10 Plaza Tol laksana Tol Elektronik Tahun Hadapan

10 Plaza Tol Laksana Tol Elektronik Tahun Hadapan

Plaza tol di Malaysia sedang melalui fasa baru dimana beberapa plaza tol sedang di laksanakan tol elektronik seperti yang telah dijalankan di Jambatan Pulau Pinang seperti entri aRz sebelum ini - Tol Elektronik Sepenuhnya Jambatan Pulau Pinang.

10 lagi tol elektronik berkuatkuasa tahun depan, 13 januari tol elektronik di kuatkuasa,
kredit kepada Astro Awani

Kali ini menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLDM) Datuk Ir Ismail Salleh 10 lagi tol akan dikuatkuasakan sebagai tol elektronik sepenuhnya pada 13 Januari 2016. 

Antara 3 tol tersebut terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) iaitu Plaza Tol Salak Selatan, Plaza Tol Putrajaya, dan Plaza Tol Seri Kembangan. 2 plaza tol lagi terletak di Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) iaitu Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian. 

5 lagi plaza tol terlibat adalah Plaza tol yang terletak di dalam Lebuhraya Baru Pantai (NPE) iaitu Plaza Tol PJS2, Plaza Tol PJS5, Plaza Tol Pantai Dalam serta Plaza Tol Batu 9 dan Plaza Tol Batu 11 di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga). info dari astroawani

Kepada pengguna jalan raya yang melalui Plaza tol yang disebutkan diatas adalah sebaiknya mendapatkan Kad 'Touch n Go' atau kad PLUSMILES serta Smart Tag bagi menghadapai kesulitan dimasa hadapan. Begitu juga kepada mereka yang akan bercuti dan melalui lebuhraya ini dapat bersedia sedia menghadapi tol elektronik sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuhraya yang terlibat.

Diantara 10 tol ini ada juga salah satunya antara plaza tol yang aRz selalu gunakan untuk ke Seri Kembangan dan juga Putrajaya. Jadi selepas ini mungkin perlu bersiap sedia untuk isi penuh kad 'touch n go' sebelum memulakan perjalanan selepas ini.

Biasanya yang selalu gunakan tol ini mungkin sudah memiliki kad 'touch n go Plusmiles atau Smart Tag. Cumanya bagi yang jarang menggunakan tol ini akan menghadapi kesulitan sekiranya tidak membuat persiapan.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Tol-tol yg akak biasa lalu tak terlibat. Tapi akak memang ada touch n go :)

    ReplyDelete
  2. alamak!!!! belum ada kad Touch n Go tu..nampak nya perlu dapatkan sekeping lah pasni

    ReplyDelete
  3. boleh je pakai tol elektronik ni tp kena ada improvement laa.... ni x kdg kala lane kt tol ni lg pnjg dr lane biasa

    ReplyDelete
  4. Nampaknya banyak plaza toll yang dah pakai fully elektronik, Ada bagus ada tak, Kalau jem lane TNG pun x guna jugak

    ReplyDelete
  5. Susahnya bagi kami yang JARANG2 guna tol, memang xder kad touch n go

    ReplyDelete
  6. erm positifnya lancarlah trafik negatifnya pula satu beban pula kena top up TnG setiap bulan sebagai komitmen tambahan :(

    ReplyDelete
  7. harap dapat lancarkan traffic la dengan perubahan ni.. eletronik means guna touch n go dengan smart tag la kan..

    ReplyDelete
  8. hopefully tak que panjang pas ni kan ... takut sama ajer macam sebelumnya :)

    ReplyDelete
  9. Bagus juga buat pembayaran Tol fully electronic macam ni. Yang tak bagusnya, setiap kali nak reload kena charge perkhidmatan. Tambah lagi charge GST. Jahat ! Wuwuwuwuw. Tapi tak tahulah kalau kedai yang selalu Sha pergi tu je yang charge gitu, kedai lain tak.

    ReplyDelete
  10. sy sokong tp perkhidmatan harus menjadi lebih baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih