Na Na Na Na Ganu Kiter Eee

Terengganu 2016

Terengganu kelantan merupakan antara negeri pilihan destinasi percutian yang selalu menjadi tumpuan pada cuti sekolah. Antara makanan yang terkenal di Terengganu adalah keropok lekor, nasi dagang, nasi kerapu dan juga ketupat Sotong (jarang nampak dijual). Mungkin juga terkenal dengan kain dan tudung serta batik. Terengganu juga terdapat Pulau yang cantik dan sungai serta air terjun yang menarik untuk dikunjungi. 

Kuala Terengganu, balik kampung,
Balik kampung - Kuala Terengganu 

Haaaa... Intro panjang tapi sebenarnya nak maklumkan yang aRz dan keluarga berada di Kuala Terengganu sehingga 1hb Jun. Pulang kerana majlis Tahlil yang bakal diadakan pada malam ini khas buat Ibu Mertua dan sekalian arwah.

Mungkin sekiranya ada rakan-rakan yang mengenali berada sekitar Kuala Terengganu boleh maklumkan mungkin dapat berjumpa sambil makan keropok lekor Hehe. 

Titiwangsa-Jeli

Bagaimana Ke Kelantan Terengganu dari Penang?

Perjalananan dari Penang ke Kuala Terengganu kebiasaan melalui Kulim-Baling-Gerik-Kelantan-Terengganu. Perjalanan melalui Gerik (Grik) pada waktu malam. Yang pertamanya banyak Lori besar dan bas melalui laluan ini. Kedua pada waktu malam memang terdapat banyak haiwan liar berkeliaran pada waktu malam seperti gajah dan babi hutan. 

Melalui pengalaman sendiri sekiranya melalui kawasan ini antara perkara yang biasa di amalkan adalah membaca doa, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, sekiranya mengantuk atau keadaan berkabus tebal berhenti rehat dan tidak memotong ketika selekoh. 

Sungai Kelantan kering, tanah merah Kelantan,
Sungai Kelantan 

Ketika sampai di Jeli diperlihatkan pemandangan cantik berkabus dan kemudiannya terlibat sungai sekitar tanah merah agak kering dari biasa. Mungkin akibat kesan dari El-Nino baru baru ini. 

Syukur dipermudahkan perjalanan selama lebih dari 8jam. Perjalanan di Kelantan pun lancar tanpa kesesakan. 

Sampai saja di Kuala Terengganu sat. Kemudian keluar mencuba Cendol Champion yang dihidang bersama buah pisang. Terdapat juga dihidangkan bersama durian, Mangga dan Macam-macam lagi. 

Ada masa aRz kongsi menu yang ada di Cendol Champion ini.
Insyaallah boleh baca disini >> Chendol Champion <<<<

Cendol Champion, cendol Pisang, cendol sedap Kuala Terengganu, cendol hipster Kuala Terengganu,
Cendol Champion Pisang

Kalau ada yang berada sekitar Kuala Terengganu jangan lupa hubungi aRz mungkin boleh jumpa sembang-sembang :)

Macam biasa bila sampai ke sini nak juga cuba makanan yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Kalau rajin dan berkesempatan aRz kongsikan di Blog.

Jumpa Lagi. 

Comments

  1. duk Kuala ganu mana tu ? kite balik kuala ganu mggu depan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dengan area Unisza...ejoy area mana?

      Delete
  2. singgah

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. adoii cendol tu, mencengkam sanubari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jom cendol...ala dah puasa hehe

      Delete
  4. waa i bet memang meletihkan sangat drive for 8 hours plus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih juga...walaupun tak terasa tapi kalau dah sampai nak lelapkan mata pun tak boleh sebab terlalu letih agaknya

      Delete
  5. Lame doh dok balik ganung, last balik bln 12 thn lps, tapi in shaa Allah, raya ni nok balik gok.
    Kami biasa blk lalu ikut lpt je.

    ReplyDelete
  6. Lame doh dok balik ganung, last balik bln 12 thn lps, tapi in shaa Allah, raya ni nok balik gok.
    Kami biasa blk lalu ikut lpt je.

    ReplyDelete
  7. Lame doh dok balik ganung, last balik bln 12 thn lps, tapi in shaa Allah, raya ni nok balik gok.
    Kami biasa blk lalu ikut lpt je.

    ReplyDelete
  8. best nyer ga nu! tak pernah sampai sana tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kesempatan datanglah cuti-cuti ke pantai timur...

      cuma kalau dari KL kos sikit sebab nak bayar tol lagi...

      Delete
  9. Kakak baru balik dari sana tau
    Betul di Ganu banyak makanan yg sedap-sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kongsikan juga makanan yang sedap di blog kak zakie ya

      Delete
  10. Wah! Sedap tu balik kg isteri kan? Negeri comel buadaya menarik! BTW, teruskan mengomen di blog AK krna 5 pengomen teratas pada 1 Ramadhan bakal menerima kad raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaalah saya cuba mengomen sebaiknya

      Delete
  11. Dah lama tak kunjungi Terengganu. Beberapa tahun dulu ada pergi ke Tanjung Jara, amat seronok bercuti di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanjung jara di dungun ka? aRz sendiri pun belum sampai...mungkin lalu saja

      Delete
  12. Syoknya pi Terengganu, rasa mcm nak pi lagi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cuti sekolah memang ramai ke pantai timur...

      Delete
  13. Cendol Champion Pisang.. 1st time dengaq..

    ReplyDelete
  14. wah lik kampung... lama nya tak pergi sana.. sedangkan bru je lik dr Perhentian ahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ke perhentian...last ke sana tahun 2008 agaknya

      Delete
  15. Mudah-mudahan majlis keluarga berjalan lancar.
    Cendol tu sungguh menggoda!

    ReplyDelete
  16. Rindu dengan keropok lekor teganu.. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok terengganu dan akok memang lain...kalau di negeri lain memang tak sama...

      Delete
  17. Dah penat drive, syoknya dapat makan cendol tu. Menggoda sungguh dengan pisang, tambah durian lagi ke, peh. Dahsyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...memang sedap dan menggoda haha.....dah balik penang pun duk teringat lagi

      Delete
  18. amboihhh.... tak call kite pun nak datang... heg he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe nizam sombong dengan kita.....takmau jumpa...heheheh

      Delete
  19. untunglah isteri org Ganu..raya tahun ni balik Ganu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya tahun ni..masih rahsia...tengok instagram nanti

      Delete
  20. kak ana pernah sampai Ganu satu masa dahulu, sepupu kawin org sana, memang fall in love sangat dengan negeri Trengganu ni, pantainya, Islamiknya negeri ni, masjid banyak dan cantik2 semuanya, makanan dan paling best shopping kat pasar payang tu.. in shaa allah satu hari nanti ingin sangat kembali ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang pergi terengganu mesti shopping di pasar payang kan....

      Delete
  21. ye dulu stahun skali at least mesti akan ke trengganu.. Mak n ayah suka sangat ganu.. skarang tataula macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kami ni dah setahun berkali kali ke sana

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih