yang ada di rumah. ( saya guna cawan plastik saja)

3. Bancuh sedikit tepung yang akan digunakan sebagai pelekat atau gam roti nanti.

4. Telur. Pukul telur biar rata kuning dan putih telur.


roti sosej cheese gulung, cara sediakan roti sosej cheese gulung, hotdog cheese roll,
Cara Sediakan Roti Sosej Cheese Gulung
5. Ambil Roti yang sudah dilenyekkan, letak cheese (jika ada) kemudian letak sosej dan gulung rapat-rapat.

6. Letakkan tepung yang dibancuh tadi di hujung sebagai pelekat atau gam. Kalau tidak roti akan terbuka semula

Ada kesilapan nombor pada gambar.

8. roti yang sudah siap diletakkan sosej cheese, gulung dan lekatkan.

7. Guling-gulingkan di dalam telur tadi. haa dah siap untuk di goreng. 

resipi mudah roti sosej cheese roll, cara sediakan roti sosej cheese roll, cara lekat roti guna tepung,
Cara sediakan Roti Sosej Cheese Gulung 2

Cara goreng macam goreng telur, mesti semua dah pandai goreng atau masak apa-apa kan? Panaskan kuali dahulu, letakkan minyak, lepas minyak panas dah boleh goreng, pastikan api tidak begitu kuat. Biasa-biasa saja takut rentung.
roti sosej gulung, roti sosej roll, roti sosej gulung dengan cheese, resipi hotdog cheese roll,
Roti Sosej Cheese Gulung yang siap digoreng.

Gambar diatas menunjukkan Roti Sosej Cheese Gulung yang sudahpun siap digoreng, kalau tengok macam dalam gambar tak berapa cantik. Jadi nak mencantikkan sedikit potong roti sosej tadi supaya nampak bahagian dalam roti ini. Apatah lagi kalau ada cheese boleh nampak cheese meleleh. Perghhh 

hotdog cheese roll recipe, cara masak roti sosej cheese gulung, sosej cheese roll,
Roti Sosej Cheese Gulung

Bila potong roti baru nampak macam dalam gambar diatas. Sebelah kanan itu pula lebihan telur yang sepetutnya nak buat menu lain tapi bahan tidak mencukupi. Jadi saya goreng guna non-stick pan dan letakkan cheese diatas. Siap sarapan pagi mudah dan senang.

Roti Sosej Gulung kalau tidak letakkan Cheese macam mana? Tengok gambar di bawah. Kalau letak cheese lebih sedap tak perlu tambah apa-apa walaupun garam. Cheese itu dah buat rasa sedap.

Betul ka sedap? Cuba sendiri ok.

resipi roti sosej cheese gulung, cara masak roti sosej cheese gulung, resipi mudah hotdog cheese roll,
Roti Sosej Gulung ( Hotdog Roll)

Setakat ini dahulu, selamat mencuba Resipi Roti Sosej Cheese Gulung bersama keluarga. Semoga anda semua dapat menikmati sarapan atau makan petang yang mudah, senang dan sedap. Jangan lupa cuba dan kongsi dengan sahabat dan keluarga.

Comments

  1. kena cuba, nmapak menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. tudiaaa..meleleh cheese tengok ha. meleleh air liur juga

    ReplyDelete
  3. sedap tu.. selalu buat sebagai bekal anak sekolah..hehe

    ReplyDelete
  4. Bkn hanya utk sarapanmkan...anytime boleh ngap2..sedap..

    ReplyDelete
  5. Waduhhh waduhhh meleleh cheesenya aummm! Hehehe. Budak budak mesti suka

    ReplyDelete
  6. Wahhh dah terbit pun resepi nya, nanti kak ana buat sebab Adik Ika ni suka nau makan cheese sama mcam cik puteri gak.. Tq Arz :)

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnya balik nanti kena buat

    ReplyDelete
  8. teringat dulu kalau di asrama rajin buat ni terutama time jualan keusahawanan

    ReplyDelete
  9. Wah!!!! Simple n nampak sedap

    ReplyDelete
  10. Fantastic publish. This is Pictame Online Instagram User Posts and Story web viewer.

    ReplyDelete
  11. Resipi yang mudah dan sedap .

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih