KISAH KEMBALI KE HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG

KISAH CIK PUTERI KEMBALI KE HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG

Hospital Bersalin Pulau Pinang sebenarnya terdapat banyak kisah yang boleh diimbau kembali. Di sini juga tempat saya dilahirkan dan juga tempat Cik Puteri dilahirkan. Mungkin yang membaca kisah ini pun mempunyai kisah dan pengalaman tersendiri. Kalau ada kongsikan nanti di ruangan komen di bawah. Saya akan baca.

hospital bersalin pulau pinang, bangunan lama hospital bersalin pulau pinang, sejarah hospital bersalin pulau pinang, cik puteri di hospital bersalin pulau pinang,
Cik Puteri berlatar belakang Hospital Bersalin Pulau Pinang

Alang-alang nak keluar pergi jalan-jalan saja singgah masuk ke kawasan ini yang dijaga oleh pengawal keselamatan di bangunan. Walaubagaimanapun nampak macam 'line clear' tak perlu mohon kebenaran kalau sekadar nak bergambar. Jadi dapat ambil beberapa keping gambar buat kenangan.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Mungkin hari ini Cik Puteri tak rasa apa-apa dengan gambar ini. Tetapi 10 20 tahun lagi mungkin satu gambar yang sangat berharga. Lagipun bangunan ini yang dibina pada tahun 1939 dan mula dikosongkan pada tahun 2014. Unit bersalin ini berpindah ke salah satu bangunan di kawasan Hospital Besar Pulau Pinang.


Hospital bersalin pulau pinang address

8, Jalan Sepoy Line, 10450 Jelutong, Pulau Pinang

hospital bersalin pulau pinang, bangunan lama hospital bersalin pulau pinang, kisah di hospital bersalin pulau pinang,  cik puteri placenta previa type 4,
Unit Bersalin / Hospital Bersalin Pulau Pinang

KISAH CIK PUTERI DI HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG

Mungkin saya tak pernah kongsi kisah Cik Puteri di sini. Saat tahu isteri mengandung, ia semestinya satu berita gembira buat semua lelaki normal di dunia. Walaupun sebelum berita ini mengisi kehidupan kami berdua terdapat beberapa ujian besar yang kami hadapi dengan sabar dan tabah. (bukan mengenai keguguran atau apa-apa sewaktunya).

Selang beberapa bulan, kami perlu terima hakikat yang isteri saya perlu mendiami di hospital ini sekurang-kurangnya 2 bulan setengah iaitu sehingga selamat dilahirkan. Placenta Previa Type 4.

'Check in' suku akhir bulan puasa 'check out' Raya Haji. Isteri kena sabar jalani kehidupan disini, dan saya perlu berulang-alik setiap waktu melawat 2 kali sehari ke sini selama 2 bulan lebih. Pernah saya kena tahan di hospital 7 hari sebab denggi pun dah rasa terlalu lama. Apatah lagi 2 bulan lebih. Sememangnya satu kisah yang Cik Puteri perlu tahu dan kenang kisah dan pengorbanan mama demi anak tersayang.


kisah cik puteri, kisah bangunan lama hospital bersalin pulau pinang,
Gambar pertama Cik Puteri tapi diupload selang beberapa hari

cik puteri, gambar anak blogger malaysia, kanak-kanak comel, baby comel, anak malaysia,
Cik Puteri

kisah cik puteri di hospital bersalin pulau pinang bangunan lama, gambar di hospital bersalin lama pulau pinang,
Hari Terakhir bersamaan Hari Raya Haji

Gambar terakhir kalau ada yang perasan, boleh kelihatan mozek kecil yang hanya ada pada bangunan-bangunan lama. Tiada lagi sekarang kerana pemasangan mozek seperti ini tiada lagi bahan, susah untuk pemasangan dan susah untuk kerja-kerja pembersihan.

Kisah Jatuh Longkang Di Hospital Bersalin Pulau Pinang


Selain dari kisah itu, ada juga kisah dimana saya jatuh longkang sewaktu nak hantar Nasi Goreng Pattaya yang diminta oleh isteri. Waktu hampir maghrib, mendung. Saat sampai di perkarangan hospital tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

Nak cepat punya cerita, akhirnya kaki tersilap pijak atas 'curb' jalan yang agak licin dengan air hujan tadi menyebabkan saya hampir jatuh dalam longkang. Dalam satu saat saya sempat membuat keputusan untuk lompat ke seberang lompat untuk elak kaki lebih cedera. 

Sebab lompat itu la, nasi entah ke mana, kunci kereta ke mana dalam hujan lebat. Tengok kaki dah luka berdarah terkena longkang juga. Cari punya cari rupanya kunci kereta dah masuk dalam nasi. Adoi...mujur tak ada orang sebab hujan lebat semua pakat lari berlindung dari hujan.

Tapi naik juga atas, nak bagitau isteri dah beli nasi tapi tak boleh makan. Sebab dah bercampur kunci kereta dan pasir. Entahla macam mana boleh jadi macam tu.

Banyak kenangan dekat sini. Sepanjang 2 bulan banyak juga melihat pengalaman ibu-ibu yang lain ada yang kembali ke hospital beberapa hari dan bulan selepas bersalin ada kisah mereka yang tersendiri.

Mujurlah isteri saya alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Sebab itulah bawa Cik Puteri ke sini, ambil gambar supaya Cik Puteri tahu kisah ini satu hari nanti bila dia dah besar.

Apa perancangan di bangunan Hospital Bersalin Lama ini?  entahla, nampak kosong. Klau ikutkan dulu macam ada kerja membaikpulih, ada juga dengar nak bangunkan bangunan baru. Tapi dah bertahun berlalu masih tiada perkembangan.

Terima kasih kerana sudi membaca KISAH KEMBALI KE HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG. Seandainya ada kisah yang ingin dikongsi, jangan lupa taipkan saja di bahagian komen di bawah.

ARZMOHA
Menulis untuk berkongsi pengalaman

Comments

  1. Lama juga ya usia hospital ni. Banyak kisah suka dan duka bekas pesakit di sini. Moga ada sinar baru buat hospital ni dan harapnya perancangan tu mendatangkan manfaat untuk semua orang.

    ReplyDelete
  2. agaknya wad bersalin hosp kerajaan ni byk yg dah berubah ya? kt tmpt sy pun sm...ms g hospital tempohari rs sayu pulak sbb wad bersalin tu dah pindah tmpt lain...

    ReplyDelete
  3. dua bulan? lama juga ya
    kenangan menarik untuk di ingati :)

    ReplyDelete
  4. lama dah tak pi spital penang. dulu selalu pi.

    ReplyDelete
  5. Ooo ini kisahnya. .
    Lama jugak 2 bulan tu. .Saya kena stay smlm pon dah rasa tak selesa

    ReplyDelete
  6. adudududu...sakit jatuh tu jatuh longkang tapi bile tengok anak tentu rase sakit tu hilangkan

    ReplyDelete
  7. Masa arwah mak kak zi mengandungkan kak zi pun, arwah mak kena stay hampir 2 bulan lebih di hospital sampai kak zi lahir sebab sebelum ni ada kes kematian dalam kandungan dan kesihatan arwah tak berapa baik.

    ReplyDelete
  8. itulah besarnya pergorbanan seorang ibu dan ayah..semua tu pengalaman

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih