Ada Apa Dengan Oktober

Salam. Maal Hijrah 1436H
Selamat Tahun Baru Islam

Semoga membawa perubahan dalam diri kita. Perubahan yang lebih baik ke depan dan jangan mengalah. Tahun Hijrah mempunyai sejarahnya tersendiri. Hijrah itu mudah dikatakan sebagai pengorbanan. Setiap tahun cerita itulah yang diceritakan kepada kita tetapi apakah ianya membawa pengertian buat kita?
Tepuk dada tanya diri kita.

ADA APA DENGAN OKTOBER?


Kalau dulu semua mesti teringat lagu nyanyian Awie Tragedi Oktober. Betul tak? Sebenarnya bukan itu. Bulan oktober banyak tarikh ulangtahun kelahiran yang perlu saya ingat dan ada peristiwa yang kebetulan jatuh pada bulan oktober. Antaranya : 

17 Oktober
Pertamanya adalah Ulangtahun kelahiran kakak saya yang sulung. Kakak saya yang sulung ini sama tempat kelahiran dengan saya.

Black and White, Mak long, almira, cik puteri, daughter, girl, family day
| arzmohdhaniffa photography | Mak Long dan Cik Puteri

22 Oktober
Kedua : Hari Ulangtahun Kelahiran Anak Buah/Saudara (anak Kakak yang kedua)

Afiq, Fikry, Almira, Faqihah, Kids, Boy, Girl, Cousin, Black and White
| arzmohdhaniffa photography | Afiq Fikry dan Almira Faqihah
23 Oktober 2012
Ketiga : Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke 2

Almira, Faqihah, Nur, Cik Puteri, Koleksi, Collection, kids, a daughter
| arzmohdhaniffa photography | Koleksi gambar Cik Puteri ( Nur Almira Faqihah )

Masa yang ditunggu sudahpun tiba. Ulangtahun kelahiran Cik Puteri yang kedua ini memang saya fikir untuk ceritakan serba sedikit pengalaman cahaya mata yang pertama. Insyaallah.

24 Oktober
Keempat : Ulangtahun Kelahiran Isteri saya

mother, daughter, kids, ulangtahun, taman rama-rama
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri dan Mama (Black and White)

dan terakhir

25 Oktober 2014 / 1 Muharram 1436H
Kelima : Tahun baru Kalendar Islam dan juga ulangtahun yang ke 4 Stesen Televisyen Al-Hijrah ( Malaysian Islamic Broadcast)
Semoga stesen TV Alhijrah terus maju dalam menyampaikan ilmu serta nasihat yang baik untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia.


Inilah yang ada dengan oktober saya. Anda pula bagaimana? Oktober pun semakin mendung menunggu sinar November bakal tiba tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, sebagai Umat Islam yang sudah memasuki tahun Baru Hijrah perlu berhijrah antaranya hijrah menacari ilmu. Tanpa ilmu kita sering bergaduh, keliru dengan isu-isu semasa, sedangkan perkara itu telah disimpulkan oleh ulama, ilmuwan terdahulu.

Jumpa Lagi.

Sudahkah anda membaca mengenai :
Sungai Sedim
Awesome Food


{ 48 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 26 Oct 2014, 16:03:00
senang sambut birthday sekali kan..hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 26 Oct 2014, 17:03:00
Lebih kurang begitulah...hehehe
Etuza Etuza Etuza Etuza 26 Oct 2014, 17:58:00
Asalam..wow!!! lawa lah gambar oktober aRz ni..tahnia,,sangat kreatif
Amy J Amy J 26 Oct 2014, 18:51:00
ada apa dengan oktober? birthday saya juga!!! hahahaha....

wah, jatuh sama bulan erk.. sennag...

comelnya cik Puteri. banyak ikut muka siapa abang Arz?
Amy J Amy J 26 Oct 2014, 18:51:00
saya menabung maybank sekali ^^
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 27 Oct 2014, 04:08:00
1 Oktober, birthday adik sha... hahaha... tu je laa kot... oh ye... bulan oktober 2000, sha dapat buah pinggang dan rejected pada tahun 2009 :)
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 27 Oct 2014, 08:42:00
birthday puteri dengan mama dia selang sehari je. senang nak ingat tarikh :)

bulan oktober saya, 8&28 oktober birthday kakak dan abang saya. XD
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 08:44:00
sebenarnya mengharapkan pada hari yang sama. tetapi manusia hanya mampu merancang
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 08:48:00
saya pun tak tahu ikut muka sapa.

tapi bila tanya apek kedai handphone, katanya photostat muka saya.

bila tengok dia pakai topi ada iras muka mak isteri saya

hari-hari tengok ada iras muka arwah mak saya
dari fizikalnya lebih pada muka saya....kata orang la
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 08:48:00
terima kasih....kekadang ke blog amy J tak ada iklan....stress menunggu iklan...hehe
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 08:49:00
Harap sha tabah dan sabar ya...insyaallah ada hikmah di sebalik ujian itu
Amy J Amy J 27 Oct 2014, 08:56:00
ooo.. ye ke? haha... banyak ikut muka nenek-neneknya la ni....

orang kata pun cuc kebiasaannya akan ikut muka nenek. saya pun sama. hahaha..
Amy J Amy J 27 Oct 2014, 08:56:00
hahaha.... kadang-kadang memang macam tu. saya perasan gak. blog orang lain pun sama. saya pun x tahu kenapa -.-
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 27 Oct 2014, 09:22:00
Salam maal Hijrah..semoga Arz lebih berjaya dalam berblog..teruskan kongsi gambar-gambar yang menarik..nanti boleh CP tempah untuk portfolio CP..
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 27 Oct 2014, 12:38:00
happy birthday utk semua...
oktober sy penuh kebizian ;-)
Prince of Noob Prince of Noob 27 Oct 2014, 16:30:00
perkongsian yang bermanfaat...

btw done follow u, follow mine too :) - Noob
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 27 Oct 2014, 16:33:00
salam maal hijrah dan hapy bday buat smua d atas..ctk sungguh gmbr2 tu..
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 27 Oct 2014, 18:25:00
Ada lagi Arz ada lagi ... Oktober 1 hari lahir Kak Lya hehehhee ..........
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Oct 2014, 18:53:00
wahh.. satu family sambut bfday sama bulan.. macam abg sepupu anis je..hihi... happy bfday..hihi.. cantik gambar yg di ambil.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 21:25:00
Hepi belated birthday kak lya.. selang sehari lepas saya hehe
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 21:26:00
Tak satu family la anizz saya bulan september..tp dlm bulan september pun ramai jugak yg tarikh dekat2
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 21:28:00
Insyaallah nanti sy follow
aRz MoHa aRz MoHa 27 Oct 2014, 21:29:00
Ada iras wajah arwah mak sy kadang kadang menjadi pengubat buat arwah mak
Khir Khalid Khir Khalid 28 Oct 2014, 00:41:00
Untung birthday dekat2.. boleh celebrate sekali hehee. Salam Maal Hijrah.. semoga hijrah kita membawa lebih kebahagiaan & keberkatan... aamiin.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 28 Oct 2014, 01:10:00
Birthday anak-anak saya xde yang bulan oktober.
Semua jauh-jauh jaraknya.
mama 3farhanah mama 3farhanah 28 Oct 2014, 21:41:00
Kena buat kek bertingkat-tingkat ni. Oktober, bulan meraikan kelahiran..
aRz MoHa aRz MoHa 29 Oct 2014, 11:10:00
macam bestkan satu bulan yang sama...hihi
aRz MoHa aRz MoHa 29 Oct 2014, 11:15:00
Salam Maal HIjrah. betul la tu tapi belum berkesempatan celebrate bersama hehe.
amin
aRz MoHa aRz MoHa 29 Oct 2014, 11:17:00
Yaka kena sambut lain-lain la yer Dr Shikin
aRz MoHa aRz MoHa 29 Oct 2014, 11:18:00
huhu...bertingkat ka...saya makan kek secret recipe ja....se'slice' ja
hidayu ayumie hidayu ayumie 29 Oct 2014, 18:49:00
Lahhh snng la mak ng anak bulan yg same.. celebrate skli la tu ye
Scha Nazri Scha Nazri 29 Oct 2014, 20:22:00
Jom sama2 tingkatkan diri! Kejap je dah nak habis 2015 kan bang. Cepat je masa berlalu.
Aina Akmal Aina Akmal 29 Oct 2014, 22:52:00
Wahh banyak special day dalam october ni yee~ kita tak ada yang special pun T^T
aRz MoHa aRz MoHa 30 Oct 2014, 08:50:00
ya ka tak ada. cuba tengok balik mana tahu ada tarikh yang terlupa
aRz MoHa aRz MoHa 30 Oct 2014, 08:51:00
Senang nak ingat. Kalau terlupa juga memang ada yang tarik muka la hahha
aRz MoHa aRz MoHa 30 Oct 2014, 08:52:00
Betul masa cepat sangat berlalu
Farrah MF Farrah MF 30 Oct 2014, 10:00:00
Oktober yang bermakna buat aRz...banyak celebrations :)
Oktober akak biasa-biasa aja,...
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 31 Oct 2014, 06:38:00
Ye Arz. Bulan mei,aug, nov.
Mama jan.
Papa dis.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 31 Oct 2014, 06:39:00
Pasal Lepto tu, boleh dapat dari air jeram & sungai yang tercemar. Air laut saya x pasti. Kemungkinan besar tak.
Eshamz Halim Eshamz Halim 5 Nov 2014, 08:27:00
Selamat bulan Oktober bro walaupon skrg dah bulan November...ekekekekek
Jari Manis Jari Manis 5 Nov 2014, 23:14:00
rupanya buln oktober begitu bermakna kerana orang2 kesayangan lahir bulan oktober
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:10:00
sebenarnya bukan bulan oktober saja, bulan septermber juga bermakna :)
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:11:00
hehe...selamat bernovember
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:12:00
huhu. Setiap bulan juga bermakna sebab orang tersayang ada disisi kita :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih