Cerai Lampin (Potty Train) Mudah atau Susah??

Didik Anak Cerai Lampin ( Potty Train ) Mudah Atau Susah?

Cerai Lampin, bebas lampin atau Potty Train mungkin antara istilah yang biasa kita gunakan untuk mendidik anak kecil supaya membuang air kecil atau air besar di tandas. Suka atau tidak ibubapa pasti menghadapi pengalaman ini dan ini merupakan fasa yang agak mencabar. Terdapat banyak tips untuk mengajar anak kita supaya cerai lampin atau bebas lampin. Bagaimana mendidik anak bebas lampin (potty train) ??

tips didik anak cerai lampin, tips berkesan bebas lampin, bagaimana cara ajar anak bebas lampin, how to potty train, tips to potty train your child, bebas lampin pakai buang, cara cerai lampin berkesan, parenting tips, ibubapa, ajar anak ke tandas,
Potty Train | Cerai Lampin Bebas Lampin | credit

Sudahkah Anak Kecil Anda Bersedia?

Sebelum aRz memuatnaik entri ini aRz juga membaca beberapa pengalaman dan tips ibubapa yang berkongsi bagaimana melatih atau mendidik anak-anak bebas lampin. Begitu juga nasihat dari orang-orang yang lebih dahulu berjaya melatih anak-anak bebas lampin atau potty train. Kebiasaannya ibubapa mula mengajar anak-anak supaya bebas lampin bermula dari umur 2 tahun hingga 4 tahun dan mungkin juga ada yang lewat sehingga 5 tahun. 2 tahun adalah umur dimana anak kecil sudah mula pandai bercakap dan memahami apa yang didengarnya. Inilah masa dimana anak kecil kita bersedia untuk dilatih. Tetapi belum pasti mereka bersedia.

Penggunaan lampin pakai buang sebenarnya tidak baik untuk anak-anak kita. Terutama pada anak kecil yang mempunyai kulit sensitif. Bila sudah mencapai usia ini pastinya anak kecil ini akan menunjukkan rasa tidak selesa pada penggunaan lampin pakai buang. Jadi cerai lampin atau bebas lampin ini adalah jawapannya.

Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja cerita pasal cerai lampin atau potty train ini? Sebenarnya Cik Puteri sudah pun memasuki umur 3 tahun 5 bulan dan sedang dalam proses cerai lampin. Alhamdulillah sudah seminggu walaupun terdapat sekali dua kes bocor. Itu perkara biasa sepertimana semua ibubapa merasai fasa anak kecil sedang belajar berjalan. Sudah pasti terdapat sekali dua mereka jatuh bukan? Jadi kenapa tidak mengambil pengajaran dari fasa lepas untuk fasa berikutnya?

Cik puteri, Tips bebas lampin, Tips cerai lampin, potty train, pengalaman didik anak bebas lampin,
Cik Puteri 3 tahun 5bulan

Cik Puteri juga pernah dilatih dan dididik sebelum ini untuk cerai lampin. 2 kali percubaan pada bulan yang berlainan. Kedua percubaan tersebut gagal. Kenapa gagal?? Adakah kesilapan ketika mendidik anak cerai lampin?? atau si kecil belum bersedia.

Kalau ikutkan pada masa itu aRz dan Isteri agak stress dan buntu itu belum termasuk letih mop dan sebagainya. Akhirnya kami mengambil keputusan dan berkata Cik Puteri masih belum bersedia. Fasa ini memerlukan ibubapa juga dalam keadaan bersedia. Sudahkah anda bersedia???

Peranan Ibubapa Dalam Mendidik Anak Bebas Lampin

Ibubapa merupakan pendidik awal dan pertama dalam kehidupan anak-anak. Dalam proses bebas lampin ini sudah tentu ibubapa memainkan peranan penting. Sudahkah ibubapa bersedia? Bersedia untuk membersihkan ketika si kecil gagal ketika proses pembelajaran? Persediaan dari segi mental dan fizikal. Ada juga beberapa pendapat mengatakan anak kecil akan susah untuk belajar bebas lampin atau potty train jika masih terdapat stok lampin pakai buang di rumah. Benarkah?

bebas lampin, cerai lampin, tips dan pengalaman melatih anak bebas lampin pakai buang, potty train, bila waktu sesuai latih anak bebas lampin, diapers free
Cik Puteri dan Drypers

aRz juga bersetuju dengan pendapat mengatakan sekiranya stok lampin pakai buang ini masih ada dirumah semakin susah untuk mendidik si kecil cerai lampin. Ini kerana sekiranya anak kecil kita gagal dan ibubapa mula letih untuk membersihkan air kencing maka lampin pakai buang akan kembali menjadi pilihan. Ini menunjukkan ibubapa mula merasa kecewa. Perasaan kecewa perlu dibuang jauh-jauh. Mungkin ini juga kesilapan aRz dan isteri ketika percubaan pertama dan kedua. 

Selain daripada itu, perasaan kecewa setiap kali gagal ibubapa juga perlu mengelakkan dari menghukum anak-anak yang gagal dalam proses cerai lampin. Hukuman yang diberikan mungkin bakal meninggalkan kesan lain pula pada anak kecil anda. 

Ada juga pendapat mengatakan 'training pants' juga merupakan antara sebab mengapa anak anda masih tidak mampu bebas lampin. Training pants juga membuatkan anak-anak ini berasa keliru. Walaubagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'training pants' ini membantu. 

Untuk Cik Puteri, aRz tidak menggunakan training pants ketika proses pembelajaran bebas lampin ini. Jadi bagaimana pula ?? Adakah tips untuk melatih anak cerai lampin dengan mudah?? Teruskan membaca.

Tips dan Pengalaman Mendidik Anak Cerai Lampin/Bebas Lampin (Potty Train)

aRz ingin kongsikan sedikit tips dan pengalaman ketika mendidik Cik Puteri bebas lampin. Tips mudah???tiada jalan mudah sebenarnya. Semuanya ditempuhi dengan tenang dan sabar. Kegagalan 2 percubaan sebelum ini banyak membantu kejayaan hari ini. Belajar dari kesilapan. Antara tips dan pengalaman yang aRz dapati adalah :

  1. Berdoa - Jangan Berhenti Berdoa. Ianya bermula ketika pulang ke kampung baru-baru ini terdapat majlis solat hajat dan doa selamat. Ketika ini mula aRz terfikir mungkin ini kesilapan pertama. Maka ketika solat hajat aRz berdoa semoga dipermudahkan urusan kali ini. Kepada Allah aku bertawakal dan memohon pertolongan.
  2. Masa Yang Sesuai - Pertama tunggu masa yang sesuai. Pengalaman Cik Puteri, dia mula merasa tidak selesa dengan lampin pakai buang dimana merasa gatal-gatal. Keduanya, Ibubapa perlu melatih atau mendidik ketika hari cuti dan fokus kepadanya sahaja. Untuk pertama kali mungkin perlu bertanya atau mengajak ke tandas setiap 5 minit. Sanggup?? Kemudian setiap 15 minit dan berikutnya setiap setengah jam atau sejam. Disini mental dan fizikal perlu kuat. Sabar memang banyak karenah anak kecil ini. Belajar untuk tersenyum dengan karenah mereka. Untuk pertama kali anak kecil mungkin tidak akan memberitahu keinginan membuang air kecil. Ibubapa perlu bertanya
  3. Memberi Dorongan atau Ganjaran - Cik Puteri sudah mula menunjukkan keinginan ke sekolah. Jadi aRz gunakan sentiasa memberi motivasi seperti " kalau nak ke sekolah, tak boleh pakai pampers dah...nak kencing kena bagitau" dan juga ganjaran seperti "jom ke tandas petang nanti kita tengok kucing" tetapi perlu lihat keinginan anak anda. Cik Puteri memang sukakan kucing.
  4. Jangan Takut Gagal - Semua orang belajar berjalan baru berlari. Ketika dalam proses pembelajaran sudah pasti semua ada pengalaman jatuh ketika belajar berjalan. Jadi kalau anak anda gagal, jangan sesekali cepat rasa kecewa. Teruskan bercakap secara baik dan beri motivasi buat anak kecil ini. Mereka memerlukan sokongan anda.
  5. Mengikut Peringkat - Macam aRz kongsikan diatas, perlu ada peringkat demi peringkat. Contohnya diajak ke tandas setiap beberapa minit, kemudian setengah jam dan sebagainya. Begitu juga mulakan ketika berada dirumah terlebih dahulu, kemudian ketika keluar berjalan-jalan dan berikutnya pada waktu malam. Tak usah terburu-buru, tetapi mestilah berterusan.

Mungkin ini dahulu tips dan pengalaman yang dapat aRz kongsikan. aRz yakin ibubapa diluar sana juga mempunyai pengalaman yang lebih banyak dari aRz yang baru sahaja beberapa tahun melangkah ke alam ibubapa ini. Sekiranya sudi tinggalkan pengalaman, pandangan atau cadangan di ruangan komen. Mungkin dapat membantu para ibu dan bapa yang sedang mendidik anak kecil mereka bebas lampin pakai buang.

Mohon doakan juga untuk Cik Puteri mampu untuk bebas lampin sepenuhnya. Doa dari semua amat aRz hargai dan dahulukan dengan ucapan terima kasih semoga dipermudahkan segala urusan anda juga.

Baca juga : Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Untuk Bayi Anda
                  Tips Menjaga Hati Pengasuh Bayi dan Cara Hargai Mereka

Sampai disini dahulu...

aRzMoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
Hubungi melalui :
azrilmohdhaniffa@gmail.com
Facebook : arzmoha Twitter : @arzmoha Instagram : @arzmoha google+ : +aRz MoHa 

Comments

  1. Kakak rasa sudah sampai masanya pun Cik Puteri bercerai lampin. Apa lagi petah bercakap mudah nak di minta utk inform bila ada rasa nak membuang. Tak pun kita yg kena kerap bertanya. Nanti lama-lama akan biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun petah bercakap..dia masih belum menunjukkan tanda-tanda nak tandas dengan sendirinya. aRz masih perlu bertanya dan bertanya kak

      Delete
  2. Pndpt kak ummul kte kena cuba bertahan dlm seminggu Scara konsisten...setiap 2jam ajak ke toilet untuk membiasakan diri anak.mmg agak meletihkan.bocor tu pasti akn berlaku..mmg xboleh dielakkan.yg penting ibubapa kena sedia hadapi tekanan mengajar ank cerai lampin.sentiasa ingtkan anak slalu.iti tips yg dpt kak umul kongsikan melalui pengalaman melatig 2 ank cerai lampin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi kongsi tips kak ummul.

      betul memang tekanan. setakat ini masih lagi konsisten. cuma beberapa kali gagal di rumah pengasuh...di rumah masih belum pernah bocor

      Delete
  3. Pengalaman sy Alhamdulillah ssgt, mmg dipermudahkan.. Anak sy bln depan masuk 3thn, langsung dah x pakai diaper :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..hebat...ada tak tipsnya?

      Delete
  4. saya berjaya dgn 3 anak dgn HASIL BANTUAN TASKA diaorg yg ajar kami sambung ajar di rumah je...serius cakap mereka berjaya kerana taska dia orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. taska membantu ya...sangat mudah. mungkin dengan orang luar mereka lebih mudah untuk belajar

      Delete
  5. Anak saya sendiri dua orang, yang kakak kami latih ketika genap 3 tahun selama 3 bulan berterusan barulah tak kencing malam. Adiknya kami latih ketika berusia 5 tahun, sekarang hampir 6 bulan masih lagi kencing malam cuma agak jarang. Panduannya agak mudah, biarkan tanpa pampes dan gunakan serangan psikologi, ejek kalau kencing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih berkongsi pengalaman SP.

      serangan psikologi kekadang berhasil

      Delete
  6. tips yang berguna bro. moga bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Akak kita kiranya ibu yang bernasib baik jugalah. Proses anak-anak cerai lampin tak susah mana. Yang pertama dulu umur 3 tahun dah tak berdiaper kerana dia montel, saiz diapers yang ada di pasaran tak cukup sesuai untuknya. Makanya kami cerai lampin ajelah senang. Yang kedua ni pulak pada umur tiga tahun lebih (4 sebenarnya kalau ikut tahun, anak akak ni lahir akhir tahun). Kali pertama tu selang sejam ajak dia pergi ke bilik air tapi sampai 4,5 kali buat dia tetap juga tak mahu kencing katanya. Terbabas pun dua kali aje dalam masa seminggu pertama tu. Alhamdulillah, dah lepas fasa anak-anak bercerai lampin ni. Memang banyak leganya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. akak dah lepas fasa ini. saya sedang menanti proses sepenuhnya bebas lampin ini.

      sama juga saya sedang lakukan seperti yang akak katakan diatas setiap setengah jam atau sejam kena bawa ke tandas. keadaan semakin positif...

      Delete
  8. macam mak sedara kite pakaikan lampin kat anak dia time nk tidur je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk permulaan cik puteri masih lagi pakai lampin waktu tidur...
      bila agaknya dia akan berjaya sepenuhnya kan?

      Delete
  9. bagi jue susah nau.. hahah walau pun jue kat umah skrg asyik ada yang fail if budak tak nak cakap.. dah kencing baru cakap.. memang haru.. huwaaa bila nak putus ntah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk percubaan pertama dan kedua, CIk puteri pun fail. sebabnya dia tak bagitau...percubaan ketiga kena sentiasa tanya pada dia

      Delete
  10. go2 Arz... semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  11. akak skrg ni tgh train anak dara akak x pki lampin.... alhamdulillah boleh jer anak ikut... tapiiiii kena berulang ke toilet selang 10 minit la.... huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap 10 minit...agak memenatkan juga kan. tapi demi anak-anak ibubapa sanggup buat apa saja kan kak?

      Delete
  12. now dh success, cuma tidur mlm masih lagi pakai. sbb mak malas nk bangun tgh mlm kejut anak kencing. kofkofkof

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Pelan-pelan nanti dia sendiri nak ke toilet

      Delete
  13. nice sharing bro.. Mmg patut dibaca oleh ibu bapa kat luar sana.. Ingat juga dulu time sepupu minta tlong kakak saya untuk pisahkan dgn dia daripada lampin ni.. Memang first time tu fail, alhamdulillah lastly berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gagal sekali bukan gagal selamanya kan

      Delete
  14. Cerai lampin n cerai susu.. memang fasa yang susah.. tapi mudah kalau kena cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul khamsi kena pada cara jadi mudah.

      Delete
  15. Nice sharing aRz, sesuatu yang sangat berguna

    ReplyDelete
  16. nak kena balik tnya mama husna cmno dya ajaq kitaorg dulu.. boleh praktik utk anak sdiri.. hehhee..

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Saya berkongsi untuk semua dan untuk motivasi diri sendiri

      Delete
  18. saya pun tengah mengajar anak kedua ni untuk cerai lampin..bila dh kencing dalam seluar 2 kali baru dia cakap. Lastly dia yang cakap nak pakai pampers la ibu nanti adik kencing atas lantai..

    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe macam macam ragam anak kecil. Apapun kena terus beri dorongan. Untuk mereka terus berjaya

      Delete
  19. chayok chayok Cik Puteri.. say no to Pampers.. :)

    ReplyDelete
  20. xde anak lagi..hihik..tp nak kumpul2 ilmu tu dah boleh dah...thanks for your golden tip

    ReplyDelete
  21. semoga arz dan isteri berjaya pisahkan cik puteri dengan lampin nya ^_^

    ReplyDelete
  22. memang susah jugalah sebab kena selalu tengok jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian kan?

      Delete
  23. lagi susah kalau kita terlupa ... kena cuci lantailah jawabnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah musim panas sekarang ni...cuci lantai sampai peluh peluh....

      Delete
  24. anak2 kak zi cukup 4 tahun semua dah tak pakai pampers kecuali yg kecil ni advance sikit 3 tahun setengah dah tak nak pampers. Sebulan dua awal penat jugaklah sebb kekadang dia terlepas tanpa sengaja...hehe

    ReplyDelete
  25. haiii dah lama tak tukaq lampin anak.. hahaha

    ReplyDelete
  26. mummy dulu semua pas kat cikgu tadika.. dia yg volunteer nak buat.. selamat mummy..heheh

    ReplyDelete
  27. potty train ni kena banyaq sabaq.. kalo dak mau angin atas kapla..hehe

    ReplyDelete
  28. alolo dah besaq dah cik puteri.. erm kak ana tak ingat dah arz nak kongsi pengalaman pun tapi kes 'terbabas' tu biasalah lupa lah tuu ingat kan masih dalam pampers hihi..:) salah satu tips yang kak ana ingat kita kalau berjalan misalnya dalam kereta atau shoping kan selalulah bertanya sama ada nak pupu atau cici kat anak2 ni hiihii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar jalan belum praktik lagi...insyaallah minggu ke hadapan

      Delete
  29. Kena usahakan juga agar dia dapat berdikari hehehe..semoga berjaya arz

    ReplyDelete
  30. Susah... seriously...

    Dan beegantung pd anak juga... ada yg cepat ada yg dah 6 tahjn still nk pakai pampers sebab katanya "kite kan kecik lagi"...

    Adoiii

    ReplyDelete
  31. ehehe penah dlu ajar anak buah tak pakai lampin.. 'nak kencing cakap tau..' memang dia cakap tapi kat mana dia berdiri kat situlaaa dia shishi.. jenuh jenuh nak bersihkan =D

    ReplyDelete
  32. kalu tanya sy mmg laa x de pengalaman tp bla tgk adik sy dulu, setiap minit dia pasti akn tanya ank dia, amar, nk kencing ke???

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih