#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya

#Cabaran20hari Gambar dan Ucapan Raya

Gambar dan ucapan raya. Ini adalah entri cabaran paling best. Mana tidaknya gambar dan ucapan raya memang menjadi kebiasaan dipagi raya semua orang akan update. Tetapi kali ini lebih awal. Jadi gambar dan ucapan raya aRz juga tidak ketinggalan terutama buat pembaca setia blog ini, rakan blogger, rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari masa ke semasa. Tidak lupa buat sifu blogger dan semua.

Gambar Raya

Setiap tahun pasti ada gambar raya. Jadi aRz ada beberapa keping untuk dikongsikan bersama. Ini juga adalah untuk memberikan motivasi kepada semua agar menghargai masa dan waktu bersama keluarga. Waktu akan terus berjalan meninggalkan kita tetapi gambar akan menyingkap memori dari zaman ke zaman. Rakam. Cetak dan Simpan.

gambar raya, gambar cantik ketika raya, raya, selamat hari raya, poster salam aidilfitri,
Salam Aidilfitri : Raya Sebelum Kehadiran Cik Puteri

Gambar raya diatas sebelum kehadiran Cik Puteri. Ini juga gambar raya pertama sebagai suami isteri. Memang lain raya sebelum kahwin dan selepas kahwin. Yang dah kahwin pasti merasainya, yang belum bersabar akan merasainya juga.

Salam Aidilfitri, ucapan selamat hari raya, selamat hari raya, poster hari raya, arzmohadotcom,
Salam Aidilfitri : Raya keseorangan menunggu kehadiran Cik Puteri

Gambar raya diatas adalah ketika ini menunggu hari Cik Puteri dilahirkan. Ketika ini puan isteri masih ditahan di wad. (Insyaallah ada masa aRz cerita sepenuhnya, belum ada masa sesuai untuk cerita panjang lebar.) Di dalam gambar atas itu bukan Cik Puteri tetapi sepupu Cik Puteri. 

Untuk gambar Raya selepas kehadiran Cik Puteri 2013 tidak jumpa pula letak dimana. grrrrr.... Untuk Gambar raya 2014 boleh KLIK SINI.

Insyaallah untuk tahun ini. Pagi Raya aRz update samada di blog atau insta.

Jadi jom follow 
FB Page : arzmohadotcom
IG : @arzmoha

Ucapan Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua yang mengenali diri ini yang tidak lari dari membuat kesilapan serta masih banyak kelemahan di dalam berblogging dan juga berkawan. aRz MoHa juga memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Semoga Hari Raya kali ini membawa seribu makna buat kita setelah kita melalui Ramadhan yang penuh barakah dan semoga memperoleh kebaikan sepanjang tahun.

Jumpa Lagi.



Comments

  1. hahaha..Arz memang suka pakai baju Melayu Johor ek?

    ReplyDelete
  2. Raya dengan cik puteri yang semakin banyak keletah... Best kann

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat arz sekeluarga

    ReplyDelete
  4. lawa isteri abg Arz. tapi abg Arz macam kureng sikit #merajukpunyapasal. abe we lagi kacak. eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat gak tu haha Amy.. :)

      Delete
    2. gelak-gelak...saya memang suka makan orang yang suka gelak #buatserius

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Arz....

    errr...kt Jelutong ke tu?

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat Arz dan keluarga. Moga Syawal tahun ini penuh keceriaan dan lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  7. salam aidil fitri buat adinda aRz Moha dan isteri yang manis jelita serta anakanda Cik Puteri Ayu.. Maaf zahir dan Batin dari kak ana sekiranya pernah mengguris rasa. :)

    ReplyDelete
  8. inshaAllah akan tiba masanya nak rasa perbezaan mcm tu..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya buat arZ sekeluarga...dah terima lum kad raya dari sis JM...dh lama hantar

    ReplyDelete
  10. manisnya isteri arz...hahaha..skodeng blog tgk wife arz...hihihihi

    ReplyDelete
  11. ooowah kira Cik Puteri lahir time nak rayalah eh ? hehehe..
    comel sngt nanti citer tau..

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya arz.. tak sabar nak tau story seterusnya..

    ReplyDelete
  13. cik puteri lahir bulan syawal la

    ReplyDelete
  14. comey sangat sepupu Cik Puteri tu..

    ReplyDelete
  15. Assalam arz,
    kenangan kan3
    raya seorang, berdua & bertiga gitew :)

    ReplyDelete
  16. Pic nampak nice.... menarik sekali...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih