BANGKOK DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK

BANGKOK DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK

BANGKOK | Teringat kisah berkongsi cerita dengan seorang kawan minggu lepas walaupun sekejap. Kebetulan sangat yang baru pulang dari Bangkok. Dia kongsi banyak kisah kenapa dia suka bercuti samada dalam mahupun luar negara. Kami mempunyai minat yang sama suka tengok budaya orang dari negara lain. Apa yang buat saya teruja mendengar perkongsian dia Bangkok merupakan sebuah kota yang boleh menarik minat seseorang dari kompleks beli belah lima bintang kepada tempat suci bagi agama buddha di dalam kuil yang usianya ratusan tahun.

sumber : google

Sambung dia lagi siapa saja akan merasa seronok bila melawat ke Bangkok samada peminat seni, penggemar alam sekitar, peminat kebudayaan atau sesiapa saja yang ingin melihat sesuatu yang luar biasa.

Bila dia bercakap macam diatas, teringat balik pengalaman pertama ke Hatyai memang nampak perbezaan budaya dan suasana. Itu baru Hatyai belum lagi Bangkok katanya jauh lebih menarik. Bila pula nak ke Bangkok ni? 

Kawan aRz terus bercerita pengalaman pertamanya bila sampai di Bangkok lepas dah sesuaikan diri dengan cuaca panas terik, lokasi pertama yang disinggahnya adalah Istana Besar atau dipanggil " The Grand Palace".

Sumber : Google


The Grand Palace, katanya inilah tarikan utama pelancong di Bangkok dan Thailand. Menarik bunyinya. Istana besar ini masih lagi digunakan untuk majlis upacara diraja walaupun Raja Thailand tidak lagi bersemayam di istana ini. Kawasan istana yang sangat luas iaitu 218,400 meter persegi. Memang sangat luas patutlah dia cakap letih berjalan. Untuk memasuki kawasan istana ini perlu membayar tiket terlebih dahulu lebih kurang 50 baht.

Tetapi perlu diingatkan, pelancong tidak boleh memasuki kawasan istana melainkan mematuhi etika pemakaian dan peraturan yang ditetapkan. Di dalam kawasan istana ini pula terdapat Kuil Buddha Zamrud (Wat Phra Kaew), mengikut kata orang di sana ianya merupakan kuil paling dihormati di Thailand. Selepas baca serba sedikit tentang kuil ini ianya dibina pada tahun 1784. Bayaran dikenakan 100 baht.

Macam biasa Thailand memang kita tahu pun ianya sebuah negara yang ramai penganut agama Buddha. Jadi memang terdapat banyak kuil disini. Cuma kita boleh melihat senibina bangunannya sangat menarik serta budaya masyarakat luar mungkin sedikit berbeza dengan kita.

Di sebelah Istana Besar katanya, terdapat sebuah lagi kuil buddha yang terkenal iaitu Wat Pho. Mula tertanya-tanya sebab apa dikatakan kuil yang terkenal? Jawapan dia ialah ianya merupakan kuil tertua dan terbesar di Thailand. Ianya juga dikenali sebagai Kuil Buddha Berbaring sebab di sebalik kuil ini terdapat patung buddha berbaring. Satu tips dia kalau nak memasuki kuil ini kena masuk melalui pintu selatan di Chetuphon Road.

Sumber Google

Wat Arun atau Kuil Subuh Dari Istana Besar Bangkok ( The Grand Palace Bangkok) boleh nampak sungai Chao Phraya, dengan naik feri yang disediakan boleh dilihat sebuah lagi kuil dengan prang yang tinggi dan muka bangunan yang berkilauan.  Kuil ini dipanggil Wat Arun atau Kuil Subuh. Senibina bangunan ini sedikit sebanyak memberi impak pada landskap Thonburi. Tertarik dengan ceritanya mengenai muka bangunan kuil Wat Arun yang berkilauan ini aRz mula tertanya macam mana boleh jadi berkilauan?

Rupanya truktur utama kuil ini diliputi kepingan porselin daripada seramik china yang menjadi berkilauan bila terkena sinaran matahari. Teringat balik senibina dahulu memang mengagumkan. Terus teringat kata-kata konservator bangunan warisan sempena Kursus Bangunan Warisan semalam senibina dahulu kala memang sangat menarik dan unik. Tambahan peminat fotografi memang kena selalu pergi bercuti melihat tempat orang.

Selain dari Istana Besar, Istana Chitralada juga satu tempat yang perlu dilawati. Istana ini kini merupakan tempat bersemayam Raja Thailand, Raja Rama IX. Kongsi sikit mengenai raja dan istana ini. Raja Rama IX berpindah dari Istana Besar selepas kemangkatan mengejut kakanda baginda Raja Rama VII, dan menjadi raja pertama dalam sejarah Thailand untuk tinggal di luar Istana Besar.

Tidak jauh dari Istana Besar dan Istana Chitralada dan tapak diraja lain terdapat Wat Saket yang terkenal.Kuil ini dikenali secara rasmi dikenali sebagai Wat Saket Ratcha Wora Maha Wihan dan jadi salah satu mercu tanda utama di Bangkok. Semasa pembinaan Chedi asal pada tahun 1700, struktur ini telah runtuh dan tinggalan pasir serta runtuhan puing ini bertukar menjadi semak samun. Tetapi kini menjadi tempat peninjau terkenal dkenali "Golden Mount". Dari sini boleh melihat permandangan sebahagian Bangkok.

Banyak lagi yang nak diceritakan, tapi masa sangat mencemburui kami. Gambar pun tak sempat dia kongsikan semua gambar ini sumber dari google untuk membantu pembaca semua faham apa yang aRz kongsikan.

Kesimpulannya, Bangkok sebuah kota yang besar dan semua mercu tanda yang aRz kongsikan terletak dalam 20 minit menaiki teksi daripada satu sama lain. Tetapi jika ingin melihat keseluruhan  kota ini memerlukan beberapa hari, memandangkan terdapat banyak ciri indah di hab Asia Tenggara yang sibuk ini.

Kalau Hatyai mudah saja nak pergi naik komuter ja dah sampai. Tapi Bangkok? Kena cari flight. Kalau nak cari promosi terbaik dari segi flight tiket untuk fly from kuala lumpur to Bangkok kena cari di Traveloka to get the best deal in town kata orang. Banyak Airlines yang disenaraikan dan mungkin sesuai untuk percutian semua. Mudah-mudahan jumpa cheap flight ticket ok.

Comments

  1. Zumal pun selalu dengar cerita dari kawan dan saudara-mara yang Bangkok ni sangat hebat dan meanrik, teringin juga nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun zumal, teringin nak pergi ke bangkok tapi belum masa lagi.

      Delete
  2. teringin jgk nak smpai sini.. ltak dlm list dlu la hihi

    ReplyDelete
  3. menarik tempatnya... bila dpt p ni... hehe

    ReplyDelete
  4. kagum betul dengan senibinanya... sangat indah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Suami baru balik dari bangkok atas urusan kerja. Dia kata mcm nak p lagi

    ReplyDelete
  6. Saya teringin nak ke Bangkok. Kena simpan duit dulu ni. Tabung Travel.

    www.ommasihat.com

    ReplyDelete
  7. Bila sebut pasal Bangkok sebelum ni saya rasa tak berapa menarik, tapi bila penulis cerita serba sedikit ni wahh macam menarik juga ya :)

    ReplyDelete
  8. antra destinasi perlancongan dlm list.

    www.ohlawa.com

    ReplyDelete
  9. antara destinasi pelancongan dalam list..tq for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudhakan hasrat untuk bercuti

      Delete
  10. Aiii .. seronoknya lahaiii boley pergi travel. .. one day insyaallah I will become a traveller. Btw jom baca tips di http://diarianggun.blogspot.com/2018/07/3-tips-pilih-serum-wajah-yang-sesuai_25.html?m=1

    ReplyDelete
  11. saving dulu nanti boleh pi adoi teringin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat simpanan lama-lama dapatlah pi ke bangkok

      Delete
  12. bangkok mmg best serius!! dan yg plg best tu adalah restoran diorg (halal) fuhhhhh mmg rs x nk blk malaysia lps pekena tom yam, som tam dan segala mak nenek makanan yg mmg kaw kaw punya rs dan sikit pun x sama mcm kt malaysia hahaha...

    ReplyDelete
  13. Moga dapat menjelajah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. moga one day boleh p sana...thanks for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih