Aku Benci....

Cik Puteri, almira faqihah, shoes, girl, kids, kaki, foot, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Kasut Cik Puteri 

Salam. Benci Bilang Cinta. Itu tajuk lagu kumpulan Radja.
Bukan nak cerita bab lagu kumpulan radja. BUKAN. Kali ini nak cerita pengalaman sempena tahun ini 2015 sudah selangkah ke alam 3 series. Kalau ikut bulan belum masuk lagi. hehe


Benci. Biasanya ini adalah ungkapan buat mereka yang bercinta. Betul tak? Tapi entri ini bukan nak cerita bab cinta. Benci ini lebih jauh lagi. Pernah tak kita dengar dulu-dulu orang kata "Jangan dok benci sangat nanti yang tu hang cinta sangat"

Saya juga ada terbaca mengenai ayat ini 

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

Terlintas semula di fikiran teringat di zaman persekolahan. Dari sekolah rendah benci sangat subjek Pendidikan Seni. Bila tengok kawan-kawan lukis dengan cantik, terlintas dalam hati ini bukan bidang saya. Benci.

Bila tiba di zaman sekolah menengah, mengadap bab Sejarah, Pendidikan Seni, Akaun dan juga Lukisan Bangunan. Ini subjek paling benci. 

Saya cerita sikit bab sejarah. Waktu subjek Sejarah, mata macam ada gam. Masa di sekolah teknik boleh kata satu kelas tidur, apa lagi bertambah kebencian pada subjek ini. Tapi hairan Cikgu Sejarah langsung tak marah, tiada paksaan katanya. " Saya tak rugi, Yang rugi awak semua" ingat lagi kata-kata Cikgu Sejarah.

Pendidikan Seni. Bila masuk sekolah menengah, dengan kena buat batik. Kena guna kemahiran tangan. Arghh benci.

Akaun. Baru masuk hampir 3 bulan, saya dah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik sebab tak mahu berhadapan dengan subjek akaun.

Bila masuk sekolah teknik, ada subjek Lukisan Kejuruteraan. Subjek ini paling saya minat. Tapi keputusan SPM dapat A2 hanya tidak kuasai bab Lukisan Bangunan. Benci bermula bila cikgu ganti mengajar. Cara pengajaran lain. Benci benci benci. Saya tinggal bab ini. Budjet boleh lulus cemerlang tanpa kuasai bab ini.

Sampai Bila Hendak Benci


Sampai bila nak benci? Kita hanya merancang Allah menentukan. Angkuhnya saya benci apa yang saya rasa tak boleh nak sehaluan. Tetapi Allah Maha Besar.

google images Lukisan Senibina (bangunan)
Lukisan Bangunan. Saya tinggal sebab benci. Hari ini merupakan kerjaya sepenuh masa saya dalam bidang senibina. Yang saya benci itu saya dah sebatikan hampir 10 tahun.

google images - Prinsip perakuanan

Akaun. Subjek yang saya benci yang saya kata matematik pelik itu. Saya dah lalui 2 kertas di IPTA. Saya berjaya lalui walaupun saya benci suatu masa lalu.

gambar cantik, family, potrait, kids, wedding, baby, kids, love,
| arzmohdhaniffa photography | 

Seni. Photography juga antara seni. Yang saya rasa benci sangat dengan seni hari ini saya minat dan menjadi kerjaya part time dan hobi saya. Kerjaya fulltime saya juga antara bidang seni.

Sejarah. Subjek yang dulunya saya benci. Hari ini banyak buku-buku sejarah yang saya baca. Walaupun bukan sejarah Malaysia tetapi sejarah Tamadun Islam. Paling membuatkan saya tersenyum. Saya perlu membaca semula sejarah Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebab perlu berhadapan dengan subjek Malaysia Current Issue. Semoga dipermudahkan.

Semuanya ada hikmah disebaliknya. Boleh jadi apa yang saya benci bukan sebab benci tetapi tidak mahu berusaha. Jadi saya tetap perlu berhadapan dan berusaha bersunguh-sungguh.

Seringkali juga saya dipesan 
" Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya dengan tenang "

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada mereka yang membaca entri ini. Mungkin alami perkara yang sama. Mudah-mudahan menjadi pendorong untuk mereka terus berjaya. Jangan terlalu membenci

Jumpa Lagi.

{ 37 comments.. read them below or add one }

Fadzi Razak Fadzi Razak 12 Jan 2015, 07:38:00
Paling benci addmath. paling suka english. --> masa sekolah dulu huhuhuh
Mek Onie Mek Onie 12 Jan 2015, 07:54:00
onie paling benci modul elektrikal...tapi sekarang keje dalam bidang elektrikal...best dan dah sebati pun dalam diri...rasa syg nak tinggalkan..

hai arz,salam 2015..lama tak kesini... heee
zamizi jusoh zamizi jusoh 12 Jan 2015, 07:59:00
Dulu pokcik benci matematik... benci akaun tapi sekarang tiap-tiap hari kena buat kira-kira, hari-hari dok hadap lembaran buku tunai. Dah masuk puluhan tahun
Jari Manis Jari Manis 12 Jan 2015, 09:28:00
dah masuk 3 sereis, nampaknya kenyataan di Pic Profail dari di ubah daripada berusia 28 tahun kepada 30 tahun heeee

ohh..ingatkan BENCI apa lah tadi...itulah org cakap jgn terlalu benci dulu nanti jadi sayang

psst : jgn BENCI sama sis JM sudah lah ye
aRz MoHa aRz MoHa 12 Jan 2015, 11:46:00
rasa mcm tak mau ubah ja.....haha biar nampak 2 series lagi huhu
Etuza Etuza Etuza Etuza 12 Jan 2015, 12:04:00
memang boring kalau dah benci tu aRz..ini pengalaman aRz kan..hebatnya kuasa Allah yang di benci menjadi sebati dalam diri aRz. Oleh itu kepada semua usah benci orang lah sesuka hati..tak elok.tak pasal2 menjadi sayang tu....selalu berlaku ni..dalam keluarga Etuza ada berlaku..tapi bukan Etuza berlaku pada kakak etuza...lucu ingat dia masa remaja dulu..
Nani Nani 12 Jan 2015, 17:01:00
masih muda lagi...hihiii..
betul tu, jgn terlalu membenci, suatu hari nanti takut terbalik, benci jadi sayang....
zarul farhana zarul farhana 12 Jan 2015, 19:17:00
benci tapi suka slalu org dok kata la
aRz MoHa aRz MoHa 12 Jan 2015, 20:54:00
saya pun dari bidang elektrik dan elektronik
Cik Pinz Cik Pinz 13 Jan 2015, 12:26:00
CP pun dulu benci subjek Sehjarah tapi masa SPM subjek tu yang dapat gred paling elok..
Ct Noraishah Ct Noraishah 13 Jan 2015, 12:54:00
setuju sangat !! hehe sesuatu yang kita tak suka tu belum tentu ianya juga tak sesuai tuk kita
Anizz Annisa Anizz Annisa 13 Jan 2015, 15:05:00
laa dah nak masuk 3 series rupenye.. ingatkan masih 20an..hihi..
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jan 2015, 15:42:00
huhu... ikut bulan masih 2 series la anizz
Nies alhaQ Nies alhaQ 13 Jan 2015, 17:18:00
Subhanallah, indahnya bila baca tulisan.
Benar. 'boleh jadi aku tak suka sesuatu takdir itu tapi yang terbaik untukku tuhan maha tahu' albaqarah, 2:216

:')
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 13 Jan 2015, 18:17:00
Bila dah kerja, benci bos yang tak hormat pekerja pula..hehe
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jan 2015, 21:47:00
nies alhaq sambung master dalam bidang syariah kan?
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jan 2015, 21:48:00
masa awal kerja. yup benci bos tapi sekrang bos bertukar ganti dah boleh paham perangai bos...
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jan 2015, 21:49:00
kak nani biasanya orang dulu-dulu suka guna ayat ni.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jan 2015, 22:46:00
wow hebat tu. Subjek yang saya rasa susah sangat
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 14 Jan 2015, 22:46:00
Dah Kena pada saya pun surah Al Baqarah tu.
aRz MoHa aRz MoHa 14 Jan 2015, 23:11:00
apa yang kena Dr Shikin. Jika sudi kongsikanlah. jika rasa tidak sesuai tidak mengapa
aRz MoHa aRz MoHa 14 Jan 2015, 23:14:00
Cikgu etuza apa yang lucu. jika sudi kongsikan
Sue Sopian Sue Sopian 15 Jan 2015, 00:22:00
bila benci tp itu la yg kita dapat..
belajar dari kesilapan dan berhati-hati bila nak benci kan sesuatu.. :)
Eshamz Halim Eshamz Halim 15 Jan 2015, 07:43:00
Masa sekolah dulu yang paling aku benci ialah menulis karangan tapi sekarang aku tulis menulis karangan di blog...ahahahahahahaha.... :D
luna paris luna paris 18 Jan 2015, 22:28:00
same field jugak la.. best mmg best.. tapi kalau ade masalah, stress jugak la.. rase macam nak lari opis (bukan lari rumah)! hahhaaa... huhu.. >.<
luna paris luna paris 18 Jan 2015, 22:32:00
hahaha.. kalo benci subject.. ponteng je... tapi sape rugi??? -kan cikgu dah ckp... hahhaha.. =p
zarul farhana zarul farhana 21 Jan 2015, 09:27:00
dulu minat akaun....tapi skrg smbung stdy bahagian logistic..xda kaitan...
Amanina Mads Amanina Mads 25 Jan 2015, 22:17:00
betul tu arz jgn dok benci sgt.. subjek yg xberapa nk suka jugak la kena study balik masa IPT. nasib baik semua lulus. hehe. akaun mmg xboleh la berpinar mata.
Amy J Amy J 4 Feb 2015, 00:17:00

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

tapi surah ni cerita pasal perang. so, boleh adapt dekat mana2 situasi juga eh?
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 4 Feb 2015, 00:28:00
orang kata klu nak benci suka sayang semua tu kena berpada..betullah kan?
aRz MoHa aRz MoHa 4 Feb 2015, 21:59:00
salam amy J. petang tadi sempat bertanya pada PU Shahul Hamid kebetulan ada tazkirah petang yang disampaikan. Ya boleh digunakan selain tujuan berperang. wallahua'lam
Nies alhaQ Nies alhaQ 6 Apr 2015, 15:52:00
Dalam bidang undang-undang in shaa Allah :)
papalawak papalawak 18 Jun 2016, 10:27:00
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

Kena yakin , apa yg allah nyatakan dalam surah al Baqarah itu lah taktir hidup kita.. jangan benci zolat sudah... jahanam hidup :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih