Nasi Kandar Beratur Terkenal Sejak Dahulu Lagi

Nasi Kandar Beratur Penang Bersebelahan Masjid Kapitan Keling Terkenal Sejak Dahulu Lagi

Penang memang sebuah negeri yang tidak dapat dipisahkan dengan nasi kandar. Nasi kandar pula sudah semestinya terkenal dengan kuah kari. Saja nak kongsi mengenai nasi kandar beratur yang sudah terkenal sangat di penang memandangkan berjumpa dengan seorang Blogger Remaja. Apa yang istimewa sangat di Nasi Kandar Beratur berbanding nasi kandar lain? 

rahim aim channel, nasi kandar beratur, nasi kandar terbaik di penang, jalan-jalan cari makan, tempat makan menarik di penang,
Bersama Blogger / Vlogger / Viner Rahim 

Apa Yang Istimewa dan Menarik Nasi Kandar Beratur Penang

Macam biasa orang akan tanya apa yang istimewa dan menarik sangat nasi kandar beratur ni. Nampak sama saja semuanya. Macam diterangkan dalam entri sebelum ini, Setiap nasi kandar ada ciri-ciri istimewa dan peminat tersendiri. Walaupun sekarang ini dikatakan Nasi Kandar Deen Maju antara paling popular setakat ini di Penang tetapi Nasi Kandar Beratur tetap ada peminat tersendiri.

nasi kandar beratur, nasi kandar berhampiran masjid kapitan keling, tempat makan menarik di penang,
Nasi Kandar Beratur (kredit gambar : Rahim Aim)

Istimewa dan menariknya Nasi Kandar beratur ini yang pertama adalah pada nasi. Tak pasti pula beras apa yag digunakan rasa seakan macam beras biasa cumanya selepas makan tak rasa terlalu kenyang atau orang penang kata 'mengah'. Ini mengikut kadar nasi biasa yang disediakan bukan nasi tambah. memang boleh rasa sedikit kelainannya. Betul ka? Datang dan cuba sendiri.

Yang Kedua pada kuah kari. Kuah kari di nasi kandar beratur boleh dikatakan tidak terlalu pekat. Untuk orang luar mungkin boleh menikmatinya dengan baik. Sebab ada beberapa nasi kandar lain di Penang, kuah kari yang disediakan begitu pekat dan boleh menyebabkan sakit perut jika tidak biasa.

Baik sebelum terlupa. Nasi Kandar Beratur bermula pada jam 10 malam sahaja. Kalau singgah ke warung ini sebelum jam 10 malam sebenarnya itu bukan nasi kandar beratur yang sebetulnya. Mungkin diusahakan oleh pihak lain. Ingat selepas 10 malam.

Lokasi Nasi Kandar Beratur ini ada terletak di bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Tak ada nasi kandar lain bersebelahan masjid ini. Bila sampai tu cuba pusing-pusing sikit mesti jumpa. Tempat letak kereta pada sebelah malam memang mudah tak perlu risau melainkan pada malam minggu..Letak jauh sikit dan berjalan pun ok kan? Boleh rujuk maps di bawah



Sambil tu nak cerita sikit macam mana tiba-tiba sampai ke Nasi Kandar Beratur ni. Memang aRz jarang ke nasi kandar beratur, malah ke nasi kandar lain pun jarang-jarang dah sekarang ni, mungkin seminggu sekali mungkin juga sebulan sekali tak sama macam dulu. Kali ini sebab membawa seorang Blogger Remaja yang sedang aktif sebagai Viner.

Rahim dan Viner

Kebetulan berkesempatan bertemu Rahim atau lebih mesra dipanggil 'along'. Yang tiba ke Pulau Pinang atas urusan tertentu. Sambil pusing-pusing tunjuk beberapa tempat di Penang singgah ke Nasi kandar ini. Untuk yang belum mengenali Rahim @ along sebenarnya merupakan seorang Blogger remaja yang masih menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia, juga seorang yang Viner. Viner tu apa pula ya? Viner adalah sebuah rakaman video yang dihasilkan kurang dari 1 minit. Di dalam video terdapat unsur-unsur nasihat yang baik untuk remaja hari ini. 

Anda boleh melihat video-video tersebut di Rahim Aim Channel dan adalah digalakkan untuk kongsi video tersebut di media sosial milik anda. Singgahlah dan berikan sedikit support buat Rahim.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu.
Jumpa Lagi.

Comments

  1. AKAK PERNAH SEKALI MAKAN KAT SANA..

    ReplyDelete
  2. Fuhh terliurnya tengok. Heheh.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah ke sana lagi..

    ReplyDelete
  4. Kuah kari nasi kandar sememang nya pekat. Mereka tak pakai santan tetapi air asam. Dulu dulu lah. Itu sebab kuah tahan lama. Lagi lama lagi sedap. Bila kuah di perhangat Sebatu pun boleh bau sedapnya. Itu lah keistimewaan nya. Pada orang dulu dulu lah. Sekarang mungkin lain cara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tahu..terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini. really appreciate

      Delete
  5. org cakap nasi kandar beratoq skrg ni dah kurg org beratoq dah.. tapi betol, gulai dia sedap...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih