Pelakon Kanak-kanak Laskar Pelangi Meninggal

google images : Laskar Pelangi

Berita yang mengejutkan Isnin lepas. Baru teringat untuk diceritakan. Laskar Pelangi filem yang di adaptasi dari novel tulis Andrea Hirata

Pernah saya ceritakan mengenai filem Laskar Pelangi di dalam entri ini Filem Sumber Inspirasi Dari Indonesia. Antara watak yang paling terkenal dalam filem ini adalah Ikal, Lintang dan Mahar.
Mahar atau nama sebenarnya Verrys Yamarno 18,ditemui meninggal dunia di dalam bilik sewanya selepas pulang dari kuliah pada jam 2.30 petang.
google images : Lintang, Ikal dan Mahar
Verrys atau Mahar adalah pelajar Fakultas Film dan Televisi, Institut Kesenian Jakarta. Verrys adalah anak belitung. Dimana tempat filem ini dilakonkan. Verrys juga membawa watak Mahar yang mana seorang murid yang daif mencintakan seni dan budaya. Satu babak yang menarik di dalam filem ini yang dibawa oleh Verrys adalah mendendangkan lagu Seroja ketika Ikal ditinggalkan gadis cina A Ling.

Rupanya Ikal dan Mahar belajar di tempat yang sama. Ikal atau nama sebenar Zulfani sangat bersedih dengan pemergian Verrys. Zulfani (ikal) teman serumahnya mengaku meletakkan minyak angin ke tubuh sahabatnya itu pada pagi isnin.

google images : Mahar dan Ikal
Dari gambar ini nampak seakan mereka rakan yang sangat rapat. Rupanya realiti mereka menuntut di tempat yang sama dan tinggal serumah. Walaubagaimanapun pemergian ini sangat menyedihkan zulfani (ikal).

Andrea Hirata penulis novel Laskar Pelangi juga berkata terkejut dan sedih dengan berita kehilangan Verrys.
"Saya bagaikan kehilangan ahli keluarga"
"Verrys seorang anak muda penuh bakat, semua yang berlaku adalah takdir dan kita perlu menerimanya.

info dari www.mstar.com.my dan www.kakigosip.com

 "Kejar pelangimu sampai ke hujung dunia nak"

Itu kata-kata keramat Lintang pada anaknya ketika menerima poskad Paris di dalam filem Laskar Pelangi.

| arzmohdhaniffa photography | Keychain Paris
Tetiba mengingatkan saya akan keychain Paris yang saya terima sebelum ini. Ia mengingatkan saya dengan filem yang saya minat dan tak jemu untuk menonton.

Lagu Ost filem ini yang didendangkan oleh Nidji juga sangat menarik.

Apapun bagi saya kehilangan Verrys sangat mengejutkan. Apatah lagi bagi Zulfani (ikal) yang sama berlakon dan belajar bersama. Janji Allah itu benar " Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Jumpa Lagi


{ 17 comments.. read them below or add one }

Eshamz Halim Eshamz Halim 15 Jan 2015, 07:32:00
Aku tak pernah tonton filemnya tapi rasa sedih lak... pergi ketika usia masih muda... semoga dia tenang disana...
zool zool 15 Jan 2015, 11:32:00
tak tengok cerita ni tapi tuhan lebih menyayangi
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 15 Jan 2015, 12:53:00
SP pun tak pernah tonton filem ni tapi begitulah adatnya. Selalu pelakon muda yang berbakat pergi terlalu awal. Macam ada sindrom pula..huhu
Nani Nani 15 Jan 2015, 13:50:00
saya pun tak lagi tgk filem itu...semoga rohnya di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Anizz Annisa Anizz Annisa 15 Jan 2015, 14:40:00
terkejut dengarnya.. semoga ditempatkan dalam kalangan org2 beriman..
Etuza Etuza Etuza Etuza 15 Jan 2015, 20:55:00
inlilahiwainahirojiun...semoga ditempatkan di sisi orang2 beriman...
Farrah MF Farrah MF 15 Jan 2015, 23:12:00
Nyawa hanya pinjaman. Dia pulang pada pencipta-Nya.
Jari Manis Jari Manis 16 Jan 2015, 12:50:00
Salam Tak ziah..apa punca kematian beliau..tahu tak
luna paris luna paris 18 Jan 2015, 21:57:00
emm... tak pernah tengok filem ni.. tapi pernah dga.. semoga roh beliau dirahmatiNYA..amin..
Cik Pinz Cik Pinz 19 Jan 2015, 11:46:00
suka lakonan bersahaja dia dalam filem ni..
zarul farhana zarul farhana 21 Jan 2015, 09:23:00
xpernah tgk lagi..tapi ada kan lagu laskar pelangi
Faarihin Talip Faarihin Talip 25 Jan 2015, 14:44:00
baru tahu berita ni. Sedih juga bila mendengarnya. Allah lebih sayangkan dia. Beruntungnya pergi dalam usia yang masih muda. Cerita itu memang banyak pengajarannya.
Amanina Mads Amanina Mads 25 Jan 2015, 22:10:00
tak pernah tgk lagi filem ni.. mungkin masa ni masih kanak2 lg kot. al fatihah
Amy J Amy J 4 Feb 2015, 00:15:00
saya pernah dengar pasal laskar pelangi ni tapi x tengok lagi....
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 4 Feb 2015, 00:23:00
lagunya saya familiar..tapi cerita ni tak pernah tgk lagi..innalillah...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih