KAIN BURUK KAYANGAN MAHAL PATUT BELI ATAU TIDAK?

KAIN BURUK KAYANGAN MAHAL PATUT BELI ATAU TIDAK

Hai semua ada sedikit masa untuk saya kongsi sedikit pandangan mengenai kain buruk harga kayangan mahal. Patutkah kita beli atau tidak sesuatu yang mahal padahal cuma untuk dijadikan kain buruk lap habuk yang dikatakan sangat berkesan. Betul ka? Kita perlu faham tak semua yang murah berkesan dan tak semua yang mahal juga berkesan. Jadi apa perlu kita pertimbangkan?


kain buruk mahal, kain buruk kayangan, kain buruk mahal berkesan, kain buruk harga mahal berbaloi,
Kain Buruk Kayangan?


PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI

Sebelum saya terus berkongsi mengenai 'kain buruk kayangan' dikatakan mahal sebaiknya kita perlu kembali kepada perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli. Tidak kira barangan apa pun kita mestilah memikirkan baik buruk sebelum membeli.

1. Keperluan atau Kehendak

Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan dengna keadaan sekarang di bawah PKPB dan keadaan ekonomi yang agak membimbangkan adalah meletakkan sesuatu yang hendak dibeli samada dibawah keperluan atau kehendak?

Sekiranya benda atau perkara tersebut dibawah keperluan maka bolehlah kita membeli. Sekiranya hnaya sekadar kehendak baik kita menabung apatah lagi sekiranya barangan tersebut agak mahal. 

Baik beli sesuatu yang kita perlu atau membeli emas. Harga emas tak pernah jatuh.

2. Pilihan/ Alternatif

Sekiranya barangan tersebut adalah sesuatu keperluan. Saya biasanya akan fikirkan tentang alternatif atau pilihan. Ada tak pilihan barangan yang sama? Sebagai contoh.

Kita perlu menggunakan telefon pintar. Apa yang penting adalah kita perlukan telefon pintar untuk berhubung.

jadi Syarikat A menawarkan produk bernilai RM 4000
Syarikat B menawarkan produk bernilai RM 1000

jadi kita masih ada pilihan kan? asalnya boleh menggunakan sebagai satu alat perhubungan.

Biasanya saya nak membeli barang saya tengok jenisnya kemudian buatlah pilihan samada di kedai atau online seller.

3. Kualiti

Next, apa yang saya fikirkan adalah kualiti. Selepas dari pada keperluan dan kehendak, kemudian alternatif seterusnya adalah kualiti produk tersebut. Adakah hanya jenama A saja mampu memberikan kualiti yang terbaik? atau sama saja dengan kualiti produk B dengan harga yang mampu milik ?

Sekiranya sama lebih baik pilih yang lebih murah kerana lebih menjimatkan. Lebihan duit boleh disimpan.

Jangan membeli mengikut nafsu.

4. Mampu atau tidak?

Sekiranya saya betul-betul telah mengambil kira perkara diatas, biasanya saya akan membuat keputusan berdasarkan produk atau barangan itu mampu untuk saya beli atau tidak?

Ukur baju di badan sendiri. Jangan terpedaya dengan iklan. Mana ada iklan yang betul-betul ikhlas menceritakan semuanya. 

Kembali melihat poket sendiri. Biasanya itulah yang saya fikirkan sebelum membeli.

Tetapi sekiranya kita mampu. Sebagai contoh gaji kita RM 10000, barangan yang hendak dibeli adalah RM 400. Saya itu lebih dari mampu. Tetapi percayalah orang yang bergaji macam itu pun akan memikirkan untuk belanja RM 400 untuk sesuatu barang. hehehehe. Percayalah.

KAIN BURUK KAYANGAN PATUT BELI ATAU TIDAK

Isu mengenai kain buruk kayangan? Patutkah beli kain buruk kayangan dengan harga agak mahal? Baca balik tips yang saya kongsi di atas. Kemudian fikirkan berbaloi atau tidak.

Sekiranya kita mampu tak salah untuk mencuba. Memang ada barang yang mahal berkualiti, bak kata orang putih 'pay what you want'. 

Walaubagaimanapun lihat betul-betul poket kita samada kita mampu atau tidak. Jangna ikutkan nafsu orang beli kita pun beli. Sampai hari ini saya masih guna kain buruk microfibre Mr DIY beli satu dapat 4 atau 5 helai tak ingat dah.

Kain microfibre itulah buat basuh kipas, kain itu juga buat basuh kereta, untuk kegunaan dapur, lap minyak dan sebagainya buat membersihkan kotoran untuk kegunaan harian.

Patut beli atau tidak. Fikirkan sendiri. Tak salah mencuba. Kalau ada yang pernah mencuba boleh kongsikan di ruangan komen. Jumpa lagi.

#arzmoha #kainburuk

Comments

  1. Betul tu aRz, pilihan di tangan masing-masing. Kalau boleh jimat baik kita jimat dari membazir

    ReplyDelete
  2. Mampu atau tidak. Keperluan atau kehendak. Terpulang atas pertimbangan akal atau nafsu masing-masing jugakan.

    ReplyDelete
  3. Tepuk beg duit tanya selera hehe

    ReplyDelete
  4. beli kalau mampu, why not kan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya pun hampir terpengaruh. Tapi masih bertapis2 sama ada perlu atau tak.

    ReplyDelete
  6. bagi cheq mudah ja.. kalau mampu beli kalau x xyah hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih