Cik Puteri dan Kucing

Didik Anak Sayangi Haiwan Sejak Dari Kecil

Mendidik anak antara tugas dan tanggungjawab ibubapa. Sejak dari kecil kita boleh tanamkan dalam diri anak-anak supaya sayangi haiwan terutama kucing. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Waktu anak masih kecil adalah waktu paling mudah dan paling banyak untuk kita luangkan masa bersama. Inilah antara aktiviti petang yang dapat dimanfaatkan bersama cahaya mata pertama yang semakin membesar.

didik anak sayangi haiwan kucing, tips luang waktu bersama anak, aktiviti bersama anak-anak di waktu petang, peranan ibubapa sebagai pendidik,
Cik Puteri | Senyum lebar melihat kucing makan

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Peribahasa ini sejak dahulu lagi diulang-ulang mengingati kita golongan muda atau golongan yang baru dalam menjalani asam garam kehidupan. Ianya untuk memberitahu kepada kita bahawa "mendidik anak biarlah sejak dari kecil". Dalam kesibukan sebagai ibubapa mencari rezeki tetapi kita jangan lupa untuk luang masa bersama anak-anak. Masa yang diluangkan itu pula adalah satu peluang untuk kita mendidik. 

Macam aRz katakan di atas, waktu anak masih kecil adalah waktu yang paling mudah dan banyak untuk kita luangkan masa bersama. Beberapa bacaan dari buku dan juga pesanan dari golongan terdahulu pun berkata perkara yang sama. Termasuk cium anak ketika waktu ini. Sejak dari Cik Puteri kecil memang aRz agak kerap ciumnya. Ok dah lari tajuk......krik krik krik....

Jom sambung semula

kucing, cik puteri dan kucing, didik anak sayangi haiwan, tips ajar anak suka kucing,
Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W

Jika tidak ada aktiviti lain di petang hari, kebiasaannya aRz akan membawa Cik Puteri meronda sekitar kawasan rumah kebetulan Jeti Nelayan pula bersebelahan rumah ja pun. Di kawasan ini memang terdapat banyak kucing yang tidak bertuan. Sebelum ini kami berdua hanya memerhati saja kumpulan kucing ni. Sekadar tengok dari jauh sebab Cik Puteri suka tengok haiwan samada kucing, burung ( ini ja haiwan yang mudah dijumpai di tengah kawasan bandar). Tapi kucing yang tidak bertuan adakala susah untuk didekati. Bila sampai dekat saja, lari habis kucing ni huhuhu.....

Minggu lepas, balik dari ambil Cik Puteri di rumah pengasuh...singgah rumah sat ambil makanan kucing yang dibeli bulan lepas, langsung tak kurang ( macam mana nak kurang kalau di rumah tak ada kucing). Bila beli makanan kucing, tak nampak kelibat kucing di rumah ni...bila tak ada makanan untuk kucing...banyak pula kucing bermain-main kat depan rumah...Terus bawa Cik Puteri ke kawasan Jeti Nelayan...

Bila sampai...seekor kucing pun tak ada...pelik....panggil punya panggil tak nampak pun....mula dapat idea dengan goncang bekas makanan yang berisi makanan kucing...seekor demi seekor keluar....

tips didik anak sayangi kucing, kucing, gambar kucing makan, tips luang masa bersama anak-anak di waktu cuti,
Makan sambil berhati-hati

Kucing kat sini semuanya bagai berhati-hati...kalau gerak sikit dia lari. Macam tak biasa langsung dengan manusia. Orang yang paling excited saat ini adalah Cik Puteri, terduduk dan diam ja tengok kucing-kucing ni makan. Sengaja aRz letakkan makanan dekat sekeliling Cik Puteri.

aktiviti bersama anak-anak diwaktu petang, tips mendidik anak sayangi kucing,
Belakang Cik Puteri pun ada beberapa ekor

Sambil dia khusyuk layan tengok kucing-kucing makan, aRz suruh Cik Puteri sendiri ambilkan dan letak makanan kucing ala-ala friskies ni. Sambil-sambil tu cakap pada Cik Puteri "kesian kucing lapar, nanati kita bagi kucing makan lagi ok?" Cik Puteri angguk tanda setuju. 

tips ajar anak suka kucing, anak dan kucing, kids and cats, didik anak sayangi haiwan,
Cik Puteri dan kucing

Bila tengok gambar di atas ni, teringat masa aRz kecil memang selalu bermain dengan kucing. Tidur sekatil, main peluk-peluk....cuma bila kucing yang aRz bela dari kecil mati..aRz tak bela lagi sehingga hari ini. Tetapi bila dah ada anak, tak mahu anak menjadi takut dengan kucing atau haiwan lain. 

Aktiviti macam ni rasanya semua orang mampu lakukan, tak perlu keluar modal yang banyak, tak perlu bersesak-sesak di atas jalanraya sambil tu boleh didik anak sayang pada haiwan seperti kucing serta mengajar untuk memberi sejak dari kecil.

Rugilah kalau waktu petang yang terluang kita sia-siakan untuk bersama anak-anak untuk aktiviti yang mudah. Boleh juga dipenuhi dengan aktiviti lain seperti beriadah di taman dan sebagainya.

Setakat ini dahulu. 

Jumpa Lagi.

ARZMOHA
lifestyle.parenting.photography.
azrilmohdhaniffa@gmail.com

Comments

  1. Princess pon suka kucing. lagi suka tarik ekor kucing. adoii lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah....sama macam cik puteri masa kecil

      Delete
  2. Kasih dan sayang memang kena pupuk dari kecil.
    Apa lagi anak sekecil cik puteri ini dia melihat apa yg ada di depan matanya. Mama/papa adalah idola terdekat. Kalau dah papa sediakan makanan kucing itu yg lahirnya rasa kasih Cik Puteri dgn kucing.

    #kakaktakutkucing walaupun selalu bagi makan kucing:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah mudah-mudahan...kak zakie takut kucing ka?

      Delete
  3. eh2 comelnya cik puteri dgn kucing2. klu zya nmpak kucing dah siap bersila atas kerusi..hihihi

    ReplyDelete
  4. kite pun mesti tidur ngn kucing..memang tak lengkap rasanya klu x peluk kucing dalam sehari..hihi

    ReplyDelete
  5. Satu je masalah dengan kucing kalau dapat yang suka berak dan kencing merata-rata, fuh sangat 'menyegarkan' rumah..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing yang dibela kena ajar supaya berak dan kencing di luar rumah...

      Delete
  6. Wah, Cik Puteri suka kucing yer. Bagus didik dari kecil moga dah besar tahu sayangi haiwan dan seksa haiwan...

    ReplyDelete
  7. Asyik lupa nak beli makanan kucing..
    Dekat rumah bukan tak nak bagi kucing2 yang datang makan, nanti naik lemak sebab kucing2 tu bertuan.. huhuhu..cuma ada seekor je yang saya bagi dia makan walau bukan hari2 dan kucing tu lah satu2nya yang mendengar kata. Nak bela tak boleh sebab tak bersedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh kucing bertuan hehehe... Kadang-kadang kucing jiran ni selamba ja masuk rumah orang lain kan?

      Delete
  8. Alhamdulillah, pendidikan secara terus ke arah menyemai jiwa penuh kasih sayang dan ehsan.. teruskan arz.. lawanya rambut cik puteri,ikal sungguh.. :)

    ReplyDelete
  9. agak2 macam mana nak jar ank2 sayangkan kucing maknya pun takutt sangat..-__-

    ReplyDelete
  10. Bagusnya Cik Puteri, peliharalah seekor aRz kat umah..

    ReplyDelete
  11. Salam , bagus sangat Arz, cik puteri tak takut kucing, saya ni memang dah dewasa baru tak takut

    ReplyDelete
  12. good!!! ajari anak sayangi kucing...tp jgn ajar anak sayangi lipas tau heee

    ReplyDelete
  13. Bagus amalkan sikap kasih sayang kepada haiwan ni, anak MV pun diajar supaya jangan berkasar dengan haiwan sebab mereka juga hamba Allah yang patut disayangi

    ReplyDelete
  14. Anak2 harus dididik dengan rasa kaSIH SAYANG TERHADAP MAKHLUK LAIN..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih