Blogger : Lets Exchange Feed Blog

| arzmohdhaniffa photography | Jetty Pulau Aman. Kukuhnya Jeti kerana kukuhnya ikatan satu sama lain.

Salam. Exchange Feed Blog. Program hangat yang mampu mempromosikan blog supaya lebih dikenali. Cuba bayangkan jika feed blog anda atau 5 tajuk entri anda terpapar di blog yang mempunyai traffic dan pengunjung yang ramai?.

Sudah tentu sedikit sebanyak blog anda terpromosi dengan sendirinya bukan? Tapi apa kebaikan sebenar Exchange Feed Blog?

Kebaikan Exchange Feed Blog


1. Aktiviti ini membantu sesama blogger untuk lebih bersemangat dalam berblogging dan mengambil peluang ini untuk optimumkan faedah berblogging.

2. Selain itu merapatkan ukhuwah antara blogger. Masalah mengenai blog boleh dibincang dan diselesaikan bersama dan sama-sama berkongsi kebaikan berblogging.

3. Seperti saya katakan di atas, menambah trafik ke blog. Secara tidak langsung menaikkan UV. 

4. Program ini juga wujud terdapat whatsapp group, dimana ahli setiasa mengingati sesama lain supaya sentiasa update blog. Jadi secara tidak langsung blog anda tidak bersawang dan berhantu :)

Program ini sangat menguntungkan buat yang rajin update entri. Tetapi tiada pengunjung dan tiada komen yang ditinggalkan. 

Syarat-syarat Exchange Feed Blog


Seperti biasa, jika anda ke sekolah, IPTA, Opis, atau buat bisnes sendiri pun perlu ada syarat-syaratnya. Begitu juga program ini. Syaratnya mudah.

1. Exchange Feed setiap 3 hari mengikut jadual.
contoh : blog A pasang exchange feed blog B, B pasang C dan C pasang A.
Selepas 3 hari akan bertukar pula. A pasang C, C pasang B dan B pasang C.

2. Masa perlu exchange feed sebelum jam 9 pagi.

3. Ukhuwah blogwalking. Wajib sekurang-kurangnya terjah blog kawan-kawan sehari sekali. (untuk membantu blog sesama ahli)

4. Setiap ahli Exchange Feed perlu terbuka dengan sebarang teguran dan kritikan membina. Secara tidak langsung dapat menyedarkan sesama ahli yang lama tidak update blog.

5. Kedudukan Exchange feed berada di bahagian atas sebelum entry atau sebelah entri. Dimana memaparkan 5 entry terbaru.

6. Tiada paksaan dalam menyertai group ini. Pilihan di tangan anda. Sekiranya tidak mampu memberikan komitment boleh berundur diri. Alang-alang berblogging biar sampai berjaya.

#letsexchangefeed #exchangefeed #feedblog #blog 
#blogger #bloggermalaysia

Jumpa Lagi

Comments

  1. Wahhh... Semoga berjaya semua!

    ReplyDelete
  2. banyak manfaaatnyaaa. nani baru up entri. hehehe ^^

    ReplyDelete
  3. bagus ya info aRz kali ni..tengok nanti ya

    ReplyDelete
  4. Banyak kebaikannya tapi akak tak mampu, maklumlah update blog sesuka hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Umi Alya janji blog Umi update ..teruskan berblogging hehehe

      Delete
  5. Salam ...

    banyak manfaatnya, seperti Umi bunda juga tak mampu...jarang update blog kebelakangan ni...tahniah kepada mereka yang berusaha kearah itu...

    ReplyDelete
  6. idea yg menarik cuma komitment tu blm tentu ada ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika berminat hubungi saya ya. Insyaallah boleh punya

      Delete
  7. Semoga ukhuwah yg terjalin akan berkekalan hendaknya,.

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya untuk semua yang turut serta..:)

    ReplyDelete
  9. berminat masuk bloglist sy?

    ReplyDelete
  10. belum mampu, belum bersedia kerana update blog ikut mood...tak konsisten seperti orang lain huuhhu

    ReplyDelete
  11. abg mmg dh ada dlm bloglist scha. hhehehe.

    ReplyDelete
  12. memang bagus cara ni cuma belum sempat nak turut serta..tq Arz sebab jemput join hari tu..

    ReplyDelete
  13. Memang best dah banyak faedah..cuma takutkan komitmen tu je..insyaAllah bila bersedia nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie dah bersedia nanti just email or whatsapp saja k

      Delete
  14. menarik tu.. tapi saya tidak buka blog setiap hari.. entri blog pun selalu saya buat schedule.. apa-apa pun, all the best untuk semua yang join..

    ReplyDelete
  15. membuka peluang kepada smua blogger..tambah2 dapat mengenali dan mengeratkat silaturrahim..memg terbaik =)

    ReplyDelete
  16. bagus.. tapi tak mampu laa nak bagi komitmen tuh.. banyak komitmen lain menanti..

    ReplyDelete
  17. heheh nak tapi tak ada konsistensi.. nanti buat kawan2 bengang aje.. kejap ada entry kejap x ada T.T
    kita sokong uols2 dari kejauhan ajelah..

    ReplyDelete
  18. Nampak bagus.
    Tapi tak berani bagi komitmen.

    ReplyDelete
  19. nk beristiqamah tu laa yg plg payah.. seminggu 2 entry pun payah da ni ;-)

    ReplyDelete
  20. Menarik ni tapi tak mampu nak ikut. Kadang-kadang sehari tak bukak blog. Takut tak boleh bagi komitmen

    ReplyDelete
  21. Semoga berjaya naikkan pageviews blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih