SweetSpot Mobile App

SweetSpot Mobile App

Suka atau tidak teknologi hari ini semuanya berada di dalam smartphone kita. Samada nak beli barang, makan, bercuti mahupun membayar bil semua sangat mudah sehingga termasuk blog juga perlu mesra mobile. Hari ini nak perkenalkan Sweetspot Mobile App dimana merupakan aplikasi smartphone untuk pembelian runcit dan barangan untuk pengguna dimana fokus utama adalah memberikan tawaran dan promosi yang hebat. Memang diakui mobile app kebiasaannya lebih murah dan banyak promosi. Nak tahu lebih lanjut? teruskan membaca.

sweetspot mobile app, tawaran dan promosi hebat online, apa itu sweetspot mobile app,

Apa itu Sweetspot Mobile App

Sebenarnya Sweetspot bukan hanya fokus pada promosi dan tawaran untuk makanan dan barangan sahaja tetapi termasuk penjualan tiket dan memberikan informasi terkini di tempat anda. Tidak dinafikan memang promosi secara online melalui mobile apps agak menguntungkan. Yang penting anda tahu bila dan bagaimana menggunakannya.

Untuk membuatkan anda lebih faham mengenai kemudahan yang disediakan dalam Sweetspot Mobile App ini adalah sebaiknya muat turun terlebih dahulu dan perhatikan promosi dari masa ke semasa.

Cara Muat Turun Sweetspot Mobile App

Cara untuk muat turun sweetspot mobile app sangat mudah, muat turun dari App Store masing masing.

Muat turun 

iOS       : https://goo.gl/pPZEyr

Facebook : Sweetspot Malaysia

Sweetspot malaysia, sweetspot mobile app, kelebihan sweetspot mobile app,
Sweetspot on Android and iOS
Boleh lihat gambar di bawah beberapa contoh yang aRz sempat printscreen. Terdapat beberapa promosi. Bagi pendapat aRz tak perlu risau untuk muat turun apps seperti ini sebabnya tak perlu bayar ianya percuma. Sekiranya ada promosi yang betul-betul berkenan di hati barulah kita ambil cepat-cepat. 

Selepas ini mungkin ada lebih banyak lagi promosi yang menarik yang dapat dimanfaatkan. Jangan lepaskan peluang. aRz ulangi sekali lagi kebiasaannya app seperti ini memang selelaunya akan memberikan sedikit keuntungan berbanding kita membeli secara terus sesuatu barang atau perkhidmatan.

contoh paling mudah macam membeli tiket kapal terbang secara online dan kaunter memang akan ada perbezaan harga. Begitu juga sesebuah app dibangunkan untuk memberikan tawaran dan promosi yang hebat.

sweetspot malaysia, voucher dan tawaran starbuck dan kenny roger,
promosi di sweetspot
sweetspot malaysia, tawaran tiket sempena georgetown festival,
Tiket sempena Georgetown Festival

Untuk pengetahuan semua sweetspot juga menjual tiket untuk persembahan yang sedang berlangsung sempena Georgetown Festival dari 29 Julai sehingga 28 Ogos 2016. Untuk pengetahuan semua Georgetown Festival adalah untuk memberikan kesedaran mengenai seni, budaya, sejarah, komuniti setempat dan juga pembelajaran yang berlansung sebulan lamanya. Untuk lebih lanjut boleh baca disini Georgetown Festival

georgetown festival, sweetspot mobile app, kaash cultural dance, dewan sri pinang,
Geogetown Festival

Tayangan Kaash Sempena Georgetown Festival 2016

Baru-baru ini aRz diberi kesempatan oleh Sweetspot Mobile App untuk menyaksikan sendiri 2 persembahan seni mengenai "Tarian Budaya" yang diberi nama Kaash dan juga Chekara yang bernilai RM 380. Walaubagaimanapun aRz hanya berpeluang menyaksikan persembahan Kaash sahaja (memandangkan tayangan Chekara berlangsung pada waktu maghrib aRz hadiahkan tiket pada rakan non-Muslim untuk menyaksikan sendiri persembahan sempena Georgetown Festival).

Kaash boleh dikatakan tarian India tetapi telah diolah oleh Akram Khan Company ( United Kingdom ) dimana memang tidak sama seperti tarian india di negara kita ini. Dua pengalaman baru yang aRz dapat kali ini. Pertama mengenai kewujudan Georgetown Festival dan persembahan yang berlangsung sepanjang bulan ini keduanya menyaksikan sendiri persembahan seni dari negara luar yang jarang dipertontonkan.

kaash by akram khan company ( united kingdom ), sweetspot malaysia, gerogetown festival,
Poster Kaash di ruang regar Dewan Sri Pinang

Untuk pengetahuan semua persembahan seni ini juga seakan persembahan teater dimana tarian/lakonan digabungkan bersama muzik dan cahaya yang menjadikan sesebuah persembahan itu semakin menarik. Muzik dalam persembahan Kaash ini membuatkan aRz tertanya-tanya apa yang akan dipersembahkan lagi dan lagi sebab muzik yang agak mendebarkan. Rupanya masih banyak budaya dan seni dari negara luar yang belum dilihat secara langsung mahupun tidak.

kaash di georgetown festival, dewan sri pinang, sweetspot malaysia,
Akhir persembahan

Sebelum aRz terlupa, sekiranya anda sudahpun menempah tiket ke mana-mana persembahan seni atau teater pastikan datang 15 minit awal. Kenapa? Sebab pintu akan ditutup tepat pada masanya. Huhuhu....mana-mana persembahan seni mahupun teater sudah pasti menggunakan cahaya ( lighting) yang mana memberikan kesan kepada persembahan sekiranya pintu dibuka ketika persembahan sedang berlangsung sedikit sebanyak memberi gangguan kepada penonton. 

georgetown festival, kaash cultural dance, dewan sri pinang,
Penonton yang hadir | Kaash 
Penuh ruang Auditorium Dewan Sri Pinang sempena persembahan seni - tarian budaya Kaash. Bermacam bangsa dapat dilihat termasuk pelancong dari luar negara. Persembahan mendapat tepukan gemuruh dari penonton hampir 1 minit. Lama kan... aRz sendiri pun kagum mereka berlima menari lebih kurang 45 minit tanpa henti dengna tarian yang sangat bertenaga.

georgetown festival, kaash cultural dance, dewan sri pinang, arzmoha, wefie menarik,
Bersama anak saudara

Kalau ikutkan, Puan isteri ikutkan sekali untuk menyaksikan persembahan Kaash. Tetapi keadaan Cik Puteri yang masih demam, suhu badan agak panas jadi kami bertiga sahaja. Persembahan ini juga ada untuk 7 tahun ke atas sahaja. Sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit pendedahan pada anak saudara aRz mengenai Georgetown Festival dan tarian budaya yang dibawa khas dari United Kingdom. Terima kasih pada Sweetspot Mobile App Malaysia.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Salam..pe habaq?
    yaya saje mai sini melawat kengkawan blogger.. =D

    ReplyDelete
  2. mcm2 apps sekarang ni ye pening nk plh ;-)

    ReplyDelete
  3. wow ! cam bagus sbb dapat offer :)

    ReplyDelete
  4. foodhunter memang suka la apps ni..huu

    ReplyDelete
  5. macam best je app tu..kena install ni.. MAcehh Arz

    ReplyDelete
  6. Wah macam2 aplikasi yang ada sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. BEST..MACAM-MACAM DISKAUN ADA

    ReplyDelete
  8. sib baik cakap bersama anak saudara ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih