Detik Berharga Tidak Menunggu Kita Bersedia

Detik Berharga Tidak Menunggu Kita Bersedia

Detik berharga, biasanya amat susah untuk dirakamkan. Bercakap mengenai photography sesuatu detik berharga itu adakalanya berlaku dengan pantas tanpa kita sedari, ia tidak menunggu kita bersedia. Persoalannya bolehkah sesebuah detik berharga itu dirakamkan?

photo of the day, moment, best photo, detik indah,
Photograph by Samuel Cox, National Geographic your shot

Bila terlihat gambar diatas di laman National Geographic, Photo Of The Day. Teringat suatu masa dulu pernah merakamkan gambar pre-wedding buat seorang rakan, kebetulan terdapat sekumpulan burung sedang berterbangan di sekitar kawasan tersebut.

Biasanya detik seperti ini tidak akan menunggu kita bersedia, ianya berlaku mungkin 2 3 saat dah kemudiannya detik tersebut hilang. Tetapi mungkin dikatakan rezeki juga, burung tersebut hanya berterbangan di sekitar kawasan itu, berulang kali sebelum terbang jauh dan hilang dari pandangan. Apa yang lebih berharga tempat kami ambil gambar pre-wedding sekarang ini telah pun di tutup tidak tahu selamanya atau untuk jangka masa tertentu. Lagipun kawasan tersebut mengalamai banyak kerosakan tidak diselenggara dengan baik.

prewedding, pre-wedding, detik indah ketika pre-wedding, best shot, photo of the day, contoh gambar pre-wedding,
aRzMoHa | Pre-Wedding

Memang diakui, aRz sendiri pun mungkin tak banyak gambar-gambar detik berharga ini. Ia susah untuk dirakamkan. Cuma perlu bersedia bila-bila masa, tidak kira menggunakan kamera apa pun, sebaliknya jika mempunyai kamera DSLR lebih baik kerana kualiti gambar yang lebih jelas dan mempunyai pelbagai fungsi termasuk mengambil gambar sesuatu yang laju dan berlaku dengan pantas.

Anda ada detik berharga yang berjaya dirakam? Mungkin juga gambar anak anda pertama kali berdiri, berjalan dan mungkin juga pertama kali mencium pipi anda? Tinggalkan komen perasaan anda ketika merakamkan detik tersebut.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Bila baca ayat last Arz tu rasa nak menangis..sebab semua gambar kawen & gambar ms Alysa baby sampai umur 2tahun husband boh dlm external hard disk..dan hard disk tu rosak..sampai sekarang saya masih simpan hard disk tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari ada beberapa orang yang menyediakan khidmat dapatkan semula segala gambar dan dokumen dalam hardisk tetapi peluang agak tipis

      Delete
  2. perrghhh. da la jadi bentuk love pulak tu

    ReplyDelete
  3. betul tu..kdanag2 sesuatu kejadian berlaku tanpa kamera ditangan..ahhh rasa terkilan sesangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga banyak yang terlepas dan dirakam tidak sempurna

      Delete
  4. burung tu bentuk love...

    cantikk...! nice shot...

    ReplyDelete
  5. Benar. Begitu juga dengan kehidupan kita..;)

    ReplyDelete
  6. Banyak gambar berharga tak sempat nak dirakam. Sobsss T_T

    ReplyDelete
  7. banyak sebenarnya arz, cuma ada kalanya kita tak sedari bahawa ia adalah salah dari detik berharga sehinggalah ia telah tiada lagi dalam simpanan kita kan :)

    ReplyDelete
  8. Kekadang rasa kesal dan terkilan bila gambar detik yang berharga bersama dengan insan yang paling rapat dan paling disayangi tidak pernah diambil masa tu. Kalau la sempat sekurang-kurangnya ada video yang boleh kita dengar suaranya setelah dia meninggalkan kita, tapi semua tak pernah terfikir masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara lepas jangan dikesalkan...pandang ke hadapan...kumpul semula....

      Delete
  9. Kalaulah ada gambar2 detik sebegini... Sha ada gambar perut ditebuk dan dimasukkan tiub aje... Takde yang begitu indah... lelagi tiba2 ada burung datang buat bentuk LOVE camtu... hahahhaa.... apapun setuju... detik berharga tidak menunggu... kita yang perlu mencari detik2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga satu pengalaman tunsha...tunsha kuat hadapi dugaan dan ujian...kalau orang lain tentu dah lemah...tapi sha lain sempat lagi update blog dan sebagainya...inilah kekuatan sha...insyaallah akan ada detik indah ini...

      Delete
  10. tu la detik2 berharga cenggitu bukan dtg selalu kan aRz.
    wedding pic tu subhanallah burung2 tu terbang mcm heart shape :)

    ReplyDelete
  11. arz wt pre-wed photoshoot?ah...nk booking utk family photoshoot la cmtu :p

    ReplyDelete
  12. Sebab tu kita perlu menghargai sesuatu detik indah itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih