Perkhelahan, Tsunami dan Hari Pekerja

Perkhelahan Bersama Keluarga di Pantai Tsunami


Salam. Bagaimana cuti hari pekerja tempoh hari? Ada aktiviti menarik?
Hari Pekerja 1 Mei tempoh hari aRz luangkan masa untuk bersama keluarga di tepi pantai.Ianya adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh keluarga aRz sejak kami kecil lagi berkelah di tepi pantai. Abah adalah orang yang lebih suka mendidik anaknya menyukai alam semulajadi dari menghabiskan masa di pusat membeli-belah. Jadi setelah ketiadaan abah hampir 17 tahun, kami sekeluarga masih meneruskan aktiviti ini bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan. Setiap keluarga memerlukan hari-hari berkualiti seperti ini. Tapi dimanakah tempat kami meluangkan hari berkualiti bersama pada kali ini.

Untuk pengetahuan anda, tempat yang dituju merupakan tempat yang pernah meragut nyawa pengunjung yang datang ke sini ketika Tsunami 2004 berlaku. Sebelum aRz pergi lebih jauh sedikit perkongsian mengenai Tsunami yang berlaku dahulu.

cik puteri, kids, my daughter, girl, father, abah, my lifestyle, beach, lautan, arzmoha, gambar cantik, pantai miami pulau pinang.
My Daughter and I

Tsunami 2004 di Pantai Miami

Pantai Miami, merupakan antara pantai yang dilanda Tsunami pada tahun 2004 yang telah meragut beberapa nyawa. Sebelum kejadian tsunami dikatakan banyak kumpulan ikan menghampiri pantai. Kini hampir 11 tahun pantai ini mula dikunjungi semula oleh penduduk sekitar mahupun luar negeri. Kejadian Tsunami 2004 juga telah meragut hampir 250,000 nyawa dari 14 buah negara. Semoga kita semua dilindungi dari kejadian bala bencana seperti ini. Ianya juga satu kejadian supaya kita mengerti akan Kebesaran Kekuasaan Allah S.W.T dan kita hanyalah hambaNya. Sepetutnya patuh dan taat pada seluruh perintahNya.

pantai miami, pantai tsunami 2012, arzmoha, gambar cantik, beach, penang, visit penang, malaysia,
pantai Miami, Pulau Pinang

Berkhelah di Pantai Miami, Pulau Pinang

Perkhelahan kami bermula selepas solat jumaat, walapun masa agak singkat tetapi ianya memberi peluang bagi kami sekeluarga meluangkan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bergurau senda. Seronok sebenarnya aktiviti seperti ini. Apa yang lebih penting adalah memberi pendedahan buat Cik Puteri bersama makcik pakcik dan sepupu yang lain serta membiasakan Cik Puteri dengan air laut. Disini akan memberi sedikit pendedahan untuk Cik Puteri supaya lebih berani. 

Untuk pengetahuan anda semua setelah berlakunya kejadian Tsunami tempohari, kerajaan telah mengambil inisiatif membangunkan Menara Pemerhati Pantai ( Baywatch Tower) supaya dapat memberikan amaran lebih awal sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak disangka. Ianya satu inisiatif yang baik perlu dipuji. Bukan saja berkhelah di tepi laut malah kalau di tepi sungai sekalipun perlu berjaga-jaga supaya tidak terleka terutama apabila bawa kanak-kanak.

Menara Pemerhati JPAM, Pantai miami pulau pinang, gambar cantik, arzmoha, photgraphy, lifestyle, visit malaysia,
Miami Beach Baywatch Tower
Kali ini Mama Cik Puteri tidak dapat bersama kerana ada kerja yang perlu diuruskan. Cik Puteri menaiki kereta Mak Long dia dan aRz bersama dengan anak sedara dalam kereta yang lain.

Rasa macam muda #vscocam
Sebenarnya nak cerita sikit keluar dari tajuk ini. hehe. Gambar diatas aRz bersama anak sedara. Untuk pengetahuan anda yang berbaju merah antara anak sedara paling putih semasa kecil. Tapi sekarang dah bertukar kaler. Mungkin sebab banyak bermain panas.

Lokasi Pantai Miami, Pulau Pinang




pantai miami pulau pinang, pantai tsunami, penang, visit malaysia 2015, gambar cantik,
Miami Beach, Penang
Bergambar sekeping


Mendidik Anak Mencintai Alam Semulajadi


Selain meluangkan masa bersama keluarga, eratkan ikatan kekeluargaan, berkhelah di tepi pantai juga mendidik anak supaya mencintai Alam Semulajadi. Masa inilah nak biarkan Cik Puteri berkaki ayam, merasai tanah. Cik Puteri bila ada sepupu atau kawan sebaya mula tak ingat abah dia. Berlari ke sana berlari kesini.

Cik puteri, black and white, photography,pantai miami pulau pinang, arzmoha, gambar cantik,
Black and White : Cik Puteri mula bermain pasir
Black and White : Seronok bermain pasir

Setelah melihat kesungguhan dan ketidaksabaran Cik Puteri, Mak Long cepat-cepat tukarkan baju. Kalau ikut aRz tak mahu tukarkan lagi sebab cuaca masih panas. Kanak-kanak bukan kira panas atau sejuk.

" ala macam masa dia kecik tak main panas " Nah...sebijik kena, Kakak Sulong (Mak Long) menyindir.

"Tukarlah..tukarlah" aRz mengalah jela.

kaki kecil berpasir, cik puteri, arzmoha, malaysia blogger, photography, black and white, gambar cantik,
Black and White : Kaki Cik Puteri dipenuhi pasir pantai.
Cik Puteri agak teruja bermain pasir

Cik Puteri Bersungguh main

Gelagat Cik Puteri bersama bekas mainan

Indahnya dunia kanak-kanak

Gambar diatas : Baru ingat nak rakam gambar Cik Puteri bersungguh main bersama tulisan CIK PUTERI tapi dia bangun terus berlari ikut sepupu yang lain. Biar jela.

Bermain Belon Sabun



Lautan yang mendamaikan

Habis penat main belon, Cik Puteri dan sepupu semua bermain air. Air laut nampak tenang hari ini, jadi biarkan saja Cik Puteri bersama sepupunya. Memang kebiasaan, kalau ada orang lain samada makcik atau sepupu Cik Puteri mula tak nampak abah dia. Mungkin umur sekarang mula ingin berkawan. Jadi biarkan, pada awal aRz pun memilih untuk tidak mandi. Rasa malas mungkin sebab dah lama tak mandi laut. aRz lebih suka air sungai, sejuk dan nyaman.

aRz dan Cik Puteri

Tetapi bila tengok Cik Puteri main di tepi saja rasa kesian pula. Tukar baju terus bawa Cik Puteri ke tengah. Masa ni teringat arwah abah sering dukung anak-anak dia jauh ke dalam, jauh dari pantai dan biar berenang semula ke pantai. Alhamdulillah sempat juga menuntut ilmu berenang dari arwah abah seingat aRz masa tu baru sekolah rendah.

Cik Puteri memang tidak takut air, sebab dari kecik dah biasakan. Walaupun biasa dengan air, Cik Puteri takkan sendiri untuk bermain air, sama juga di rumah takkan sesekali masuk bilik air tanpa Mama atau Abah.
Alhamdulillah. Risau juga jika terlebih berani kan.

Bergambar sebelum balik

Walaupun dalam waktu yang singkat, ia cukup bermakna. aRz lupa nak ambil gambar makanan sebab asyik tengokkan Cik Puteri. Risau juga kalau terjatuh dan sebagainya. 

Nasihat aRz kepada yang ingin berkunjung ke sini untuk berkhelah amat disyorkan. Pantainya bersih. Cumanya tandas dan tempat mandi masih dalam pembinaan. Tandas sementara bagi aRz agak kurang menyenangkan. Jadi mungkin dalam 4-5 bulan lagi tandas tersebut akan siap sepenuhnya.

Kesemua gambar ini aRz rakam menggunakan Smartphone Redmi Note 4G.

Jumpa Lagi.





Comments

  1. bapa saudara lagi putih dari anak saudara :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu semuanya putih mungkin sejak bersekolah banyak main panas...dah macam iklan Qu Puteh

      Delete
    2. tapi nampak cem abang2 je.. mcm x layak je jadi pakcik lagi wakakaka sbb anak2 sdara tu nampak dah dewasa benar..

      Delete
  2. Tsunami tun 2004...dah 11 tahun...rasa seperti masih segar dalam ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih segar dalam ingatan tapi ketika kejadian saya di Shah Alam

      Delete
  3. kiranya semasa kejadian tsunami berlaku tu ArZ belum kahwin kan betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah-entah sekolah lagi kot kak JM..hehe

      Delete
    2. ha'alah Sal...baru habis SPM hehehehe

      Delete
    3. yup masih teruna masa tu :p

      Delete
    4. heheheh.. muda remaja gi time tu.. budak ingusan =P

      Delete
  4. Pantai Miami ni baru buka utk org wawan n pelancong ke..tandam awam dan semua kemudahan awan belum siap...sepatutnya siapkan dulu kemudahan tu baru open for public ke mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai ini dah lama dibuka selepas kejadian tsunami...tetapi kemudahan ini dinaiktaraf supaya lebih selesa, seperti mana tandas di pantai bersebelahan tandasnya sangat bersih

      Delete
  5. pantai Miami...unik namanya...klaau guna Waze jumpa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya jumpa sis JM...tapi tak tahu lah saya jarang guna waze...

      Delete
    2. xyah guna waze Kak JM.. mmg signboard besar tulis pantai miami.. xyah p california sana.. miami kat california ke ? hahaha fail geograpi..

      Delete
  6. bagusnya cik puteri tak takut air..sesetengah budak-budak berdiri kat gigi air tu je dah terjerit-jerit

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dari kecil biasanya dia berendam dalam air

      Delete
  7. miami beach... tak pernah sampai lagi, ok la tu, kiranya tsunami tu memberi hikmah la kan, bak kata orang, dah terhantuk baru nak adoi... kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...tsunami banyak memberikan kesedaran

      Delete
  8. Wahhh bestlah pantai Miami...
    rasa macam ada kat obersea

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak bercuti panjang apalagi bersantai di pantai..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun Sentiasa Panas.. perlukan juga masa untuk berjemur ditengah panas...pergilah bercuti

      Delete
  10. betukar kaler tu x menahan hahaha.. kalo CT plak paling gelap time kecik.. syukur skarang x segelap dlu.. nnt org question betoi ke anak mak ayah..

    Arz p jumaat eh.. CT p ronda naik HOHO hari kames.. time penang cuti tu.. ingtkan timing lebey kurang..

    sukanyaaa Cik Puteri.. time kecik2 pun mak ayah slalu bawak mandi laut.. tp kami slalu p kat area spice garden..

    ReplyDelete
  11. betul.. dlam stiap keluarga perlu ada at least skali sminggu masa berkualiti utk diluangkan bersama.. x kisahlah activity apa janji sama2 ye dak..

    ReplyDelete
  12. tingat few weeks before tsunami.. even duduk sberang dpt rasa gegaran sket.. grill rumah dok bunyi2 berlaga.. tp time tsunami kami ada kat kl.. rumah tok di kepala batas habis trcabut tiles dapur.. retak..

    ReplyDelete
  13. Smartphone Redmi Note 4G. phewww, dasyat moment yang sgt berkualiti untu seisi keluarga

    ReplyDelete
  14. Ala.. kat KL tak de pantai.. rindu nak lepak2 makan angin. hohoho

    ReplyDelete
  15. saya baru balik dari Acheh..
    sangat cokelat air laut di Miami [ beach ] ini !!

    ReplyDelete
  16. Cantik tempat ni.. belum berpeluang sampai lagi. Klu ke penang mmg rugi klu tak bersantai di sini kan. Menarik.. :)

    ReplyDelete
  17. kena refresh br boleh nak komen..huhu..neway pantai bestnya! Miami gitu...

    ReplyDelete
  18. cantiknya pemandangan. terasa lama tak berpicnic dgn family. hehe

    ReplyDelete
  19. wow cantiknya pantai ni. kita slalu picnic pun xdpt nk mndi pantai. huuu sadiss.

    ReplyDelete
  20. betul ka abang arz cerah tu, macam x percaya ja.. hahahahha. selama duk penang dulu, x pernah lak dengar pasal pantai miami. ingatkan dekat manalah... macam syok ja tempat tu.

    bagus la kalau cik Puteri tak takut air. kalau x, susah juga

    ReplyDelete
  21. ni yg rs nk pegi pantai skrg jg!!!

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. cantik juga tapi cantik lagi pantai kuala abang

      Delete
  23. Cantik sgt pic daughter and dad tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih