JOM BERCUTI SAMBIL BERJIMAT

JOM BERCUTI SAMBIL BERJIMAT


Untuk yang selalu travel mesti mengimpikan untuk travel sebanyak yang mungkin ke banyak tempat kan. Sebab tu kalau boleh nak berjimat sebab ada banyak tempat yang boleh pergi especially kalau nak pergi dengan naik flight. Hari ini penting kalau nak pergi bercuti sebagai terapi diri nak lari sekejap dari dunia realiti. Cewaah. Takde la lari terus kan sebab masing-masing pun dah ada 'responsibility'. Tapi kalau ada keluarga boleh luangkan masa berharga dengan keluarga dengan pergi holiday. Ada satu cara yang boleh buat anda berjimat sebab boleh cari dekat Traveloka cheap flights ke tempat-tempat yang hendak dituju.




bercuti sambil berjimat, tips bercuti jimat, bercuti ke kuala lumpur pulau langkawi, cik puteri, malaysia kids no 1
Cik Puteri ke Langkawi

Traveloka ni adalah satu apps yang di'develop'kan untuk orang-orang yang suka travel terutama yang membaca artikel ini. Jadi pertama sekali, kena install apps Traveloka atau layari website mereka dan "under section search" isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi dan juga untuk berapa orang. 

bercuti sambil berjimat, tips bercuti jimat, bercuti ke kuala lumpur pulau langkawi,
Search di Traveloka

Cadangan saya ialah pilih tarikh yang lama sikit dari sekarang ni, dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara camtu 'hangpa' akan dapat harga yang paling murah. Lepas tu tekan 'search' dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau puas hati dengan harga tu terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit. Senang kan?

Traveloka ni selamat dan boleh dipercayai dan salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang.

In Traveloka, boleh juga buat kuala lumpur to langkawi flight booking kalau hangpa ada terpikir nak ke Langkawi. Langkawi adalah salah satu destinasi yang biasa untuk bercuti sebagai rakyat Malaysia sebab ada banyak tempat yang best kat sana. Berkeluasan 27.39 hektar, Taman Agroteknologi Mardi menawarkan untuk hangpa sekeluarga pengalaman yang penuh manfaat kerana kat sini hangpa sekeluarga dapat mempelajari banyak perkara berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia.


Hangpa juga dapat tengok lebih daripada 20 jenis pokok buah-buahan seperti buah nanas, buah cempedak, buah belimbing, buah mangga dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, tumbuhan herba juga boleh didapati kat sini. Kesemua jenis tumbuhan yang dihasilkan kat sini dapat dilihat tanpa perlu mengeluarkan peluh kerana hangpa akan dibawa meneroka dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. 

Yang bestnya, setelah puas tengok kesemua ladang yang terdapat kat sini, khangpa akan dibawa untuk bersantai di sebuah perhentian untuk menikmati pelbagai jenis buah tempatan yang terhasil mengikut musimnya. Nak tahu apa lagi yang best? Hangpa boleh menikmati semua ini secara percuma! Kalau bercadang untuk ke sini, datanglah ketika musim buah yang tak lain tak bukan dari bulan Mei sampai Julai.

Muzium 3D Langkawi, Tempat menarik di langkawi, Percutian menjimatkan, bercuti sambil berjimat,

Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D! Nak lagi sebab kenapa perlu melawat muzium ini? Kalau nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia! 

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik. Masa yang diambil untuk habis bergambar dengan sepuas hati semua karya realistik kat sini adalah antara 3 ke 4 jam. Jadi, yang wanita, pastikan mekap tak cair walaupun dah berpeluh!

Pulau Payar Marine Park adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh sesiapa namun ianya menjadi destinasi tarikan pelancong yang datang dari serata dunia untuk aktiviti jungle trekking, memerhati burung, menyelam skuba dan snorkeling. Kalau nak pengalaman tengok ikan-ikan berenang dengan banyak dan bebas seperti di dalam akuarium di sekitar, inilah lokasinya. Nak tahu kenapa banyak sangat hidupan marin dekat sini? 


Sebabnya adalah kerana ia merupakan salah satu pulau yang termasuk di dalam Taman Marin yang mana aktiviti perikanan adalah dilarang sama sekali. Selain ikan-ikan, hidupan eksotik lain juga dapat dinikmati keindahannya seperti batu-batu karang yang penuh warna-warni. For information, pulau ini memiliki 4 buah kawasan pantai berbeza yang boleh dipilih sebagai lokasi penerokaan dunia bawah air. 

Kesemua pantai ini cukup tenang untuk berseronok bersama keluarga tanpa risau. Bagi yang ingin menikmati keindahan pulau ini lebih daripada sehari,perlu mendapatkan permission untuk berkhemah kat sini daripada pihak berkuasa.

Terima kasih kerana sudi membaca Jom Bercuti Sambil Berjimat secara ringkas. Jumpa Lagi.

Comments

  1. Kalau jadi minggu ni nak pi bercuti bawak mak abah dan dania lepak hotel kat PD..hehehe...x sabar rasanya...yang nyatanya nak memancing..mana tau kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. Boleh lah nak plan cuti few months from now

    ReplyDelete
  3. Traveloka memang memudahkan planning nak bercuti. Sebelum apa-apa mesti check di Traveloka dulu lepas tu baru boleh susun jadual dan pilih tarikh :)

    p/s : rindu pula Langkawi. tak puas berjalan di Langkawi tu kalau cuti pendek, kena pergi lama sikit baru dapat 'cover' lawat semua..hehehe..

    ...

    ReplyDelete
  4. Senanglah nak plan cuti-cuti langkawi lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. Byk temoat boleh dilawati dh di langkawi ni.. ..

    ReplyDelete
  6. Saya kalau nk bercuti ni. Akn search dulu mna² web dan juga traveloka ni. .Nk cari yg murah2 ja

    ReplyDelete
  7. wahhh seronoknyaaa! best besttt. boleh 'melancong' kejap time Raya Haji nanti ke kann hehehe

    ReplyDelete
  8. Traveloka ni memang bestt... Senang nak plan untuk pergi bercuti...

    ReplyDelete
  9. Senang guna Traveloka. Semua ada dalam satu apps. Memudahkan nk booked hotel dan flight

    ReplyDelete
  10. Rindu Langkawi.. ma selalu gak gun traveloka

    ReplyDelete
  11. Ya, kalau tahu research akan jumpa tips nak berjimat waktu bercuti :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih