Bebelan Hati #3 | Waktu Tidur Bujang VS Kahwin

Waktu Tidur | Bujang Vs Kahwin

Manusia memang tidak boleh lari dari rasa mengantuk yang mana memerlukan kita untuk tidur. Setiap orang ada waktu tidur yang berbeza samada bujang atau pun telah berkahwin. aRz yakin setiap orang ada pengalaman atau kenangan waktu tidur yang berbeza-beza. Jadi hari ini nak cerita tentang waktu tidur aRz masa bujang dan sekarang dah berkahwin dan juga sudah bergelar bapa.

Waktu Tidur | Cik Puteri dah letih nak tidur

Waktu Tidur Bujang

Waktu bujang ni aRz fokus pada waktu selepas awal bekerja. Masa mula bekerja dalam bidang yang aRz kurang minat dan bidang ni aRz benci masa belajar bab ni. Dah nama rezeki, yang dibenci kena menghadap hari-hari. Jadi macam biasa, bangun pagi ke tempat kerja...tengahari balik rumah tidur...masuk kerja semula. Balik dari kerja sambung tidur lagi (amaran : tidur di waktu petang tidak baik untuk kesihatan). Disebelah malam kurang mengantuk layan Xbox sampai beberapa pagi tidur semula....dan berulang-ulang dari hari ke hari. (berapa kali tidur sehari?)

Kalau hari sabtu dan ahad jangan cakaplah...ini semua gara-gara Arwah mak tegur banyak sangat waktu keluar dengan kawan-kawan. Terus jadi macam anak dara, setiap masa ada dalam bilik. Mungkin arwah mak pun tak tahan melihat gelagat anak bongsu dia ni yang lebih banyak tidur lalu bersuara lagi

"awat mak tengok anak mak macam takdak kawan? tak teringin ka keluar dengan kawan-kawan macam orang lain"

Dalam hati "aik....bukan ka mak suruh duduk rumah, jangan banyak melilau" Bila mak kita suruh kita berubah, takkan nak melawan. Jadinya aRz mula keluar dengan kawan-kawan lepak di kedai mamak dan sebagainya...Gaya hidup macam ni berlarutan sebulan dua sampai kakak dan abang aRz mula tegur pada arwah mak susah nak jumpa anak bongsu mak. Mana taknya balik kerja sambung keluar lepak sampai 2 3 pagi baru balik, esoknya bekerja...muahaha....

"pi mana sampai 2 3 pagi baru balik, tak reti duduk rumah ka?" pulak dah....

Kesimpulannya waktu bujang fuh memang waktu tidur lebih banyak dari berjaga. Sampaikan ke kenduri adik beradik pun tak hadir semata-mata nak tidur. Mudah kata 24 jam tidur....

Nak kejutkan bangun? Perghhh teramat susah. 

Waktu Tidur Selepas Berkahwin Bergelar Bapa

Bila fikir waktu bujang fuhh nikmatnya tidur....katil double tidur sorang-sorang. 4 bantal sorang-sorang tidur. Bila dah berkahwin kena berkongsi katil. Mula mungkin la rasa lain. Lama kelamaan kembali selesa. Sebelum ada anak waktu tidur macam orang lain juga normal. Tapi yang mencabar adalah selepas bergelar bapa.

Waktu bujang bukan main susah orang nak kejutkan supaya bangun. Tapi bila dah ada anak dah bergelar bapa, anak baru bergerak sikit, menangis sikit dah terjaga. Apatah lagi bila satu katil dikongsi tiga (3) kalau terlalu bergerak risau terkena bayi yang masih kecil.

Paling mencabar bila Cik Puteri lebih kurang 6 bulan, menangis tak mahu tidur dari 9 malam sampai 4 pagi. Bukan sakit perut bukan masalah apa, dia nak kita sembang dengan dia. Bila sembang dia diam...owh tidakkkkk masa tu waktu paling mengantuk. Esoknya aRz terjaga jam 10 pagi....terpaksalah cuti.

Bila Cik Puteri semakin membesar, inilah waktu paling kurang aRz tidur. Terutamanya sekarang, baru nak lelap mata, Cik Puteri ajak bermain, ajak menyanyi, macam-macam lagi. Waktu tidur selepas bergelar bapa memang teramat kurang, adakalanya hanya 4 jam atau 2 jam. 

Menjadi ibu dan bapa itu mudah? Waktu tidur kena dikorbankan. Senyum...

Hargai Setiap Detik Dalam Hidup dan Hadapi Dengan Senyuman

Kesimpulannya waktu tidur masa bujang teramat banyak dan nikmat berbanding waktu tidur selepas berkahwin dan bergelar bapa. Ini bukan rungutan tapi sekadar berkongsi khasnya pada yang belum berkahwin. Ada yang tertanya-tanya bila aku nak berkahwin sedang jodoh belum sampai. Ada pula yang dah berkahwin berkata indahnya waktu bujang. Tak kira apa jua waktu kita sekarang ini gunakan sebaiknya, hadapi dan hargai setiap detik yang kita lalui. 

Kalau belum ada jodoh buatlah sesuatu yang begitu berharga untuk diri seperti bercuti atau mengembara melihat alam yang terpampang luas, kejar cita-cita dan impian atau paling tidakpun tidur sepuas-puasnya. Jangan merungut dan teruskan berdoa.

Yang dah berkahwin, kalau waktu tidur semakin kurang hadapi sebaiknya. Yang penting bila bangun dari tidur ada orang tersayang tersenyum disisi anda. Hargai sebaiknya....Apa yang Allah takdirkan sebenarnya adalah yang terbaik untuk diri kita.

Jumpa Lagi

Comments

  1. hehehehe..mmg akan berubah pun..bila ada ank, lebih bertanggungjawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab buatkan kurangnya tidur kan?

      Delete
  2. kalau takleh tido jugak... masuk la blog.. boom... erkkk

    ReplyDelete
  3. Waktu bujang, sepanjang Ramadhan, tak pernah bangun sahur, padahal arwah mak yang masak, puas kejutkan anak bongsunya..

    Bila dah punyai family, jam 3 pagi dah tercegat kat dapur dok fikir menu bersahur.


    Nampak itu, ia amat berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulan, hargai waktu bujang anda, pesanan buat adik2 bujang diluar sana.

      Delete
    2. Umi alya anak bongsu ka?
      Betul kan... Masa bujang punya susah nak bangun tidur dah kawin sendiri terjaga

      Delete
    3. Betul masa bujang buat apa yang rasa nak buat dan belum tercapai

      Delete
  4. saya memang tak faham nape orang complain anak dara tak elok bangun lewat..time anak dara lah nak tidur sesuka hati, dah ada anak, ada suami tak boleh dah..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Betul juga kan. Tapi bangun awal ada banyak kelebihan antaranya awet muda :)

      Delete
  5. arwah Mak risau, arz duduk rumah je, nanti tak jumpa bakal suri..hehe

    ReplyDelete
  6. he he he..bila dah jadi mak-mak lagilah rasa macam tak cukup tidur je. tapi alhamdulillah anak-anak2 semua behave je malam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak yang tak ada masalah tidur malam memang satu nikmat

      Delete
  7. itulah jadi isteri dan ibu ni sampai tak cukup masa nak tidur. jadi belum kawin tu tidur boleh tapi berpada2 sebab kena juga tolong ringankan kerja mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe aa lupa nak cakap anak dara tak boleh tido lama-lama. Anak bujang takpa hehe

      Delete
  8. selagi anak kecik selagi tu lah tidur ku terganggu sepenuhnya...
    huuaaaaaaaa!!!

    -mrspuex-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah ini adalah perkara yang normal bagi ibu bapa yang ada anak kecil

      Delete
  9. Memang berbeza sungguh waktu tidur bujang dan dah jadi mak ayah ni kan? Sangat mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya apatah lagi tanggungjawab dan amanah yang dipikul

      Delete

  10. masa bujang, nak tido dalam kereta pun takde hal. kalau pergi rumah kawan, tido celah2 kerusi pun takde hal.

    bila dah kahwin, asik tengok jam je kekdahnya sbb dah ada yang menanti ye tak

    ReplyDelete
  11. Memang tak ikut time dah tidur kalau ada anak kecik... tapi tu semua sekejap je.. nanti anak2 dah 5/6 tahun ke atas, tidur mak ayah pun jadi normal blk... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak dah besar kembali normal ya kak?

      Delete
  12. Bila dah berkahwin komitmen pun makin bertambah...lumrah

    ReplyDelete
  13. Ha ha..tu baru anak sorang..bayangkan kalau anak tiga orang nanti ekekekeke

    ReplyDelete
  14. nak tido puas puas la lepas ni..tak mau tido lewat g haha (kononnya) :D

    ReplyDelete
  15. tetiba terasa rindu lak time bujang :)

    ReplyDelete
  16. suka baca entri arz yg nie , hehehe . akan Yana hargai etiap detik waktu tidur semasa waktu bujang nie ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah hargai waktu tidur saja...waktu lain pun sama k

      Delete
  17. tidur masa bujang memang berbeza kerana kita boleh tidur sesuka hati..

    tidur masa dah kahwin ada orang yang perlu kita awasi iaitu anak dan isteri..takut-takut tak de kat sebelah he..he..he..

    ReplyDelete
  18. Masa tidur totally berubah lepas dapat anak pertama....sampai sekarang selagi ada si kecil...alhamdulillah ....

    ReplyDelete
  19. Masa tidur sama je sampai sekarang...awal subuh dah bangun...paling lambat pukul 10 hari biasa kena tidur..kalau tak memang lemah je seharian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kak boleh disiplin. Lepas kawin biasa jadi orang terakhir tido melainkan tak sihat

      Delete
  20. Lepas kahwin, segala macam berubah. Waktu tidur toksah cakap la. kena curi masa cover tidur balik. hehehe.... Pengalaman memang mendewasakan kita

    ReplyDelete
  21. Izin berkunjung dan nyimak langsung artikelnya ya gan? :)

    ReplyDelete
  22. Samalah dgn anak bujang mak Arz....mlmnkerjanya main game nabti siang tido sampai tghari pas tu sambung main game lagi...lastnya mak yg sakit hati nengoknya....

    Nak kawenkan cepat ar biar dia berubah hihi...

    ReplyDelete
  23. Terharu banget lihat isi postingan di atas sob :(

    ReplyDelete
  24. memang berbeza sangat tidur masa bujang dengan dah kahwin

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete
  25. time bujang bole tido 8 jam... dah kawin tido 5 jam pun belum tentu...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Banyak komitmen dan tanggungjawab

      Delete
  26. betui ka arz moha lagu tu?

    ReplyDelete
  27. Ada cara untuk dapatkan tidur yang berkualiti walaupun sekejap

    ReplyDelete
  28. mummy selalu tertido petang.. tertidoooo ye.. especially bila banyak keje luar. dok dok tgk tv je..eh dah tertido.. hehehe :P tak disengajakan takpe kan..hehhe :P

    ReplyDelete
  29. Waktu bujang hidup asyik pikir keje keje keje.. dah kawin asyik pikir anak anak anak anak... memang rutin tido mummy tak pernah betui pun.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada kenangan waktu bujang yang tersendiri. Waktu tidur kena jaga juga mummy

      Delete
  30. mummy ni susah tido sbb suka suka hadap lappy dan baca buku.. tu kalo dah start memang berjaga sampai pagi la jawabnya.. esknya hantaq hero2 g school lambat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... Kena karang surat tak esoknya

      Delete
  31. Nikmati waktu tidur bujang sepuas-puasnya.

    ReplyDelete
  32. Teringat tido zaman bujang yer. Subuh ntah kemana. Dah berkahwin nih banyak dah berubah. Insaf sudah. Jadi clock utk anak2 bangun pagi. Bila ayahnya kejut,semua gerenti bangun. Mana taknya bergegar pintu bilik kalau ayahnya yang ketuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu berubah telah mengubah segalanya

      Delete
  33. saya masa Adam baby kecik je tak cukup tido..skang dah setahun 7 bulan ni cam ok dah..nyenyak je tido..hehe

    ReplyDelete
  34. time single best kot.. takyah pkir orang lain.. ngeh3..
    kalo da jadi mak ayah kena pikir hasben n wife masing.. pastu kena kejar anak2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih