Gerhana Bulan 8 Oktober 2014

Gerhana bulan, Malaysia, permandangan dari jauh
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana Bulan Di Pulau Pinang

Salam. Semua tahu mengenai Fenomena Gerhana Bulan kali kedua dalam tahun ini?
Cuma kali pertama tidak kelihatan di langit Malaysia.
Semua dapat lihat baru-baru ini?
Kalau tak dapat berkesempatan ada dua keping gambar sempat saya rakam untuk anda semua
Tetapi sebelum itu, saya pun tak tahu bahawa fenomena gerhana bulan ini telah berlaku sebelum ini. Apapun selepas membaca di Falak Online baru saya tahu. Bagi anda yang meminati bidang ini boleh merujuk laman Falak Online.

Seperti yang saya kongsikan gambar waktu gerhana bulan ini terjadi lihat Disini.
Sebenarnya saya sendiri pun terlepas waktu kemuncak Gerhana Bulan. Agak terleka. Gambar diatas adalah sekitar permandangan tempat saya mengambil gambar dari aras 21 flat berdekatan. Sebaiknya untuk mengambil gambar yang jauh perlu menggunakan tripod supaya hasil gambar lebih sharp dan cantik.

Walaupun dah terlepas, tetap ambil beberapa keping untuk simpanan peribadi.
Saya sendiri pun tidak mahir dengan fenomena ini. Di Falak Online semuanya di ceritakan panjang lebar. Anda boleh membacanya disana.

gerhana bulan, bulan sakit, falak online, Hebatnya ciptaan Allah
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana bulan 8 Okt 2014

Gerhana Bulan, Eclipse, 8 oktober, 2014, arzmohdhaniffa photography
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana bulan 8 okt 2014 hampir tamat
Ada negeri yang boleh melihat dengan jelas dan ada negeri yang tidak dapat melihat semuanya atas faktor cuaca. Apa yang paling penting Fenomena ini membuktikan kebenaran ayat-ayat al Quran dimana semua bintang beredar pada garisannya. Siang tidak dapat mendahului malam dan malam tidak akan mendahalui siang.

Fenomena Gerhana Bulan ini terjadi apa bila Matahari, bumi dan bulan berada pada garisan yang lurus.
Hebatnya alam ciptaan Allah S.W.T

Disamping bercerita tentang kejadian alam, teringat saya akan kata-kata seorang ustaz. Jika ingin mendidik anak-anak didiklah untuk menghayati kejadian alam. Bila mana kita menghayati kejadian alam ini sudah pasti kita akan meyakini bahawa bumi ini dan makhluk yang lain tidak tercipta dengan sendirinya.
Semoga perkongsian saya memberi manfaat buat semua

Jumpa Lagi


{ 12 comments.. read them below or add one }

Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 10 Oct 2014, 09:45:00
Subhanaallah beruntung siapa yang dapat melihat kebesaran Allah. Terima kasih Arz sebab share gambar. CP tak dapat lihat malam tu. Keadaan berawan dan berjerebu kat SP.
Amy J Amy J 10 Oct 2014, 13:11:00
subhanallah.. cantik sangat... pandai abang Arz amek gambar.

tapi saya x sempat nak tengok depan mata. sebab haritu ada program and balik rumah je terus zzzzzzzzzzzz...
Anizz Annisa Anizz Annisa 10 Oct 2014, 13:55:00
subhanallah.. indahnya.. anis xberpeluang tengok pon..xde rezeki..huhu
Sal Bee Yah Sal Bee Yah 10 Oct 2014, 17:35:00
dapat tengok dengan clear sekali dari johor..tapi tak tangkap gambar, tengok je :)
Etuza Etuza Etuza Etuza 10 Oct 2014, 18:24:00
Asalam..subahanallah..cantik hebat tul panorama alam yang semulajadi..teruja sejenak
Etuza Etuza Etuza Etuza 10 Oct 2014, 18:25:00
kat sabah di area keningau tak nampak..mendung dah tiga hari asyik hujan ni aRz
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 10 Oct 2014, 18:32:00
Maha Suci Allah :) Sha memang suka tengok bulan dan bintang, gerhana ataupun tidak..
Jari Manis Jari Manis 11 Oct 2014, 09:28:00
rugi x dapat lihat kerana tido awal keletihan, sakit tekak dan batuk huhhu
CintaHati Lina CintaHati Lina 11 Oct 2014, 12:52:00
SubahanAllah... sangat cantik dan indah ciptaan DIA yang maha Esa...
Farrah MF Farrah MF 12 Oct 2014, 08:01:00
Subhanallah. Indah benar! Bukti kekuasaan Pemilik Alam :)
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 13 Oct 2014, 12:07:00
Fenomena yang jarang berlaku, memang menakjubkan..
Scha Nazri Scha Nazri 14 Oct 2014, 00:30:00
SEREMBAN JEREBU. TAK NAMPAK BULAN LANGSUNGGG! AAAA

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih