Review Nota Purba | Gambar Penulis Nota Purba Tersebar

Misteri Penulis Nota Purba 

Salam. Nota. Setiap dari kita pasti tidak akan terlepas dari membuat atau menerima nota. Paling tidak nota ringkas. Dalam kehidupan seringkali kita berjumpa bermacam jenis nota. Macam aRz, Nota yang paling mendebarkan adalah terbaca nota ringkas dari bos "Jumpa saya jam 9 pagi" bila pandang jam tangan yang berjenama Q&Q tepat jam 10 pagi. Phewww tiba-tiba berpeluh dibuatnya. Rasa macam penuh misteri apa yang bos nak katakan? kenapa jam 9 pagi? kan?

Itu Nota dari seorang bos yang kita kenali. Walaupun baru kenal 24 jam sekurang-kurangnya kita tahu macammana wajah bos kita. Tetapi bagaimana pula kalau terbaca nota dari seorang yang tidak dikenali dan misteri?

Misteri penulis Nota Purba, blog nota purba,
Nota purba penuh rahsia penuh persoalan


Misteri penulis Nota Purba akhirnya yang memerangkap aRz untuk membaca hasil penulisan yang yang begitu begitu kreatif adakala menarik aRz untuk membaca sehinga dibawah paras sedar. Seakan terpukau. Pernah jumpa penulisan sebegini?

Penulis Nota Purba ini sudah lama bergiat dalam menghasilkan penulisan yang kreatif, santai dan pastinya mampu merosakkan urat perut seperti yang aRz katakan tadi di bawah paras sedar. Lebih kurang 4 hingga 5 tahun sebenarnya dia bergiat aktif menghasilkan penulisan sebegini. Ramai yang tercari-cari siapa penulisnya, bagaimana wajahnya? Ingin juga aRz kongsikan terlebih dahulu serba sedikit mengenainya. Tak Kenal Maka Tak Cinta kan?

Siapa Penulis Nota Purba

Penulis Nota Purba atau boleh dikenali sebagai Fendi Rocka. Sempat juga aRz berhubung dan bertanya kenapa nama Fendi Rocka, minat rock? jawapannya Yahoo yang cadangkan ketika hendak mendaftar email Yahoo, Fendi Kacak sudah pun digunakan. Rocka bunyinya macam kental dan membawa perspektif supaya dia tidak rapuh dengan ombak mendatang. 

Terlibat dalam penulisan di blog hampir 4-5 tahun, Kenapa mesti Nota Purba? jawapannya dia seringkali menulis di telefon terlebih dahulu, dan lama kelamaan terbiar, jadi dari situ datangnya idea Nota Purba.

Penulis Nota Purba sudah pasti bukan seorang yang suka pada gossip liar atau artis tetapi lebih suka bercerita kepada apa yang berlaku sendiri di dalam kehidupan seharian. Pada mula aRz cuma pandang sebelah mata apa sangat blog yang langsung tiada gambar. Rupanya FendiRocka merupakan seorang yang berseni, dan sangat teliti dalam penghasilan sebuah cerita pasti memukau anda supaya tidak jemu membacanya. Penulisannya berjaya memukau aRz menanti hari demi hari bila akan tibanya cerita baru.

Bercita-cita untuk menghasilkan buku atau buku yangmampu mengalirkan air mata seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai novel. Tetapi hasratnya dimulakan dengan penulisan di blog terlebih dahulu. Bagi anda yang masih tertanya-tanya bagaimana penulisannya dan dimana boleh membacanya aRz akan beritahu, teruskan membaca.

psstt : Fendi Rocka tak minat Nora Danish

Gambar Penulis Nota Purba

Masa yang dinantikan telahpun tiba. Akhirnya tersebar juga siapa penulis blog Nota Purba yang sangat misteri ini. Baru rasa macam sedikit puas bila dapat mengenali wajah penulis ini atau FendiRocka. Sebelum ini langsung tiada gambar wajahnya di blog dan semestinya menimbulkan rasa misteri. Apapun satu perubahan telah dilakukan dan FendiRocka tidak lagi menyembunyikan wajah sebenarnya.

Nota Purba, Fendi Rocka, arzmoha, review nota purba, gambar nota purba, gambar fendi rocka,
Fendi Rocka penulis Nota Purba

Sudah naluri manusia bila ingin mengenali seseorang pastinya soalan menguji minda ini terkeluar "Yang mana satu Fendi Rocka? Ada gambar dia tak?". Sudah kebiasaan. Bagi aRz bila sudah mengenali wajahnya baru rasa seakan lebih selesa bila membaca hampir setiap satu penulisannya. Beliau juga seorang yang sangat mesra dan pastinya suka bergurau senda.

Jika anda ingin mengenali lebih dekat, ingin membaca penulisan yang menguji minda dan kreatif boleh mengikutinya di

Blog - Nota Purba

Instagram - @fndrocka 

Sampai disini saja perkongsian aRz kali ini. Jom alami sendiri apa yang aRz katakan di awal entri ini. Harapan aRz supaya anda juga dapat sama-sama merasai sebuah penulisan yang lain dari lain. Hasil dari jiwa seorang yang meminati seni, kreatif dan sudah pun menonton Pilot Cafe secara tidak sengaja.

Jumpa Lagi.





Comments

  1. tersebar & jadi viral hari ni hehe

    ReplyDelete
  2. adakah Nota purba akan bertukar jadi nota moden bila dah viral? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bakal bertukar kena tanya sama tuan blog

      Delete
  3. memang suka baca blog Fendi Rocka ni.sempoi je cara dia menulis..

    ReplyDelete
  4. nampaknya ramai yg buat review..mesti menarik blog NP ni..

    ReplyDelete
  5. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  6. bagus arz! lain dr yg lain entry arz ni!!
    kk eny paling suka penulisan FR.. tak payah letak gambar dan tak payah tulis gossip atau isu semasa.. penulisan dr hati dia yg sometimes kelakar dan sometims menyentuh jiwa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple tapi kreatif dan ada maksud setiap entrynya

      Delete
  7. Replies
    1. emma diana jangan lupa berkenalan dengan blogger kreatif ini

      Delete
  8. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu juga dipanggil Nota Purba ya aim

      Delete
  9. Nota Purba yang penuh misteri. Selepas ini mungkin bertukar nota moden :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nota yang membuatkan kita berfikir di luar kotak

      Delete
  10. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  11. bolehlah dikatakan Arzmoha memahami cerita di sebalik saya dan nota,thumbs up.

    ReplyDelete
  12. Fuhh review menarik la arz ..suka baca hehehe..fr mmg terbaik

    ReplyDelete
  13. terbaikk abg arz review awesome.. nota purba penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  14. mula-mula suka penulisan aRz...
    sekarang suka Nota Purba...

    sorry aRz... lepas ni kalau akak tak singgah sini, harap faham...
    cari akak kat Nota Purba




    *hashtag : cemburu aRz buat review best.. lain dari yg lain.. baca tajuk pun dah best.. mencikkk....!!*

    ReplyDelete
  15. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  16. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  17. tak pernah pergi blog nota purba. sekarang juga pergi serang. hehe

    ReplyDelete
  18. mmg wajib singgah baca entry blog Nota Purba

    ReplyDelete
  19. Segala persoalan akan terjawab di nota purba

    ReplyDelete
  20. akhirnye tiada lagi rasia siapa FR.. hihi

    ReplyDelete
  21. akhirnye tiada lagi rasia siapa FR.. hihi

    ReplyDelete
  22. Bestnya bila org tertanya tanya pasal kita.....
    Tak pernah lagi singgah bog dia...

    ReplyDelete
  23. xpernah tahu lak
    .nnt leh p jenguk

    ReplyDelete
  24. terbaik EFG....misteri yang terungkai sedikit demi sedikit..nampak macam biasa,tapi ianya amat luar biasa..

    ReplyDelete
  25. scary tengok gambar first tu. hahahaha. FR memang sangat misteri. ayat dia banyak kelakar pun ada

    ReplyDelete
  26. tkr jd nota moden la plak ;-)

    ReplyDelete
  27. dah terjah selepas ramai geng EFG buat review

    ReplyDelete
  28. nota purba dulu kala yg akan tergelak jika dibaca isi kandungannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih