Kamera Yang Paling Sesuai

Kamera, DSLR, Menarik, gambar cantik, canggih, murah,
Cik Puteri dan Nikon DSLR

Salam. Dunia hari ini sudah berubah. Pantas.
Teknologi hari ini pun sudah murah untuk dimiliki jika nak dibandingkan dengan masa lalu. Teknologi, terutama kamera boleh dikatakan banyak pilihan dan banyak jenis. Boleh dimiliki kerana kehebatannya, kesesuaian dengan jiwa seseorang dari segi warna, dan juga kerana saiznya serta kegunaannya.


Hari ini saya nak kongsi sedikit teknologi kamera yang semakin berlambak di pasaran untuk BLOGGER secara khasnya tetapi boleh juga dibaca oleh mereka di luar sana yang suka merakam gambar khas untuk simpanan, koleksi dan untuk kegunaan yang menjana pendapatan serta mereka yang menyukai media sosial.

Seperti saya, saya lebih suka berkunjung ke blog yang dipenuhi gambar berbanding fakta yang panjang. Susah nak disiplin untuk baca, tetapi tetap kena baca. Membaca itu kan pelita ilmu. Walaubagaimanapun gambar yang cantik dan menarik mampu menarik pembaca ke blog kita.

JENIS KAMERA

Teknologi yg makin hari, makin murah, makin banyak pilihan sehingga susah untuk membuat pilihan. Apa Jenis kamera yang ada hari ini?

DSLR

Credit to Google Images

Digital Single Lens Reflex atau mudahnya seperti gambar diatas. Dahulunya pernah menjadi trend, dimana saja kita boleh lihat rata-rata ianya digalas dan dibawa kemana saja. Kamera ini sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang begitu berkualiti dan cantik. Tiada tandingan. Ianya boleh ditukar pelbagai jenis lensa. Harganya juga sudah mampu dimiliki.

Jika kamera jenis ini sedang difikiran anda. Anda harus memikirkan masak-masak supaya anda tidak menyesal membelinya. Antara KELEBIHAN DSLR (sebenarnya banyak tapi saya bagitau mana yang mampu sahaja)

1. Mampu menghasilkan gambar yang cantik.
2. Mampu merakam dan menghasilkan gambar dalam apa jua waktu dan cuaca. (siang, malam, panas, sejuk, mendung)
3. Mampu merakam gambar yang terlalu kecil mahupun terlalu jauh (diluar kemampuan mata biasa)
4. Merakam gambar pada kelajuan yang tinggi. Mengambil gambar yang bergerak tanpa ada kesan blur.

Macro | Google images (webneel.com)
 Credit to : https://www.flickr.com/photos/peacezxp/8560790221/in/photostream/

KEKURANGAN DSLR


1. Saiz dan Berat. Saiznya agak besar dan agak berat berbanding kamera lain. Mungkin jika anda berseorangan tidak ada masalah. Tetapi setelah berkeluarga, anda perlu mendukung anak, membawa beg anak, beg kamera, itu baru anak seorang jika dua atau tiga orang? Melainkan minat yang mendalam. Anda mampu menggalasnya dengan penuh senyuman.
2. Penjagaan yang rapi. Kamera DSLR bukanlah seperti kamera lain. Ianya perlukan penjagaan rapi. Tidak boleh terlalu panas dan terlalu dingin. Ianya mampu membuatkan anda menjadi penternak fungus yang berjaya ( rujuk gambar di bawah)
google images
3. Kos yang tinggi. Hari ini boleh dikatakan harganya semakin menurun disebabkan ianya bukan lagi trend pada hari ini. Walaubagaimanapun, jika anda membelinya, anda hanya dapat beserta lensa standard yang tidak mampu untuk fokus lebih jauh dan tidak juga berkeupayaan merakan gambar macro. Anda perlu laburkan lagi wang untuk membeli beberapa kelengkapan lain. Itu belum termasuk kos servis dan membaiki jika ada kerosakan.


KELEBIHAN HARI INI


Di pasaran hari ini, Kamera jenis DSLR sudah dilengkapi dengan keupayaan memuat naik gambar terus ke media sosial menerusi bulit in wifi. Usah risau jika tidak ada masa untuk membuka menerusi laptop atau komputer.

GO PRO HERO

Kamera yang dilengkapi keupayaan merakam gambar dan video dengan kualiti yang agak tinggi. Anda boleh mencari di youtube kualiti video yang dihasilkan oleh kamera ini. Memang menarik dan cantik. Antara blogger yang menggunakan adalah Bro Eshamz Halim boleh juga bertanya pengalaman menggunakan Go Pro di blognya. Cuma apa yang saya boleh kongsikan. Kamera ini bersaiz kecil, ringan, mudah di bawa dan mampu menghasilkan kualiti gambar dan video yang cantik. Sekiranya saya tidak silap Go Pro 3+ mempunyai kelebihan built in wifi yang membolehkan anda transfer gambar ke smartphone anda dan dimuat naik ke media sosial dan sebagainya. Harga sekitar RM 1000++. Kelebihan dan keistimewaan yang paling utama boleh merakam gambar dan video di dalam air. Menarik sangat. Masih dalam wishlist saya. Ada nak sponsor tak? haha.

KAMERA SMARTPHONE


credit to www.gsmarena.com

Baik, ini adalah yang terakhir. Hari ini kecanggihan teknologi kamera ini sehinggakan smartphone hari ini dilengkapi kamera yang sangat hebat dan berkualiti. Dengan Nilai RM 500 ke atas anda mungkin mampu memiliki Telefon + internet + kamera + editor dalam satu alat. Saya rasa inilah kamera yang paling sesuai buat blogger yang memerlukan kepantasan dalam mengupload gambar, entry di blog atau media sosial lain. Hari ini kamera dari smartphone serendah kurang dari RM 1000 mampu mengambil gambar dengan kemudahan autofocus. Autofocus kebiasaannya mampu menghasilkan gambar yang 'blur' atau 'bokeh' di bahagian background. Agak-agak faham tak? Dengan harga dari RM 550 - RM 1300 anda mampu memiliki smartphone yang dilengkapi kamera megapixel tinggi 8MP 13MP 5MP. Sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang cantik. Selain dari mampu mengambil gambar yang cantik didalamnya tersedia pelbagai aplikasi untuk mengedit gambar supaya lebih cantik dan menarik. Ianya bergantung kepada kreativiti individu.

KESIMPULAN


Tidak kira apa yang saya tulis ianya adalah pendapat peribadi saya. Pemilihan adalah di tangan anda. Jangan kata saya tidak ingatkan pada anda. Walaubagaimanapun jika anda ingin kamera yang terbaik yang mampu melakukan semua perkara mungkin anda perlu memilih kamera yang ada di Smartphone yang harganya semakin hari semakin murah. Pemilihan kamera ini penting agar anda tidak menyesal dalam melaburkan wang anda untuk membeli kamera tetapi tidak menepati jiwa anda. Sehingga berlaku pembaziran. Pernah ada mereka yang melaburkan wang membeli sejenis kamera yang agak mahal tetapi akhirnya menjual semula pada harga yang lebih rendah kerana tidak menggunakannya. Ini saja yang mampu saya coretkan, harap memberi manfaat buat anda semua. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen.

Jumpa Lagi.

{ 37 comments.. read them below or add one }

Mrs Yatie Mrs Yatie 1 Nov 2014, 07:52:00
Menarik. Iphone the best smartphone kalau nak ambik gambar kan :)

Jom baca entri berkaitan:
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Anizz Annisa Anizz Annisa 1 Nov 2014, 09:08:00
anis xde lagi nak pikir beli henpon canggih2.. mungkin dh ade kerja nanti baru pikir..sekarang main tangkap je gambar gune ape2 kamera..huhu.. pernah belajar sikit2 pasal ilmu fotografi tapi setakat gitu je..huhu
hidayu ayumie hidayu ayumie 1 Nov 2014, 10:45:00
Uhh dulu ade impian jugak nk beli dslr and seangktnye ni..
Tp mcm tak pandai je...
Adee samsung camera pon jadi hiasan..
Payah btl otak nk masuk belajar balik bile dah tak minat
aRz MoHa aRz MoHa 1 Nov 2014, 10:55:00
Iphone memang ramai akui the best smartphone tetapi dengan kebanjiran produk dari china seperti lenovo, harganya kurang 3-4 kali ganda memberikan keistimewaan yang sama
aRz MoHa aRz MoHa 1 Nov 2014, 11:00:00
Sekarang ni handphone canggih pun dah terlalu murah
aRz MoHa aRz MoHa 1 Nov 2014, 16:18:00
Kalau tak ada minat mendalam. perlu lupakan. takut guna sebulan dua pastu jual dengan harga yang terlalu rendah. rugi.
Vee Sandi Vee Sandi 1 Nov 2014, 16:28:00
sis mmg ada impian nak belajar DSLR ni . klu beli dgn harga mahal tapi guna utk sekadar minat , kena tunggu rm jatuh ke riba lah . lately ada lak smartphone oppo dan nikon digital camera coolpix yg blh dptkan gambar cantik selain lenovo... jadinya , kena beli sekadar keperluan utk memenuhi minat dgn kemampuan RM yg ada ... huhuhuuu
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 1 Nov 2014, 22:39:00
Saya pakai cam smartphone je.
Alhamdulillah bolehlah walaupun gambar x secantik cam Arz.
Hehe..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 2 Nov 2014, 04:40:00
DSLR ...
perghh rindu sangat dengan camera ni... sha punya dah jadi hak milik famili...
sadis plak rasa...
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 2 Nov 2014, 12:15:00
Jemput semua singgah sini
- http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/11/versatile-blogger-award.html
Amy J Amy J 2 Nov 2014, 23:31:00
saya pun teringin nak dslr. tapi saya x kreatif.. sobs.

sekarang ni pakai hp pnya kamera je. so far orang kata gambar cantik. so, biarlah stick dengan hp je. hahaha
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 3 Nov 2014, 12:31:00
Sebelum ni terpikir gak nak beli DSLR ni tapi bila pikir balik beli GoPro je la sebab bukan nak guna selalu pun..camera yang ada sekarang ni pun jadi tukun je..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 5 Nov 2014, 01:50:00
Kamera DSLR memang famous...ramai kelab fotographer gune kamera ini...saya minat pada gambarnya yang jelas dan menarik..jauh beza dengan kamera digital yang lain di zaman sekarang ni..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 5 Nov 2014, 01:51:00
Pernah juge beli kamera ni tapi yang tiruan dari Taiwan..rasa kecewa pun ada ingat original dari Japan..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 5 Nov 2014, 01:53:00
Yang paling menarik utk DSLR camera terkini, ia dapat memuat turunkan gambar yang ditangkap terus ke FB, Twitter dan sebagainya...memang canggih.
Eshamz Halim Eshamz Halim 5 Nov 2014, 08:05:00
Salam bro, sorry sebab dah lama tak blogwalking ke blog ni disebabkan kekangan masa dan kesibukkan di opis. Maklumlah hujung tahun ni biasanya masa yg paling sibuk. Terima kasih juga kerana sudi menyelitkan blog saya dalam entri ini.

GoPro sememangnya memudahkan dan menyenangkan saya apabila mengambil gambar bila melakukan aktiviti outdoor berbandingkan DSLR tetapi kedua-duanya mempunyai Pro and Con.
Ada kalanya saya bwk gopro jer kalau travel dan adakala saya masih membawa DSLR ketika travel. Tapi kebiasaannya , saya akan tetap bawa kedua2nya supaya senang digunakan mengambil gambar apabila diperlukan. Tidak dinafikan bahawa Gopro mmg cukup berguna bagi aktiviti2 air.
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:32:00
Akhirnya pengguna dan pemilik go pro dah komen....
Tapi DSLR kalau bawak anak rasanya tak sempat dah nak amik gambar. Berbanding ada minat yang tinggi
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:35:00
rasanya ia mengikuti perkembangan terkini. ramai yang beralih ke smartphone, go pro yang mana teknologi built in wifi memudahkan untuk transfer gambar
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:41:00
Smartphone Klau yang lebih baik atau lebih mahal dari lenovo lebih cantik la gambar....
tak perlu DSLR pun
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:42:00
Smartphone pun dah cantik Dr Shikin.. lainlah BB :(
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:43:00
a'a kenapa pulak tunsha?
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:46:00
Smartphone senang nak bawa kemana-mana.
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:49:00
Terbaik dah tu niat dan impian CP tu.
saya bukan apa. Sekadar berkongsi pengalaman kawan-kawan yang beli DSLR tapi akhirnya jual semula sebab tak digunakan. Membazir
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 11:53:00
betul tu JKT itu fakta....
Jari Manis Jari Manis 5 Nov 2014, 22:14:00
ahaahhaah....nak ketawa bila lihat komen dari JAWATAN KOSONG TERBARU
Jari Manis Jari Manis 5 Nov 2014, 22:17:00
sis JM pun dh lama mencari kamera..kaki jln ni wajib ada kamera utk semadikan kenangan destinasi pelancongan tu...dulu mmg ain nk dptkan DSLR..tetapi masih tertangguh kerana harga. Kemudian dpt feedback dari kwan2..x perlu lah nko beli DSLR Tu dh le ribu riban, berat dan susah nko nk jaga nanti. Better nko cari je smartphone gambar pun x kurang cantiknya...so skgr ni tgh survey Xiaomi...pernah dgr tak?

Gambar dalam blog sis tu guna Tab 7 plus ye so gambar kurang SHARP..
aRz MoHa aRz MoHa 5 Nov 2014, 23:55:00
aik Akak JM dah balik???

Xiomi pernah dengar tapi susah nak dapat.
Stok limited sangat.
Harga murah, kamera power, processor sampai Octa-core
Arham Md Ali Arham Md Ali 6 Nov 2014, 03:33:00
Mirrorless kamera satu alternatif yang jauh lagi bagus dari DSLR sebenarnya zaman sekarang, saiz sensor sama tapi dengan body yang kecik.

Fuji, Sony, Olympus, Panasonic - semua ada kamera mirrorless yang bagus-bagus, saya sendiri pakai mirrorless dari Fuji.
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 13:49:00
bagaimana dengan harganya EN. Arham
mama 3farhanah mama 3farhanah 12 Nov 2014, 14:59:00
mampa pakai smartphone jer...
itulah untuk berhubung, kat situlah online, kat situ jugaklah kamera
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:47:00
Itu yang terbaik All-in-one.
Mudah dibawa kemana-mana
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 22 Nov 2014, 00:03:00
Huhuhu takde kamera yang canggih sebab tak biasa guna pon hehehe ..Kita guna kamera hengpung jer NOTE 3 hahaha

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih