5 Kebaikan Memancing Ikan Yang Perlu Anda Tahu

5 Kebaikan Memancing Ikan Yang Perlu Anda Tahu

Hobi memancing ikan sebenarnya satu hobi yang menyihatkan dan memberikan kebaikan yang tertentu. Walaupun pada sebenarnya terdapat kebaikan dan keburukan sesuatu hobi yang kita minati. Tetapi percayalah kalau berniat yang baik-baik Insyaallah akan menemui hasil yang baik-baik. Untuk kali ini arzmoha.com nak dikongsikan Kebaikan Memancing Ikan Yang Perlu Di Ketahui. Mana tahu ada di dalam ahli keluarga kita yang meminati hobi memancing ini. Kita dapat berikan dia peluang untuk meminati hobi ini.

5 kebaikan memancing ikan yang perlu anda tahu, kebaikan memancing ikan, memancing ikan penawar stress, memancing ikan mendekatkan diri kepada pencipta, memancing ikan mengajar erti sebenar rezeki, rezeki memancing ikan, pengalaman memancing ikan,
Kebaikan memancing ikan

5 Kebaikan Memancing Ikan

Pengalaman pertama memancing ketika sekolah rendah bersama kawan-kawan sekampung. Tapi percaya atau tidak tak berjaya menaikkan seekor ikan pun. Ketika itu menggunakan pancing yang diperbuat dari buluh sahaja. Kemudiannya selepas bekerja baru mula belajar kembali memancing. Sehingga mula mahir sedikit demi sedikit. Dari ikan gelama sehingga berjaya menaikkan ikan kerapu.

Dalam masa yang sama baru nampak memancing ikan ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Terasa ingin berkongsi bersama-sama pembaca blog arzmoha.com 5 kebaikan memancing ikan.

Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T


Sudah tentu memancing ini pertama sekali mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kerana dengan izinNya yang menjadikan segala apa yang ada di darat, di laut dan juga di udara. Kita dapat melihat kebesaran Maha Pencipta. Macam mana melihatnya?

Aktiviti memancing memang akan membuatkan kita dapat melihat kebesaran Allah S.W.T seperti permandangan yang cantik, kemudiannya kalau memancing di pulau kita dapat melihat hidupan yang ada di pulau, sedangkan ianya berada di tengah laut siapa yang memberikan mereka makan dan minum?

Bila kita mula memancing dari satu peringkat ke satu peringkat kita dapat melihat bermacam-macam jenis ikan terutama di tempat yang mempunyai karang. Ikan yang tak pernah lihat di pasar pun kita boleh melihat. Bagaimana ikan boleh hidup di dalam air sedangkan manusia 5 minit pun tak mampu.

Bila memancing dari tepi pantai, seseorang itu pula akan mula ke peringkat seterusnya memancing di atas bot. Waktu ini kita mula dapat melihat bagaimana bot dan kapal yang berat boleh terapung dan batu yang kecil boleh tenggelam di dalam air. Dengan izin Allah sahaja kapal terapung di permukaan air.

Memahami Erti Sebenar Rezeki

Kebaikan memancing ikan yang kedua adalah memberi seseorang memahami erti sebenar rezeki. Cuba satu hari pergi memancing bawa jenis joran dan mesin yang sama, tali yang sama, batu ladung yang sama, umpan yang sama dan memancinglah di tempat yang sama. Saat itu kita akan faham erti rezeki. Rezeki adalah rahsia Allah. 

Kita cuma boleh berusaha tetapi rezeki adalah hak milik Allah. Ianya diberi pada waktu tertentu dengan kadar tertentu. Bawalah joran, mesin, tali, umpan semahal mana pun kalau bukan rezeki hari itu sudah tentu balik dengan tangan yang kosong.

Teringat lagi seorang kawan yang kehabisan batu ladung. Lalu diikatkan kepala ikan untuk dijadikan ladung, bila melepaskan umpan jarak balingan tak sejauh mana. Kami gelakkan dia. Tiba-tiba dia berjaya naikkan seekor ikan senangin saiz agak besar. Hebat bukan? Rezeki hak milik Allah. 

Mendidik Erti Sabar

Kebaikan ketiga adalah mendidik erti sabar. Saat kita memasang umpan di baling ke dalam laut. Belum tentu ada ikan yang nampak atau perasan umpan yang kita pasangkan tadi. Kalau ada yang ikan yang nampak umpan kita tadi belum tentu akan lekat di mata kail.

Pengalaman aRz sendiri memancing dari pagi sampai ke petang seekor ikan pun tak dapat. Dalam keadaan lain pula kemungkinan tempat kita memancing terdapat pokok atau karang yang mana akan membuatkan mata kail atau batu ladung kita tersangkut. Biasanya buat yang baru belajar memancing memang dugaan ini selalu terjadi. Sabar. Begitu juga kalau saat umpan mengena yang naik cuma ikan-ikan kecil. Sabar.

Penawar Stress


Kebaikan keempat adalah penawar stress. Memancing membawa kita ke tempat-tempat yang cantik, tenang dan mendamaikan. Menjauhkan kita dari kesibukkan dunia. Membuatkan kita terlupa seketika masalah-masalah yang dihadapi. Tempat memancing biasanya di kawasan yang mempunyai udara yang segar jauh dari bunyi bising. Kalau ada diantara rakan atau sedara kita yang stress bawalah pergi memancing. Insyaallah merasa tenang.


 Menambah Kenalan dan Ilmu Pengetahuan

Kebaikan memancing yang kelima adalah menambah kenalan dan juga ilmu pengetahuan. Dari masa ke masa kita akan bertambah kenalan kerana minat dalam aktiviti memancing ikan. Dari kenalan mula berkongsi ilmu cara memancing dan tips-tips memancing. Waktu ini baru kita sedar ilmu memancing ini sangat mendalam.

Ada pelbagai teknik dan cara untuk memancing. Lain tempat lain caranya, lain ikan lain juga caranya. Semuanya perlu dipelajari dari orang yang berpengalaman. Kalau tidak usaha kita untuk mendapatkan ikan yang besar hanya sia-sia.

Baca Pengalaman Memancing Ikan Di Jambatan Pulau Pinang

Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi kebaikan memancing. Cuma dengan masa yang agak suntuk arz cuma mampu kongsikan 5 sahaja. Insyaallah akan datang aRz kongsikan lagi pengalaman memancing ikan yang pernah aRz lalui.

Terima kasih kerana sudi membaca 5 Kebaikan Memancing Ikan Yang Perlu Anda Tahu.

Comments

  1. Untuk keselamatan sesiapa yang berhobi memancing se eloknya pandai berenang.

    ReplyDelete
  2. Ooo.. BAru la dapat memahami perasaaan pemancing ni.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Memancing ni memerlukan kesabaran yg tinggi. Tapi bila sekali dah cuba memang boleh jadi ketagih. :)

    ReplyDelete
  4. hehe..hobi memancing ni orang yang minat je faham. yang penting, tak abaikan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Tambahan lagi satu: x perlu tlgvisteri kat umah dan boleh kenal jenis2 ikan heheeh

    ReplyDelete
  6. dulu mmg suka memancing esp time hujan (lps)... dpt ikan msk kn dlm kolah hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih