Feri Pulau Pinang Yang Terakhir

Jadual Perkhidmatan dan Tambang Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang Yang Terakhir | Mungkin kepada mereka yang pertama kali bakal mengunjungi Pulau Pinang dan teringin untuk merasai pengalaman pertama menaiki Feri Pulau Pinang, ini adalah bacaan yang sesuai sangat. Antara yang akan dikongsikan kali ini adalah jadual perkhidmatan dan tambang feri pulau pinang.

jadual perkhidmatan feri pulau pinang, tambang feri pulau pinang, apa yang menarik mengenai feri pulau pinang, pengalaman menaiki feri pulau pinang, tempat menarik di pulau pinang, penang, penang best place,
aRzMoHa  | Jadual Perkhidmatan & Tambang Feri Pulau Pinang

Baru-baru ini ke Design Village Penang  (DVP) salah satu tempat shopping terbaru yang terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan. Balik dari DVP melalui jambatan pertama, tiba-tiba teringat terlupa bawa kad touch 'n' go. Memandangkan Jambatan Pulau Pinang telah pun melaksanakan Tol Elektronik Sepenuhnya, jadi tiada lagi tol tunai. 

Terus berpatah balik menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Saat-saat cemas kerana jam menunjukkan menghampiri jam 12 tengah malam. Bukannya apa cuma risau feri terakhir dah pun terlepas. Perkhidmatan Feri Pulau Pinang bukannya 24 jam dan masih lagi terdapat tol tunai.

Jadi terasa nak kongsikan pengalaman ini dengan anda semua mana tahu ada yang teringin nak mencuba menaiki Feri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda ianya merupakan pengangkutan utama dan terpenting suatu masa dahulu menghubungkan pulau ( georgetown ) dan juga tanah besar ( mainland ). Cuma setelah terbinanya Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua ( Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) perkhidmatan feri tidak lagi menjadi pengangkutan terpenting. Tetapi ianya masih digunakan dan juga merupakan pengangkutan amat penting oleh sesetengah individu.

feri pulau kapas, feri pulau pinang, jadual perkhidmatan feri pulau pinang, masa berlepas feri pulau pinang, tambang harga feri pulau pinang, cuti cuti di pulau pinang,
Keadaan dalam Feri Pulau Pinang

Jadual Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

Jadual Perkhidmatan dan Harga Tambang Feri Pulau Pinang. Kalau sebelum ini Feri Pulau Pinang hanya mengangkut kenderaan di sebelah bawah sahaja. Tetapi ada feri yang telah diubahsuai supaya dapat menampung kenderaan di sebelah atas. Tak pasti pula kalau kesemua feri begini sebab dah lama sangat tak menggunakan perkhidmatan feri ini.

Kini hanya 4 feri sahaja yang beroperasi setiap hari. Dengan selang masa 20-30 minit sekali dari jam 5.20 pagi sehingga 10 malam. Selepas dari 10 malam hanya 1 feri sahaja yang beroperasi sehingga jam 1 pagi dengan jarak masa 1 jam.

Terminal Feri Raja Tun Uda ( sebelah Georgetown)

Feri pertama   : 5.20 pagi
Feri terakhir   : 12.40 pagi

Terminal Feri Sultan Abdul Halim (sebelah Tanah Besar)

Feri pertama  : 5.20 pagi
Feri terakhir  : 12.10 pagi

**Feri terakhir dari Terminat Raja Tun Uda jam 12.40 pagi akan tiba di Terminal Sultan Abdul Halim pada jam 1 pagi.

Tambang Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

Tambang untuk perkhidmatan feri pulau pinang ini pula terbahagi kepada 3 iaitu pejalan kaki, bulanan dan kenderaan.

Pejalan kaki 

Dewasa                            : RM 1.20
Kanak-kanak                   : RM 0.60

Pas Bulanan   ( hanya untuk 2 bulan dari tarikh dikeluarkan )

Dewasa                             : RM 30
Pelajar ( bawah 21 tahun ) : RM 6

Kenderaan

Basikal                              : RM 1.40
Motosikal                          : RM 2.00
Beca                                 : RM 3.30
Motokar ( kereta, 4wd )    : RM 7.70
Lorry (4 tayar )                  : RM 13.20
Lorry ( 6 tayar )                 : RM 27.50

Tak pasti kalau sebelum ini pernah bawa Cik Puteri naik feri atau tidak. Lama sangat rasanya tak naik. Jadi bila masuk saja dalam feri dialah orang yang paling teruja. Tepat jam 12.10 pagi feri bergerak, keluar dari kereta  terus ke depan feri. Sejuk sungguh angin malam sambil melihat permandangan lampu Penang Port, Jambatan Pulau Pinang dan juga bangunan yang terdapat di bahagian pulau.

swafoto, feri pulau pinang, harga tambang feri pulau pinang, jadual perkhidmatan feri pulau pinang,
Wefie atas feri
feri pulau kapas, feri pulau pinang, apa yang menarik dengan feri pulau pinang, jadual perkhimatan feri pulau pinang, tambahng feri pulau pinang,
Peace

feri pulau pinang berlepas, feri pulau kapas, keadaan dalam feri penang, jadual masa feri pulau pinang, tambang feri pulau pinang,
Feri merapat ke Terminal Raja Tun Uda
Malam-malam tak banyak sangat kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri. Kalau dulu feri sangat meriah. Ada kedai roti makan sambil melayan angin laut. Skearang tak pasti masih ada atau tidak. Rasanya masih ada.

Setakat ini dahulu, semoga perkongsian ini membantu anda untuk bercuti ke Pulau Pinang dan merasai perkhidmatan feri yang terdapat di Pulau Pinang.

Comments

  1. kali pertama naik feri thn 1987. kali terakhir 2016 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur berapa tu tahun 1987....saya pun kecik lagi...baru lagi naik feri sebelum ni

      Delete
  2. ok..xpernah naik feri seumur hidup ini..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yaka kak normi tak pernah naik feri ni...singgah la sekali...

      Delete
  3. dah lama x naik feri penang ni. teringat zaman study, berkejar ke jeti supaya sempat naik feri nak balik ke kolej ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu betul...berlari-lari nak dapatkan feri....tapi sekarang pun ramai juga terkejar-kejar takut terlepas feri...sebab jarak masa agak lama

      Delete
    2. jambatan kan hado 😉

      Delete
  4. Sally boleh kira sbnrnya bape kali g Penang...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi ke korea ke jepun ya sally...hehe

      Delete
  5. kak ana pernah sekali je naik feri, itu pun kecut perut sebab abg halim tanpa sengaja terpotong queue orang hihi tak tahu lak orang beratoq panjang dari belakang main masuk je cuak habis, nasib baik orang belakang kami tu tak dpt masuk feri sebab kami hat last dah penuh adoi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...jangan potong queue lagi na kak ana hehe...sekarang rasanya macam susah nak potong queue sebab memang akan ikut barisan sendiri

      Delete
  6. Posting arz kali ini membuat saya teringat masa lampau. Semasa remaja dulu tiap minggu saya naik ferri. Masa itu belum pun ada jambatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terfikir kan umur akak sekarang berapa...remaja waktu belum ada jambatan...saya belum wujud lagi waktu itu

      Delete
    2. Ya saya sangat tua boleh panggil ibu. Saya baca blog orang muda kerana mempunyai anak sebaya anda. Harap boleh keep up dengan pemikiran semasa.

      Delete
  7. dah lama tak naik feri di penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz yang tinggal di penang pun jarang2 juga naik feri huhu

      Delete
  8. pi penang dis lps naik jambatan sultan abd halim. masa pulang naik jambatan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cuba naik feri? tapi biasa kalau nak cepat naik jambatan la kan abe kie

      Delete
  9. Hari tu ke Penang merasa jugaklah naik feri ni waktu subuh sebab nak kejar ets pukul 7.30 pagi. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...kadang naik risau naik feri bila terkejar sesuatu...risau feri lambat

      Delete
  10. Tq info..sila dtg ke blog saya https://littleaisyah17@blogspot.com

    ReplyDelete
  11. tapi x reliable sangat.. lambat sangat diorg tunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu feri ka...adakala memang lewat sangat

      Delete
    2. tunggu feri dah 1 hal.. lepas tu feri sampai, kita masuk, then dia tunggu kereta bagi penuh pulak.. hmm.. 2 kali tunggu la kiranya..

      Delete
  12. Dah 2 kali naik feri seberang pulau..itupun masa adik duk penang la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh sekarang adik kak suria tak duduk penang ka?

      Delete
  13. Nice sharing aRz,

    LZ x pernah pi Penang naik feri.. Tengok post ni rasa macam seronok pulak.. 😄

    ReplyDelete
  14. Kak Sue pernah la juga merasa naik feri nie..entah bila nak pi Pulau Pinang lagi..anak-anak Kak Sue suka pi sana..

    ReplyDelete
  15. belum pernah naik feri lagi...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html .pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete
  16. Pernah jugak naik feri masa ke Penang. Lama dah.... nampaknya kena pergi Penang lagilah....
    Awal jugak ye operasi feri ni.... Sebelum subuh lagi

    ReplyDelete
  17. terima kasih dgn info nie

    ReplyDelete
  18. panik jap.. ingatkan dah nak close forever dah perkhidmatan feri tu! :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih