Cara Langgan Channel Prebiu Astro Percuma 48 Jam

Cara Langgan Channel Prebiu Astro Percuma 48 Jam

Khas untuk pelanggan Astro terutamanya yang melanggan Family Pack yang paling basic. Semestinya nak tahukan macam mana nak langgan Prebiu Astro Superpack secara percuma dalam tempoh 48jam? Kalau nak subscribe setiap bulan rasa macam mahal sangat nak bayar. Jadi bolehlah cuba cara yang bakal aRz kongsikan ini. 

cara langgan channel prebiu Astro Percuma 48 jam,
Prebiu Astro Superpack (langkah 1)


TERBARU >> CARA LANGGAN ASTRO PREVIEW PERCUMA 48 JAM SELEPAS DEKODER ASTRO DINAIKTARAF <<<

Langgan Prebiu Astro Superpack Selama 48jam

Apa yang bakal dikongsikan ini memberi keuntungan khas kepada yang mengambil atau subscribe basic pakej Astro atau Family Pack. Sebabnya kalau korang dah ambil semua channel macam mana nak dapatkan prebiu ni kan??

Terdapat banyak pakej yang disediakan dan anda boleh mencuba satu persatu ikut langkah di bawah.

1. Sila ke channel 200 kemudian akan keluar seperti gambar diatas sekali.
2. Pilih Pakej Berkas. JANGAN terus pilih pakej....ikut langkah ke 3

Prebiu Astro Superpack (langkah 2)

3. Nampak tak butang hijau tertulis PREBIU di bawah screen anda?....klik butang hijau di Remote Control.

Butang Hijau ( Langkah 3)

4. Pilih 3 pek mini pilihan anda....Tengok gambar di bawah ini yang aRz pilih. dan tekan TERUSKAN

Langkah 4 

 5. Langkah ke 5...Akan keluar gambar seperti di bawah. Hantarkan SMS seperti yang tertera.

Langkah ke 5

Dalam 5 minit anda akan dapat menonton siaran pilihan anda selama 48 jam. Amcam menarik tak? Mana tahu ada yang masih bercuti dapat layan tayangan percuma seperti siaran HBO, FOX, Mustika Discovery Channel dan sebagainya.

PERHATIAN Sila ikut langkah demi langkah dengan betul. Selamat menonton dan beristerirehat.

Tiada caj dikenakan. Selepas 48jam anda boleh mencuba Superpack yang lain pula. Sampai bila? Entah....
Cubalah...Jangan lupa kongsikan cara ini kepada rakan dan sanak saudara....jangan tonton sorang-sorang. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah.

Jumpa Lagi 

Comments

  1. Replies
    1. tak pasti pula...bahasa yang digunakan astro

      Delete
  2. Replies
    1. hati-hati pada langkah ke 2 dan ke 3...jangan tersilap...insyaallah tiada caj tersembunyi

      Delete
    2. ok nanti try... ekin tak berani buat...suruh suami buat nanti.. tq atas pengkongsian ni

      Delete
  3. takde astro dah kat umah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa...masih boleh tengok tv1 tv2 tv3 tv alhijrah hehehe

      Delete
  4. kalu dok umah mmg boleh layan astro ni non stop ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat juga layan astro non stop baru-baru ni...tapi macam biasa...ulangan demi ulangan

      Delete
  5. Sport boleh?

    Nk lyn f1 je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sport tak pasti bro...nanati kalau dah cuba kita update

      Delete
  6. boleh buat sekali jer ke atau berkali-kali?...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas 48 jam...boleh cuba superpack yang lain...sampai dah habis semuanya...lepas tu mungkin 6 bulan pula...cuba-cubalah

      Delete
  7. IRDA dah lama tutup astro..hanya pasang astro di rumah mak..rumah irda jarang ada orang..pergi pagi balik malam..sudahnya astro offer free package untuk channel basic,maybe sebab ada satu lagi account kat rumah mak kut...huhu..thank u astro...irda boleh layan oasis jugak..tu yang penting..suka oasis sebab ada uke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tengok sangat memang rugi ja bayar bulan-bulan...baik pasang Njoi...memang percuma...cuma bayaran mula sahaja

      Delete
  8. Wah untung jugak ni kan Arz....dpt gak merasa tengok channel lain. 48 jan pun 48 jamlah jadik le dpd tak de hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi la untuk layan hari sabtu dan ahad

      Delete
  9. Rumah kakak memang tak langgan Astro
    Dulu tak langgan sebab anak-anak masih perlu concentrate belajar
    Sekarang anak dah semua duduk asrama rumah pulak jarang menonton tv
    Jadi memang tak adalah astro tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kak tak ada astro ni...

      kurang perbelanjaan, kurang waktu dengan hiburan...paling penting dah berjaya terminate astro

      Delete
  10. ooo boleh try ni..

    selamat hari raya..tengs sudi singgah blog kite :)

    ReplyDelete
  11. wow boleh prebiu plak skarang eh.. tapi CT da berjaya terminate astro dengan jayaaanya !!

    ReplyDelete
  12. eh, cam best je dapat tonton free... boleh cuba ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  13. Ok jue cuba.. tp hat step 2 & 3 tak berapa nak clear.. seryau plak, hhahahs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut step kedua tu...bila keluar untuk pilih superpack....tekan lebih dahulu butang hijau...

      Delete
  14. Tak berbayar ke..haha..takut lak nak cuba..kang..hujung bulan..mengembang pula bil..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tak bayar...dah cuba 3 kali lain pakej

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. betul ke tiada caj yang dikenakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tiada caj yang dikenakan...asalkan ikut turutan yang betul...

      walaubagaimanapun astro seakan telah mengubah sedikit. Saya akan update sikit masa lagi

      Delete
  17. Sy pengguna tegar ..sempat try semua pakej...tggu 6 bulan sy buat lagi...lepas habis semua pakej trus x boleh buka channel 200...tye customer servis nak repair kena bayar..ciss..astro2...mjur xda saingan..kalau ade dah lama aku buang jauh2

    ReplyDelete
  18. kenapa dia lambat balas mesej?

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih