Photography | Refleksi ( Reflection )

Photography | Refleksi ( reflection )

Refleksi atau di dalam english dipanggil reflection. Refleksi antara salah satu teknik dalam fotografi untuk menghasilkan gambar cantik. Untuk menghasilkan gambar cantik tidak semestinya dengan menggunakan kamera mahal. Apa yang paling penting adalah ilmu dan usaha yang berterusan.

refleksi taman tasik taiping, gambar cantik, refleksi, reflection, gambar menarik di taman tasik taiping,
aRzMoHa | Taman Tasik Taiping, Perak
Refleksi terhasil dari bayangan yang dipantulkan dari cermin atau air dan sebagainya. Tetapi tidak semua keadaan kita mampu hasilkan refleksi. Ia bergantung pada keadaan dan waktu. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh di lihat jika kita membuat carian di google. Cuma hari ini aRz nak kongsi sikit mengenai refleksi yang pernah aRz hasilkan.

Semua orang mampu menghasilkan teknik ini. Anda hanya perlu mencari tempat seperti kolam, bangunan tinggi yang mempunyai cermin, lopak air dan sebagainya.

Ambil Gambar Secara Kreatif

Untuk membezakan gambar anda dengan gambar orang lain adalah kreatif. Masukkan sedikit elemen kreatif ia pastinya mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik. Seperti gambar diatas, aRz terbalikkan gambar sebenar ke bawah, dan bayang di sebelah bawah untuk menghasilkan refleksi yang lebih menarik.

taman tasik taiping, gambar cantik, gambar di taman tasik taiping, gambar pemandangan di taman tasik taiping,
aRzMoHa | Taman Tasik Taiping
Gambar diatas juga boleh dikatakan refleksi tetapi tidaklah begitu menarik seperti gambar diatas. "aRt of Seeing" adalah satu teknik yang mampu membuatkan seseorang itu mampu menghasilkan gambar yang lebih baik. Agak susah untuk di miliki atau diaplikasikan tetapi boleh dipelajari.


reflection, creative reflection, refleksi kreatif, ambil gambar secara kreatif, tips photography,
aRzMoHa | Reflection
Mungkin juga boleh menjadikan kacamata rakan anda sebagai alat untuk menghasilkan refleksi. Walaubagaimanapun teknik ini memerlukan "try and error" banyakkan mencuba. 

Jangan merasa cepat putus asa sekiranya gambar yang diambil tidak berhasil dengan baik. Sebaliknya anda juga boleh melihat hasil dari jurufoto yang lain atau rakan yang meminati bidang ini dan jadikan sebagai satu idea untuk lebih kreatif.

Jika ingin menjadikan gambar yang lebih menarik anda menambah sedikit sentuhan "editing" untuk menaikkan warna gambar agar kelihatan lebih menarik. Kebiasaan jurufoto atau peminat fotofrafi menggunakan perisian Photoshop dan Lightroom.

Selamat mencuba.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 7 Sep 2015, 17:07:00
Gambar pertama tu memang sangat cantik. Subhaanallah..
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 7 Sep 2015, 22:32:00
mmg cun kan.. kena ambik pic dri kekretiviti tsendiri
anajingga anajingga 7 Sep 2015, 23:17:00
wah cantiknya aRz ambil gambar-gambar tuu..teruskanlah minat dalam fotografi ni.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 8 Sep 2015, 00:32:00
wow tudiaa tudia.. tips mengambil gambar =)
Etuza Etuza Etuza Etuza 8 Sep 2015, 00:51:00
Sangat lawa, keindahan semulajadi bahasa alam yang cukup luar biasa..tahnia ya
Hajar Shikin Hajar Shikin 8 Sep 2015, 01:46:00
Baru perasan gambar first tu diterbalikkan. Cantik sangat
cikpinz cikpinz 8 Sep 2015, 08:56:00
Perlu kreatif dan banyak berlatih
husna zahidi husna zahidi 8 Sep 2015, 15:13:00
cantik reflection kat atas cermin mata tu.. warna yg terhasil buat dya lg menarik..:D

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih