Juara Pencetus Ummah 2015

Juara Pencetus Ummah 2015

Pencetus Ummah merupakan sebuah program realiti Islamik di Astro Oasis. Semalam merupakan Mimbar Terakhir untuk musim ini. Semalam ada masa terluang untuk mengikuti rancangan ini sehingga habis. Mimbar terakhir kali ini hanya tinggal empat PU sahaja iaitu PU Syed, PU Amin, PU Taha dan PU Zaid. Juara bagi musim ini jatuh kepada PU Syed Tahniah diucapkan yang merupakan seorang Guru J-Qaf.

PU Syed Juara pencetus Ummah 2015,
Juara Pencetus Ummah 2015
PU Taha tempat kedua pencetus ummah 2015,
Tempat Kedua Pencetus Ummah 2015
tempat ketiga pencetus ummah 2015, PU zaid tempat ketigapencetus ummah 2015,
Tempat Ketiga Pencetus Ummah 2015

PU amin, Kisah Ayah PU Amin, Tempat Keempat pencetus ummah 2015,
Tempat Keempat Pencetus Ummah 2015

Hebatnya Ayah PU Amin

Masing-masing mempunyai kisah tersendiri cuma yang menarik perhatian aRz, sebagai Parenting Blog semestinya kepada Ayah PU Amin. Walaupun kekurangan dari segi penglihatan tetapi berjaya mendidik anak menjadi insan yang berguna. Sejak akhir ini pun kita dapat lihat, segelintir bapa-bapa yang diberi segala nikmat bukan saja dari segi deria tetapi diberi kekayaan, kesihataan dan ilmu sekalipun masih gagal dalam membentuk dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya. Mudah-mudahan kisah ayah PU Amin ini dijadikan contoh buat kita semua. 

Adakalanya kita menjadi lupa saat dikurniakan kesihatan yang baik, ilmu yang banyak dan kekayaan. Lupa pada siapa? Lupa pada Maha Pencipta. Kita lupa amanah sebagai seorang ibu dan bapa yang menggalas tanggungjawab untuk mendidik anak-anak supaya mengenali Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Akhirnya anak-anak jauh dari landasan sebenar. Kisah ayah PU Amin juga sebagai satu kisah yang perlu dijadikan pengajaran terutama buat penulis blog ini juga akan amanah yang sedang digalas sebagai seorang Abah.

Setakat ini dahulu, TAHNIAH buat semua Pencetus Ummah semoga dapat terus menyebarkan ilmu mendidik masyarakat. Insyaallah

Jumpa Lagi

Salam Jumaat.

Comments

  1. Tahniah buat semua pemenang. Tapi saya sebenarnya tak mengikuti siaran ni..:(

    ReplyDelete
  2. Malam ni final.... all the best tuk semua... akak pun suka PU amin...

    ReplyDelete
  3. Tahniah utk PU Syed...malam tadi mmg sangat mendebarkan sape yg menang...sebab semuanya sangat terbaik persembahan dan ulasan mereka

    ReplyDelete
  4. saya peminat program PU ini. Sanggup bersengkang mata tgok sampai abis. Tdo lewat. Tp x apa, pagi Jumaat boleh ganti tdo.

    ReplyDelete
  5. Salam arz. kita pun kena jadi ayah yg hebat insyaAllah. Tahniah PU Syed.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada semua PU anda terbaik

    ReplyDelete
  7. Tak dapat tengok sebab tak ada astro... apa pun tahniah buat pemenang ^-^

    ReplyDelete
  8. tak ada astro la kat rumah ... tak dapat nak tengok

    ReplyDelete
  9. tak ada astro la kat rumah ... tak dapat nak tengok

    ReplyDelete
  10. tahniah buat semua PU ... tahniah juga buat ibu ayah PU, bukan senang nak didik anak kan

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada semua yang berjaya, Moga lepas ni boleh beri lebih banyak input yg bermanfaat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  12. mmg da agk da dr awal PU syed akan mng

    ReplyDelete
  13. Ruginya akak tak tengok, maklumlah masa ni berada diluar daerah.

    Apa2pun tahniah buat semua

    ReplyDelete
  14. bagus rancangan macam ni.. mudah2an lagi ramai orang muda nak jadi pendakwah macam ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih