Cara Pembahagian Daging Korban

Cara Pembahagian Daging Korban

Ibadah Korban dilakuakan pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijaah. Seperti semua tahu pada hari tersebut di Malaysia tumpuan utama pada program Ibadah korban yang dilakukan selepas Solat Sunat Aidil Adha. Selepas dari penyembelihan haiwan korban maka proses membahagikan daging korban pula akan dilakukan. Bagaimana cara pembahagian daging korban?

cara pembahagian daging korban, hari untuk laksana ibadah korban, hukum korban, korban wajib, korban sunat,
Ibadah Korban

Pembahagian Daging Korban

Selepas dari program penyembelihan haiwan korban kebiasaan di Malaysia Lembu ataupun kambing. Maka kita akan lihat program pembahagian daging korban. Mungkin ada yang tertanya bagaimana cara pembahagian daging korban. 

Sebelum itu korban pula terbahagi kepada dua. Korban Wajib dan Korban Sunat. 

Kalau ada yang bertanya apa beza korban wajib dan sunat? Korban wajib ada dua, satu bernazar dan satu lagi apabila seseorang membeli haiwan korban samada lembu atau unta atau kambing dengan melafazkan atau mengatakan "haiwan ini untuk adalah untuk sembelihan korban atau aku beli haiwan ini untuk korban kerana Allah Taala"

Pembahagian Daging Korban Wajib atau Nazar

Pembahagian daging korban wajib atau nazar disedekahkan kesemua dagingnya termasuk kulit dan tanduk kepada fakir miskin. Ditegah bagi orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya memakan walaupun sedikit. 

Pembahagian Daging Korban Sunat

Seperti yang kita semua tahu atau seperti biasa ibadah korban negara kita biasanya pembahagian daging korban adalah 1/3 bahagian kepada fakir miskin, 1/3 bahagian untuk tuan punya korban dan 1/3 bahagian untuk sahabat termasuk jiran-jiran dan orang kaya.

Walaubagaimanapun Paling Afdhal mengambil sebahagian kecil sahaja untuk Tuan punya korban untuk sekadar rasa (bahagian hati ) dan selebihnya bahagian besar untuk fakir miskin. Sebaiknya-baiknya daging korban paling banyak dirasai oleh fakir miskin.

Ibadah korban ini juga masanya untuk meraikan fakir miskin kerana mungkin di hari biasa mereka tidak mampu untuk merasai atau membeli daging yang harganya agak mahal. 

**Ini adalah sedikit ringkasan cara pembahagian korban mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat. Walaubagaimanapun sebaiknya sekiranya kita ingin melakukan ibadah korban mencari ilmu supaya dapat melaksanakannya dengan baik. Walaupun hukum korban adalah sunat. 

Dalam melakukan sesuatu ibadah sudah tentu kita ingin melaksanakan sebaik-baiknya. Maka carilah ilmu masih banyak yang dapat kita pelajari antaranya haiwan korban yang paling afdhal, hukum upah tukang sembelih, niat korban dan sebagainya.

Jumpa Lagi

Comments

  1. Perkongsian yang amat baik sekali..
    Dah dekat nak raya korbankan..
    Kena faham betul2..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu along...terima kasih singgah disini

      Delete
  2. insyaAllah dapat implement dalam korban nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih banyak lagi ilmu mengenai korban...yang boleh dipelajari melalui banyak medium sekarang ini...

      Delete
  3. Tidak lama lagi sana-sini akan menjalankan ibadah korban ini
    Pembahagian kepada fakir dah kian kurang sebab susah dah nak cari org miskin sekarang
    Jadi rata-rata agih kepada masyarakat setempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan pengagihan daging korban ini....

      Delete
  4. Dua minggu lagi dapatlah tengok ibadah korban. InsyaAllah.

    Selalunya dapat jugalah merasa daging korban dari masjid berdekatan bila ada yang buat korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat merasa daging korban....Semoga yang melakukan korban mendapat ganjarannya

      Delete
  5. Perkara yg mmg setiap kita sekurang2nya patut tahu ni... thanks sharing bro Arz!

    ReplyDelete
  6. berapa bahagian tahun ni ArZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni tak berkesempatan...insyaallah semoga dipermudahkan.

      Delete
  7. korban kerana nazar kita tak boleh mkn daging korban tu dan kalau kita niat nk buat korban beberapa bhgn tu..daging korban tu kita leh mkn tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau korban biasa. korban sunat, kalau sebahagian kecil bagi pada fakir miskin dan yang lain makan pun boleh cumanya fadhilat, kelebihan dia sikit.

      cara biasa di negara kita
      1/3 - untuk tuan korban
      1/3 - untuk fakir miskin
      1/3 - untuk rakan jiran saudara mahupun orang berada/ kaya

      tapi yang dinajurkan Nabi kita sebahagian kecil diambil untuk dirasai yang lainnya untuk fakir miskin...

      Delete
  8. skrg ni byk saluran untuk melakukan korban...boleh buat korban online lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul banyak sangat saluran...semoga dipermudahkan buat kita semua...

      Delete
  9. Tahun ni akak ambil 1 bah tp wakilkn kakak di kampung, mklm le x kesempatan nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. semoga di permudahkan

      Delete
  10. great sharing.salam aidiladha in advance

    ReplyDelete
  11. abg arz buat korban ke tahun ni ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih